Snow Whitae 16

348 60 22
                                    

"Tongku kami sudah pulang mana janjinya? Cekodok adabi yang enak!" Nyanyi Jungkook sebaik sahaja menolak pintu rumah.

"Dwarf-dwarfku yang hodoh ni beta buatkan, cekodok adabii yang enakk.."  Snow Whitae yang sibuk bermain Xbox dengan Odeng menyahut.

"Cekodok adabiii kesukaan kamiii..enak dinikmati sepanjang hariii.." Mereka menyerbu  meja makan, kecuali Jimin dan Yoongi.

Seokjin perasan mereka berdua, terus bertanya. "Eh, korang berdua taknak makan ke?"

Yoongi dan Jimin saling berpandangan. "T-Takpelah hyung. Korang makan la dulu. Kejap lagi kami turun." Katanya lalu mula menaiki tangga untuk ke bilik.

"Kenapa ni? Sedap tau." Snow Whitae bersuara sambilmeletakkan pinggan lain yang berisi cekodok cheese leleh. 

"Alah, tinggal sikit kat kami. Nanti lapar kami makan la. Sekarang kami nak tidur..penat."

Mau tak penat, berguling sana sini, tersepak buah durian, lari sebab kena kejar...

"Erm..tak apalah. Korang pergilah rehat." Namjoon mencelah.

Mereka berdua hanya mengangguk dan masuk ke dalam bilik. Jimin terjengket-jengket mendekati katilnya sementara Yoongi pergi menyelongkar almari.

"Jimin ah bukak baju kau."

Jimin yang leka membelek kakinya tersentak dan terus memandang Yoongi.

"A-Apa hyung ni?" Jimin mulai cemas.

"Bukak jela. Dah, baring cepat." Yoongi menolak Jimin hingga terbaring di atas katil.

•  •  •

"Fuh, kenyang weh.." Namjoon menepuk-nepuk perutnya yang membulat.

Sedap bak hang.

"Kau macam dah mengandung la, Kook. Macam tunggu timing nakberanak je." Tegur Hoseok memandang Jungkook yang tersadai di sofa.

"Sedaplah cekodok ni. Pandai noona buat. Boleh la anak-anak kita makan nanti." Puji Jungkook menyebabkan Snow Whitae mula tersipu.

"Tak payah nak try la Kook. Kau tu dah la terbantut. Noona tak pandang la dak dak raver cam kau." Kutuk Seokjin.

Jungkook berwajah sebek.  Sampai hati Seokjin panggil dia budak raver.

"Ahh!! Sakit hyung!! Arghg!!"

Mereka semua tersentak. Bu-bunyi apa ni?

"Weh, korang dengar tak?" Tanya Namjoon memandang Seokjin yang sudah menutup telinga Jungkook.

"Namjoon, kau simpan lagi ke video-video tu?!" Seokjin merenung tajam wajah Namjoon.

"T-TAK HYUNG!! Sumpah!! Kan hyung dan bakar semuanya? Namjoon tak beli baru pun!!" Namjoon bersuara cemas sambil melayangkan tapak tangan ke udara.

"Arghh!! Lepas la hyung!! Sakit!!"

Masing-masing berkerut dahi. Hanya Jungkook yang masih selamba kerana Seokjin telah menyumbat telinganya dengan earphone extra bass lalu memainkan lagu Not Today dengan full volume.

"Gais...siapa buat benda haram dalam rumah kita ni? Tuanku ada bawak masuk sesiapa ke?!" Tanya Hoseok.

"M-Mana ada! Beta just main Xbox tu je dari pagi tadi! Tak ada pun sesiapa yang masuk! Tak caya tanya Odeng!!"

"Ahh!! Dah la!! Sikit-sikit dah la!!"

Suara itu kedengaran lagi. "Bunyi dari atas weh. Bilik kita!" Hoseok memandang ke tingkat dua.

"Jap gais..bukan dalam bilik tu ada Yoongi dengan Jimin ke?!"

Mata mereka mula membulat. Haa sudahhh...

Seokjin, Hoseok, Namjoon dan Snow Whitae terus meluru ke atas meninggalkan Jungkook yang masih bingung di bawah.

Mereka melekapkan telinga di permukaan pintu.

"Sakit hyung! Sakitt!!" Jimin bersuara lemah seperti merayu-rayu.

"Taknak! Kau tahan la sikit!! Sakit sikit je kan?!" Kedengaran suara Yoongi pula menjerit.

"Sikit hotak hang! Pedih laa!!" Marah Jimin.

Seokjin sudah meraup wajah. Takkanlah diorang..

"1...2...3!!" Namjoon dan Hoseok terus menerajang pintu bilik.

Mata mereka semua terbuntang terus.

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now