Snow Whitae 14

410 65 34
                                    

"Cepat la sikit, Min!!" Jerit Yoongi dari luar tandas.

"Kejap hyung. Nak habis dah. Titisan terakhir ni." Kata Jimin.

Yoongi mengusap lengannya yang mulai sejuk kerana angin malam dan nyamuk yang berterbangan di sekitarnya.

"Haih kan bagus kalau awek-awek kat luar sana jadi cam nyamuk ni. Suka dekati aku walaupun aku reject. Ermm tak apalah. Sekurang-kurangnya aku ada fans. Kan nyamuk kan." Angannya sambil Sesekali  menyuluh ke sana sini dan ke atas. Gelap sangat.

Kemudian, dia terasa ada sesuatu mendekatinya. Yoongi menelan air liur dan terus menyuluh ke belakang.

"WARGHH!!" Yoongi menjerit dan terus terjatuh.

"Hyung! Kau kenapa?!" Jimin cemas dan turut tergolek ke sebelah Yoongi sambil memandang ke arah tempat dia berdiri tadi.

Yoongi tercungap-cungap. "WOI!! KAU KALAU KELUAR DARI TANDAS BOLEH TAK GITAU AKU DULU?!!!"

Rupa-rupanya, dia tersuluh muka Jimin.

"Ha? Kau yang tetiba suluh muka aku. Aku baru nak gitau kau." Jimin menarik Yoongi untuk kembali berdiri.

"Eii, dah la jom cepat. Ni kau dah cebok je belum? Tak dengar bunyi air pun."

"Tak..aku qelaih (lap/geset) kat dinding toilet!"

Mata Yoongi membulat. Jimin mencebik. "Apa punya soalan la. Dah basuh la. Ei, jom jom. Seram la aku kat sini lama-lama." Jimin menolak Yoongi dan mereka berjalan meredah kegelapan malam.

Sesekali Jimin menjerit kerana terkejut. Tertamanya ketika kelawar melintas, bunyi katak, tersadung akar, terlanggar daun yang terjuntai.

"Warghh!" Jimin terus memeluk lengan Yoongi setelah tiba-tiba buah durian jatuh di hadapannya.

"Weh!! Pehal ni?! Lepas lah!!" Marah Yoongi. Jimin melepaskan pelukannya. "So-Sorry hyung..aku terkejut tadi."

Jimin mengambil buah durian itu dan berjalan membuntuti Yoongi di belakang. "Sedap wo buah ni." Kata Jimin sendiri.

Tiba-tiba, mata Jimin terpandang sesuatu. Nunnn jauhh di balik pokok di dalam kesamaran malam. Jimin menarik baju Yoongi.

"Apa lagi kau ni? Cepat la!" Yoongu mulai rimas.

Tanpa menoleh Jimin menunding jari ke arah seekor makhluk putih berbentuk bantal peluk yang serang merenung mereka.

"Hyung..tu bukan peminta sedekah hari tu ke?" Jimin kembali menoleh ke depan.

Mata Jimin membulat. "HYUNG?!!" Jimin menjerit. Sekali Jimin hanya pegang baju Yoongi sahaja. Jasad Yoongi sudah pun berlari nun jauh meninggalkannya.

Tiba-tiba, Jimin terdengar jeritan Yoongi. "JIMINNN!!! LARI WOI LARII!!! KAU SALAH ORANG TU!!"

Jimin tersentak dan memandang ke arah makhluk itu yang sedang melompat laju ke arahnya.

Jimin cuba bergerak namun kakinya keras.

"Cepat lah bodoh!! Woi otak!! Suruh la kaki ni bergerak!!" Jerkah Jimin memaki diri sendiri.

Beberapa saat kemudian, kaki Jimin mula bergerak laju terus mengejar Yoongi. Durian di tangan dipeluk seerat mungkin.

"Wargh!" Yoongi yang berada paling hadapan berhenti mengejut setelah hampir terjatuh ke dalam curam.

Dia memegang dada dan menghembus nafas lega. Kalau dia tak sempat brek tadi, confirm dia dah jatuh.

Tapi...

"Hyungg!! Tepii!!" Yoongi menoleh ke belakang dan..

BUM!!

"WARGHHHSKDKLAKQHDIWOEIWIOQ!!!" Jimin melanggar Yoongi kerana tak sempat brek.

Mereka berdua jatuh berguling ke kaki bukit. Nasib la tak jauh mana.

Sampai di kaki bukit, Jimin tertiarap di atas Yoongi. Masing-masing mengerang kesakitan sebelum tanpa sengaja bertentang mata untuk beberapa minit..haipp, saat dah la..

Paling tak boleh blah bila muka Jimin tiba-tiba berubah merah.

Tapi, Yoongi endahkan Jimin kerana matanya lebih terancap pada sesuatu nun jauh di atas sana. Makhluk itu sedang bergolek turun ke arah merekaa!!

"Kau nak buat benda tu kau pegi buat dengan kawan kau tu!" Yoongi terus menolak Jimin dan berlari.

Jimin mengelipkan mata dan mula tersedar. Dia kemudiannya perasan yang makhluk itu kian dekat. Tanpa melengahkan masa, Jimin pula membuka langkah seribu.

Malang sekali, dia tersungkur ke tanah setelah tersadung buah durian tadi. Ya Allah..sakitnya..

Bahana buah durian.

"H-HYUNGG!!!" Jimin menjerit sekuat hati setelah sedar yang dia tak mampu berlari lagi.

Yoongi yang mendengar jeritan Jimin berhenti. Dia mulai berbelah bagi. Perlu ke dia selamatkan diri, atau tolong Jimin?

Yoongi tengok Jimin. Ternyata makhluk itu sudah terlalu dekat dengan Jimin yang cuba merangkak ke arahnya.

Yoongi memalingkan tubuh membelakangi Jimin yang masih meraung meminta tolong.

"Sorry, Min...bye! Kau taaruf la dengan dia kay!" Yoongi berlari masuk ke dalam semak samun.



Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now