Jinderella 24

603 105 26
                                    

"Nah dah siap." Kata Jinderella sambil meletakkan pinggan tersebut di atas meja. Namun, kalau nak diikutkan hati, nak aje dia tenyeh pinggan ni kat muka diorang.

Keluarga tirinya memandang sinis ke arah Jinderella, namun dia hanya endahkan pandangan tersebut.  

"So, makanlah. Jinderella nak keluar kejap." Kata Jinderella mula memusingkan tubuhnya untuk berlalu pergi. Malas nak hadap muka ahli-ahli neraka ni. 

"Kau nak pergi mana?"   

Jinderella berhenti. "Nak pergi fight batu seremban dengan anak jiran rumah sebelah. Semalam Jin kalah. So hari ni nak balas dendam sebab budak tu main tipu." Katanya selamba. 

"Tak payah. Sebab lepas makan ni kau kena teman diorang dua pergi pekan." Kata ibu tiri Jinderella sambil menghirup perlahan teh suam. Jinderella berkerut dahi. "Kenapa Jin nak kena teman? Bukan diorang tak suka Jin ke?"

"Sebab diorang tak suka la kau kena ikut. Kau kena bawak semua barang yang diorang ni beli! Tak payah banyak cakap, pergi buat kerja rumah! DASAR PEMALAS!!" Marah ibu tirinya. Jinderella terdiam. "Okay.." Itu sahaja yang mampu dia katakan dan dia terus berlalu pergi naik ke biliknya yang terletak di loteng.

Setelah tiba, dia mula mengesat air matanya. Dia sebak lagikan sendu kuasa kuda. Kenapa dia sering diperlakukan sebegini rupa? Dia terus berlari ke katilnya sebelum tersungkur setelah tersadung papan kayu yang tidak rata.

"Adeh adeh. Khinzir betul. Baru nak feeling emo. Ermmm eh amende ni?" Jinderella berkerut dahi setelah memandang kayu lantai yang terkuak akibat dilanggar Jinderella.

Matanya membulat dan gelabah dia melutut sebelum mengangkat kepingan kayu itu. Ya, tempat dia menyembunyikan segala barang berharga miliknya termasuk  telefon bimbit yang diberikan oleh Putera Namjoon tempoh minggu dan kasut berkaca sewaktu menari bersamanya di ball.   

Jinderella tersengih sendiri. Alahai, kat sini rupanya. Penat dia cari dalam lubang toilet. Ingatkan dah jatuh sewaktu..erm..ehem...

Tanpa berfikir pendek, dia terus mencapai telefon tersebut dan mendail nombor seseorang. 

"Hello?" 

"Hello, Aidil. Sorry. Kak Jin takleh main batu seremban dengan beyblade rini. Mak tak kasi keluar." 

"Eh takpe la kak. Nanti-nanti la kita main. Dil pun busy, nak ngorat awek sebelah rumah. Lawa tau dia kak. Ritu dia syeksyi gile. Keluar rumah pakai seluar je ha..." 

"Hah? Kau bukan baru 7 tahun ke? Budak perempuan tu umur berapa?"

"4 tahun."

"EI KAU NI!! AKAK BAGITAU MAK AIDIL NANTI HA!!" 

"Alah janganlah kak. Okay okay, camni. Nanti Aidil lanjer akak choki-choki boleh?"

"Kau nak rasuah akak ke hah?!"

"Mana ada rasuah!! Okay Aidil up tambah oreo nak?"

Jinderella terdiam. Bahaya ni kalau dibiar. Pandai pulak merasuah. Hish, tak boleh jadi. Walau macam mana pun, aku takkan terpengaruh dengan dia!!

"Tak okay lagi? Okay Aidil lanja Moma Milkshake. Nak?"

"Okay. Tapi kau ni, lain kali main la bagi adil. Nama je Aidil, tapi tak adil pun!" Rungut Jinderella.  

"Alah, akak ni. Sorry la nah. Lepas ni Aidil janji tak main tipu lagi. Okay la kak, Aidil berambus dulu. Awek tu dah keluar main masak-masak depan rumah dia. Bye kak! Aidil nak ajak dia main kahwin-kahwin!! Doakan Aidil berjaya lamar dia tau kak!! Aidil janji nak bimbing dia ke syurga."

"Hah okay. Bye." Sebaik sahaja panggilan dimatikan, Jinderella membuka apps kesayangannya.

Sticky Note, tempat dia meluahkan segala isi hatinya yang terobek. Sedang kusyuk dia mengemokan diri, tiba-tiba satu notifications masuk. Eh dari Instagram?  

@ NJPWINCE_  has request to follow you

Jinderella berkerut dahi. Wait what? Siapa mamat ni? Tanpa berlengah, Jinderella terus menekan notifications tersebut namun....

"JINDERELLAA!!!" Jeritan ibu tirinya mengejutkannya hingga telefon itu terlepas dari tangannya. Jinderella gelabah menutup lantai itu setelah sedar bahawa ibu tirinya sedang berdiri di muka pintu. 

"HAH!! YA YA ADA APA?!" Tanya Jinderella dengan cemas. Harap-haraplah dia tak nampak. Ibu Jinderella menyepetkan mata seolah-olah curiga dengan tindak tunduk Jinderella. "Erk..ibu janganlah buat camtu. Bertambah lagi kehodohan tu." Kata Jinderella dengan jujur menyebabkan mata ibu tirinya terbeliak. 

"BERANI KAU CAKAP CAMTU?! CEPAT TURUN! ORANG PANGGIL TAK MENYAHUT LANSUNG!! HUH!!" Ibu tirinya meningkah dan berlalu pergi. Jinderella menghembus nafas lega. Fuh, nasib baik orang tua tu tak nampak. Dia memandang semula ke arah skrin telefon, 

'Siapa yang request aku ni?' 

"JINDERELLA!!" 

"YA YA NAK TURUN NI!!" Jinderella terus menyembunyikan barang-barangnya dan terus turun ke bawah untuk ke pekan bersama kakak-kakak tirinya.

Jinderella keluar dari rumah dan kelihatan sebuah kereta sedang menanti di hadapan pintu. Jinderella menapak ke arah kereta itu dan mahu masuk ke dalam kereta sebelum kakak-kakak tirinya mencelah.

"Apa kau buat ni?"

"Nak masuk duduk la. Takkan nak menari tiang pulak?" Jinderella mencebik.

"Hah, sorry sikit k. Tempat kau dalam but kereta. Sini tempat kitaorang. Sedar sikit taraf kau kat mana!" Kakak tirinya menunjal dahi Jinderella hingga terundur ke belakang.

Jinderella membisu, melihat kakak-kakak tirinya masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu. Tanpa sebarang bantahan, Jinderella akur dan masuk ke dalam but kereta. Sesak. Sepanjang perjalanan, Jinderella cuba menahan tangisannya.

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now