Part 39 - Diserang

39.3K 991 14
                                    

Airen kembali bekerja di kafe seperti biasa. Nasib baik motosikalnya sudah dibaiki. Jadi, hari ni dia tidak perlu meminta pertolongan sesiapa untuk menghantarnya ke kafe. Jam di dinding dikerling. Dah malam rupanya. Patut la rasa penat semacam. Hari ini Airen mengambil alih kerja pada waktu malam kerana Iqbal pergi honeymoon bersama isterinya. 

Sebelum pulang, seperti biasa Airen akan solat isyak terlebih dahulu di tempat khas dalam kafenya. Selesai solat, Airen mengemas kafe dan beg sandangnya dicapai. Bersiap sedia untuk pulang. Bahu yang sedikit lenguh diurut perlahan. Penat bekerja sepanjang hari. Selepas mengunci pintu dan menutup lampu kafe, Airen bergerak ke pintu belakang. Motosikal yang diparkir di belakang kafe memaksanya untuk melalui jalan sunyi di belakang kedainya.

Sedang dia melangkah ke arah moto, kedengaran suara lelaki berbual melalui telefon bimbit. Langkahnya terhenti. Cuba mendengar setiap perbualan lelaki itu.

"Bos nak dia lenyap atau nak kami tinggalkan kesan?"

"Tinggalkan kesan? Itu kami suka. Tapi mana puas seorang saja"

Perbualan itu menyentakkan Airen. Dadanya berdebar kencang. Adakah 'dia' yang dimaksudkan itu dirinya. Suara orang bercakap di tadi semakin jelas kedengaran. Bunyi tapak kaki seakan berlegar-legar di kawasan persekitaran.

Airen terus bersembunyi di sebalik tong sampah. Menggigil kuat tangannya ketika ini. Telefon bimbit segera dikeluarkan. Nombor Radhwan didail.

"Bos.. rasanya dia ada kat dalam lagi. Nak tunggu dia keluar atau kami masuk?

"Baik bos. Janji kami dapat habuannya"

Suara itu kedengaran lagi di telinga Airen.

Tuttt... Tuttt... Tuttt...

Nombor Radhwan didail barkali-kali tetapi hasilnya tetap hampa. Mana suaminya berada? Kenapa tak jawab call.

Tiba-tiba dia terasa mual. Seperti mahu memuntahkan segala isi perutnya tetapi terpaksa tahan. Kepala yang berpusing sejak tadi dipegang. Please jangan sekarang! Nombor Radhwan didail untuk kali yang terakhir. Seperti tadi, hasilnya tetap hampa.

Ya Allah ! Tolong hambamu ini.

Nombor Farah dicari dan cepat-cepat punat hijau ditekan. Airen menunggu dengan penuh debaran.

"Hello.. Farah" kata Airen apabila Farah menyambungkan talian. Suaranya diperlahankan supaya lelaki tadi tidak perasan akan kewujudannya.

"Woo.. Salam mana cik akak oii" gurau Farah. Kalau tak Airen yang selalu menegurnya begitu. 

"Farah... To..tolong aku" tergagap Airen menuturkan kata. Matanya terhendap-hendap di sebalik tong sampah. Takut jika lelaki itu tiba- tiba muncul.

"Airen.. Rileks okay. Cakap slow-slow. Kenapa ni?" niatnya untuk bergurau dibatalkan apabila mendengar suara takut Airen. Bergurau salah timing gini la jadinya.

"Farah.. Aku kat belakang kafe ni. Tadi aku terdengar orang bersembang. Aku rasa diorang tuju kat aku. Aku takut, Farah" kata Airen lagi. Air matanya mengalir. Takut dengan keadaan yang berlaku ketika itu.

"Kau dah call Radhwan" soal Farah. Risau dengan keselamatan rakannya itu.

"Dia tak angkat. Aku tak tahu dia kat mana" jawab Airen lagi. Suaranya hampir tersekat di kerongkong.

"Kau tunggu situ sampai aku datang. Kau pergi masuk dalam kafe semula. Duduk dalam tu dan kunci. Jangan keluar sampai aku datang" Farah mengarah laju. 

"Cepat sikit, aku takut" talian dimatikan. 

Airen bangun dan terus menuju ke pintu belakang. Kunci dalam begnya diambil. Ketika dia cuba untuk membuka mangga, tiba-tiba kunci yang dipegang jatuh ke tanah menghasilkan bunyi yang agak kuat memandangkan tempat di situ sunyi.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now