Jinderella : starting

3K 260 281
                                    

Pada suatu zaman dahulu, terdapat seorang kanak-kanak berumur 8 tahun tinggal bersama ayahnya dan ibu tiri serta 2 kakak tirinya.

Ibunya telah lama meninggal kerana sakit. Oleh itu, ayahnya telah menggantikan tempat isterinya dengan mengahwini seorang janda beranak 2.

Semua ini kerana, ibu kandungnya meninggal ketika Jinderella masih berusia 4 tahun, dan Jinderella amat memerlukan kasih sayang seorang ibu.

9 tahun berlalu, suatu hari, ketika kanak-kanak perempuan bernama Jinderella itu sedang bermain-main di taman rumahnya sambil bermain Muzikgeli...dia ternampak seorang lelaki sedang duduk di bawah pokok. Jinderella tersengih dan mendekatinya.

"Ayah..jom kita selfie.." Ujar Jinderella manja sambil menghulur sebuah telefon bimbit berjenama gucci.

Encik Yoongi, ayah kepada Jinderella sekadar membuat peace sambil tersengih kelat. Sebaik sahaja gambar ditangkap, Jinderella menurunkan telefonnya.

"Ayah, kenapa muka ayah monyok? Period ke?" Tanya Jinderella sambil membelek-belek telefonnya.

Ayahnya diam sekejap. "Sebenarnya, ayah rindu pada mak kamu." Yoongi memandang tanah yang dikuis dengan hujung kasut.

Jinderella terdiam terus. Kepalanya disandarkan dibahu ayahnya. "Ayah, barang yang lepas jangan dikenang. Mak dah pergi tinggalkan kita. Chill ayah chill." Kata Jinderella tenang.

"Mak hang bukan barang, bangang."

Jinderella tersedak. "Kay ayah kay...chill bro. ala ayah. Jinderella pun rindukan mak jugak. Tapi, life must go on. Ayah tak boleh sedih-sedih camni selalu. Sian kat Jinderella." Jinderella memuncungkan mulut dan menggeselkan kepalanya di bahu Yoongi.

Yoongi tersenyum kejap dan mengusap rambut anak kesayangannya. "Yelah yelah. Ayah mintak maaf..jom la kita masuk..ayah lapar."

Jinderella tersengih dan mereka melangkah masuk ke dalam rumah sambil menyanyikan lagu 'I love you, You love me, We are happy family' bersama-sama.

Tapi, tanpa mereka sedari, ada tiga makhluk sedang mengamati mereka dari jauh dengan hati yang penuh dengan perasaan benci dan cemburu.

Itulah ibu dan kakak-kakak tiri Jinderella. Ibunya bernama Jimin. Kuat dengki ni. Terutamanya kalau Jinderella meluangkan masa bersama Yoongi.

Mereka bertiga anti gila pada Jinderella.

Mungkin kerana cemburu akan kasih sayang Yoongi yang dicurahkan kepada Jinderella..

Erm erm..

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now