Part 51 - Puasa

31.9K 864 12
                                    

Hari ini bermulanya puasa pertama di bulan Ramadan. Airen dan Humaira sibuk menolong Puan Sri Rahayu menyediakan juadah berbuka puasa. Bau masak lemak ketam dan kangkong goreng belacan memenuhi ruang dapur rumah itu. Masing- masing telan liur apabila bau itu memasuki rongga hidung.

Tan Sri Zahir, Radhwan dan Daniel sudah menunggu di meja makan. Menunggu masa untuk berbuka puasa. Azan yang berkumandang menandakan masuk waktu berbuka puasa dan solat waktu maghrib.

Tangan diangkat dan doa berbuka puasa dibacakan oleh Tan Sri Zahir. Masing- masing menikmati hidangan dengan berselera. Sesekali kedengaran suara Arissa dan Ameena memeriahkan suasana.

Selesai berbuka, masing- masing bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat terawih.

"Airen.. boleh ke berjalan ke masjid ni? Kalau tak boleh, Airen boleh pergi naik kereta" kata Humaira yang berada di hadapan rumah menunggu Danial turun. Arissa dan Ameena ditinggalkan di rumah bersama pembantu rumah.

"Eh tak apa la. Ren okay jer. Lagipun, berjalan ke masjid dapat pahala" jawab Airen sambil tersenyum lebar. Tak jauh pun sebenarnya jarak antara rumah dan masjid. Jalan kaki pun boleh sampai.

"Jalan baik baik. Jangan berlari tau" pesan Humaira kepada adik iparnya. Airen hanya mengangguk.

"Nak berlari apanya orang tengah mengandung" sampuk Rania sambil tersenyih. Tak sah kalau tak mengusik kakaknya itu.

"Ish budak ni. Menyampuk je kerja" Humaira menjeling. Mereka memulakan perjalanan apabila Danial dan Radhwan sudah turun. Mama dan Papa awal- awal lagi sudah ke masjid menaiki motosikal.

Selesai solat isyak dan terawih, Airen mendengar sebentar ceramah yang diberikan oleh imam tentang kebaikan bulan ramadan, hikmah berpuasa dan macam- macam lagi. Matanya terpaku pada Radhwan yang berada di saf lelaki di hadapan. Khusyuk sungguh suaminya itu mendengar. Tirai yang menjadi penghadang antara lelaki dan perempuan dibuka bagi memudahkan golongan perempuan untuk mendengar ceramah yang diberikan.

Habis sahaja ceramah, Airen bersalaman dengan golongan wanita yang berada di dalam masjid. Dia memandang Humaira yang sedang berbual dengan beberapa jemaah wanita. Mungkin kawan kak Humaira. Rania pula menghilang entah ke mana.

Airen menyarungkan selipar dengan berhati- hati. Dia mencari susuk tubuh Rania. Tak ada. Mana pulak si Rania ni. Suasana terang di kawasan masjid memudahkan dia untuk melihat aktiviti para jemaah. Ada yang bertegur sapa sesama mereka. Terdapat juga kanak- kanak yang berlari sambil ketawa riang. Airen tersenyum melihat gelagat mereka.

Tiba- tiba, ada tangan yang melingkar pada pinggangnya. Dia menoleh sambil tersenyum. Sudah dapat mengagak siapa gerangannya.

"Sayang cari abang ke?" Soal Radhwan yang segak berbaju melayu warna hitam. Ketika berada dalam masjid tadi, dia ternampak Airen seperti seseorang. Lantas dia menghampori isterinya itu.

"Tak.. cari Rania" Airen menggeleng perlahan. Dia menggariskan senyuman lebar.

"Rania ada dengan mama dan papa. Bersembang dengan kawan papa kat tepi masjid" beritahu Radhwan walaupun tidak disoal oleh Rania. Airen hanya mengangguk perlahan. Patut la cari tak jumpa.

"Sayang, jom balik" ajak Radhwan. Tangan Airen yang digenggam erat.

"Tak nak tunggu diorang ke?" Soal Airen serba salah. Telekung yang dilipat kemas disangkut pada tangan kanannya. 

"Abang dah bagitahu papa tadi" kata Radhwan.

Mereka mula berjalan pulang ke rumah. Airen dari tadi banyak pula. Radhwan hanya menyampuk sekali sekala. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 15 minit menjadi 20 kerana pergerakan Airen yang terlalu perlahan.

"Abang!!" Jerit Airen apabila Radhwan mencembung tubuhnya di tengah- tengah jalan.

"Sayang jalan perlahan sangat la. Macam labi- labi" jawab Radhwan. Fia melangkah tenang walaupun terpaksa menampung beban tubuh isterinya. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan Airen yang bersusah payah membawa perut demi anaknya.

"Turunkan Ren. Malu la orang tengok" marah Airen. Lengan sasa Radhwan ditampar berkali- kali.

"Mana ada orang kat sini" balas Radhwan manja. Dia meneruskan langkah seperti biasa walaupun isterinya itu meronta kecil.

"Menjawab!" Marah Airen lagi. Wajah Radhwan dijelingnya tajam.

"Turunkan!" Arah Airen sekali lagi apabila Radhwan masih mengendongnya.

"Yelah- yelah. Nak bermanja pon tak boleh" Radhwan mencebik. Tubuh Airen diturunkan perlahan. Sempat dicium bibir Airen. Nasib lah tak ada orang lalu.

_________


Radhwan melangkah masuk ke bilik. Tubuh isterinya yang berada atas katil dihampiri. Tadi, penat dia melayan kerenah Arissa dan Ameena yang mengajaknya untuk bermain bunga api bersama- sama. Apa barang bunga api. Mercun bola baru meriah sikit.

"Nah, minum susu" Radhwan menghulurkan susu yang dibancuhnya kepada Airen.

"Terima kasih" ucap Airen. Susu yang terdapat dalam gelas itu diminum perlahan sehingga habis. Dia memandang Radhwan yang menyentuh perlahan perutnya. Itulah rutin harian Radhwan sebelum tidur. Excited berbual dengan bayi dalam kandungannya. Kadang- kadang, Radhwan akan membacakan al- quran di sisinya. Kata suaminya itu, supaya anak dalam kandungan ini menjadi anak yang soleh dan solehah. 

"Baby.. macam mana puasa hari ni? Okay tak?" soalan ditujukan kepada kandungan dalam perut yang mungkin belum lengkap berbentuk.

"Abang.. nah!" Airen menghulurkan gelas kosong kepada suaminya bersama sengihan di bibir. Terasa seperti tuan puteri pula.

"Amboih. Macam tu jer" Radhwan angkat kening. Gelas yang dihulur, dicapai dan diletakkan di atas meja sisi.

"Habis nak macam mana lagi? Airen dah cakap terima kasih tadi" balas Airen selamba.

"Tak cukup. Abang nak benda lain" pinta Radhwan bersama senyuman gatal.

"Benda lain apanya?" Naif Airen bertanya. Lambat pickup betul minah ni.

"Sini... " Radhwan menunjukkan bibirnya. Terkedu Airen dibuatnya. Senyuman nakal suaminya tidak lekang dari tadi.

"Tak nak la" tolak Airen lembut. Terasa panas mukanya kerana malu yang teramat sangat.

"Okay la.. kat sini" Radhwan mengalah. Disuakan pipinya kepada Airen.

Airen mendekatkan wajahnya. Saat bibirnya ingin mengena pipi Radhwan, lantas lelaki itu mengalihkan wajah. Akibatnya, bibir Airen terkena bibir Radhwan. Suaminya itu tersenyum kemenangan. Tangannya mula merayap di leher Airen.

Membulat mata Airen dengan perlakuan suaminya. Namun, dia hanya membiarkan. Ikut suka la apa dia nak buat.

_________

Vote dan comment tau 😝😝

Sorry kalau ada typo

Sorry jugak kalau bosan.. huhuhu

😯😯😯

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now