Part 54 - Bayi lelaki

34.1K 821 4
                                    

Airez Radhwan mencium lembut dahi anaknya. Hampir menitis air mata melihat zuriat yang dikandung Airen lahir dengan selamat melihat dunia ini. Isterinya itu selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 6 petang.

 Isterinya itu selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 6 petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Airen Rafeqah masih tidur kepenatan. Hampir satu jam berada di dalam bilik bersalin bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka. Tan Sri Zahir dan Puan Sri Rahayu baru sahaja sampai ke hospital itu. Gembira hatinya melihat cucu mereka selamat dilahirkan. Tidak dapat digambarkan rasa gembira yang bertamu di hati.

"Dah fikir nama untuk bagi dekat cucu papa ni?" Soal Tan Sri Zahir. Dia mengusap perlahan kepala cucunya. Wajah bayi itu sedikit kemerahan sambil mata tertutup rapat. Ada kalanya dia bergerak sedikit dalam dukungan si bapa

"Belum lagi pa.. " jawab Radhwan. Dia memberikan bayi itu kepada Puan Sri Rahayu. Maklumlah, mamanya lebih berpengalaman dalam mengendalikan bayi yang baru lahir. Dia mana la tahu semua tu.

"Rania nak pilih.." Rania laju sahaja mengangkat tangan sambil melompat perlahan. Terlalu teruja apabila si abang belum memikirkan nama untuk anak buahnya.

Radhwan mengangguk. Sungguh dia belum berbincang dengan Airen akan nama yang akan diberikan kepada anak mereka. Alang- alang Rania menawarkan diri untuk memilih, dia okey sahaja.

Rania mengurut dagu. Seperti memikirkan nama yang terbaik untuk anak buahnya itu. Muncul satu nama dalam otaknya.

"Ha.... Kita letak nama Muhammad Aril Redza. Sedap kan nama tu?" kata Rania sambil menepuk tangan perlahan. Tidak mahu kakak iparnya terganggu dengan bunyi bising.

"Sedap. Tapi kena ada maksud yang baik juga" Tan Sri Zahir menegur. Nama yang baik dapat mempengaruhi  peribadi sifat bayi supaya menjadi anak yang soleh.

Rania hanya mengangguk. Betul apa yang dikatakan papanya. Nasib baik dia dah google semalam.

•••••

Tanpa mengetuk pintu, Farah terus menerpa masuk ke dalam wad yang menempatkan Airen dan bayinya. Fikri Harris hanya menggeleng melihat sikap keanak- anakan isterinya. Terjah masuk aje. Buatnya si Radhwan tu tengah buat benda tak senonoh, tak ke haru biru jadinya.

"Yeay!! Dah beranak dah kawan aku ni" tubuh Airen dipeluk erat. Bagaikan tidak mahu melepaskan pelukan. Bibir pucat Airen mengukir senyuman memandang pasangan yang baru kahwin itu.

Nasib baik dia memakai tudung. Tadi, dia sudah sedia maklum bahawa Farah akan datang ziarah. Kebetulan, Kak Humaira dan Abang Daniel baru sahaja datang melawat tadi. Alang- alang, malas dia mahu mencabut tudung di kepala.

"Aku dah.. kau bila lagi?" Soal Airen. Aril Redza yang berada dalam katil bayi diangkat dan diserahkan kepada Farah yang dari tadi meminta untuk mendukung anaknya itu.

Pipi Farah merona merah. Dia membeliakkan biji mata kepada Airen. Seperti memberi amaran untuk tidak memalukan dia di situ.

Tangannya asyik mencuit pipi si kecil yang tidur dalam dukungannya itu. Hidung ikut Radhwan sebab mancung dia lain macam. Manakala mata, pipi dan bibir ikut si ibu.

"Buat kerja cepat sikit bro. Kembar sepuluh kan?" Radhwan mengusik sambil tersengih. Dia menyiku perlahan tangan Harris yang berada di sebelah.

"Kerja buat dah. Cuma kilang belum proses lagi" balas Harris selamba diiringi ketawa besar Radhwan. Lawak apakah ini!!

Semakin berona merah pipi Farah mendengar balasan Harris. Dia menjeling si suami. Tunggu la balik satgi. Dicubit- cubitnya Harris tu sampai lebam. Suka-suki jer malukan aku eh. Airen hanya menggeleng perlahan.

•••••

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now