Snow Whitae 15

322 56 10
                                    

"Tak guna punya, hyung!! Aku tak halal hutang 50sen kau!!" Maki Jimin mula menangis.

Huarggh..

Jimin tersentak dan terus menoleh ke belakang. Ma-makhluk tu!!!! Kian lama kian dekat menyebabkan Jimin memusingkan badan menghadapnya. Kaki Jimin mula ditarik laju hingga melukakan belakangnya.

"J-JANGAN!!!!" Jimin menjerit menyilangkan tangan di wajah.

"HIAGHH!! NYAH KAU MAKHLUK BUNGKUS IKAT TEPI!!!" Yoongi tiba-tiba muncul dari balik semak dan menyelit kaki makluk itu menyebabkan makhluk terjatuh di atas Jimin.

"UWEKK!!" Jimin muntah setelah tercium makhluk itu. 

"HAMIK NI!!" Yoongi mengetuk kepala cik pocong itu dengan buah durian yang diambil Jimin tadi lalu menyepak hantu itu hingga hantu itu tergolek masuk ke dalam parit.

"Cepat, Min cepat!!" Yoongi memaksa Jimin untuk bangun dan berlari. Tapi, Jimin tak mampu berlari setelah tersadung buah durian yang sama.

Fuh, sakit tu.

"Eii, naik belakang aku cepat!" Yoongi terus mendukung Jimin di belakangnya dan mula berjalan laju.

"Ehh, berat la kau ni! Lain kali diet la sikit!!" Marah Yoongi masih struggle.

Jimin berdecit. Panasnya hatii.. kalau tak disebabkan Yoongi tengah tolong dia, dah lama dia berganding bahu dengan makhluk tadi untuk menjatuhkan Yoongi.

Sesekali Yoongi menoleh ke belakang sambil berlari. Risau kalau-kalau makhluk tu muncul lagi.

Tapi tiba-tiba, entah dari mana, makhluk lain pula muncul secara tiba-tiba dari semak, semasa Yoongi tengah berlari.

"Hyung!! Brek hyung brek!!" Jimin menepuk-nepuk belakang Yoongi menyuruhnya menoleh ke depan semula.

Tapi, terlambat.

Gang!!

Mereka bertembung dan terus terjatuh ke tanah semula. "Adehdehdeh..patah hati aku.."

Jimin membuka mata dan memandang makhluk yang dilanggarnya tadi.

"NAMJOON HYUNGGG!!!" Jerit Jimin bahagia.

Namjoon yang sedang menggosok kepala kerana pening kesan dari pelanggaran itu terus mengenalpasti wajah mereka berdua.

"HAH DAH JUMPAA!!!" Namjoon menjerit dan sekelip mata, Seokjin, Hoseok dan Jungkook muncul.

"Korang pergi mana hah?! Lama tau tak kami cari korang!!" Marah Seokjin lalu mencekak pinggang.

Jungkook dan Hoseok membantu Jimin dan Yoongi untuk bangun.

"Hyung tau tak!! Tadi an, kami-ermm!" Yoongi terus menekup mulut Jimin.

Mereka semua berkerut dahi. "Kau pehal tutup mulut dia Yoongi? Korang ada sembunyikan apa-apa ke? Ni kau ni Jimin, pehal comot sangat ni hah?" Seokjin mula beleter.

"S-Sorry hyung. Kami sesat tadi. Jimin ni terjatuh. Tu yang luka-luka tu." Kata Yoongi sambil tersengih-sengih. 

Mereka menggeleng sambil mengeluh. "Pastu okay ke tak ni?" Soal Hoseok.

"Okay...kot. Tak apalah, yang penting kami dah ada kat sini. Erk..jomlah balik." Ajak Yoongi dan menolak belakang mereka semua untuk ke kereta.

Dah nak pukul 10 malam.

Kemudian, Jimin bersuara, "Kenapa hyung tak bagitau benda betul kat diorang?"

"Haish kau ni..nanti kita kena bahan lak. Malas la aku! Ni, kau boleh jalan ke tak ni?"

Jimin memandang kakinya. "Aku rasa kaki aku terkehel la masa jatuh curam tu. Tapi, boleh la jalan sikit-sikit.."

Yoongi menggeleng, dan mula melingkarkan tangan di perut Jimin.

"A-Apa hyung nak buat ni?" Soal Jimin cemas. Haa cuak kau.

"Diam la. Aku nak papah kau pergi kereta la. Kau pehal teruk sangat mind kau ni? Nak aku basuh pakai sabun TOP ke?" Yoongi menjeling.

Jimin diam.

"Dah, jom cepat." Mereka terus berjalan ke arah kereta semula. 

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now