Snow Whitae2

645 79 13
                                    

"Kau! Sini mari!" Permaisuri menggamit orang kanannya yang bernama Karip Kurapudin yang sedang meneguk air fresh orange laici. 

"Ya tuanku?" Dia berdiri di hadapan Permaisuri yang sedang duduk bersilang kaki.

"Beta nak bagi one mission for you." Permaisuri berkata bangga.

Karip meneguk air liur. Kerja apa lak dah perempuan ni nak bagi. Dah la gaji lambat masuk. Tu pun ada yang kena potong.

"Beta nak kamu bunuh Snow Whitae!!"

Tersentak Karip.

"Tapi, tuanku! Dia puteri negara ni!! Lagipun dia kurang upaya!"

"Dia puteri, beta Permaisuri! Beta lebih tinggi dari dia!! Beta tetap nak kamu bunuh dia no matter what!! Beta tak suka dia hidup dalam dunia ni!!" Jerkah si Permaisuri.

Amboih kau fikir dunia ni kau sorang jeke nak hidup?

Karip tertunduk. Dia sebenarnya ada crush kat Snow Whitae jugak. Tapi..tulah. Snow Whitae pilih rupa. Jual mahal lak tu. Dah la hantaran nak 60k. Tapi tau main Tiktok dengan Funimate je. Baik dia kawin dengan ikan gapi.

Tapi, arahan Permaisuri terpaksa dilaksanakan. Nak tak nak, dia kena patuh. Namun, sebelum dia berlalu pergi, sempat juga dia bertanya soalan.

"Tuanku, kalau di traffic light, antara menteri dengan rakyat biasa...siapa akan berhenti dan siapa akan teruskan pemanduan walaupun lampu merah?"

Si Permaisuri berkerut dahi.

"Menteri la."

"Kalau raja dengan menteri?"

"Apa kau merepek ni? Raja of course."

"Betul. Lepas tu, raja teruskan pemanduan. Sampai kat tengah jalan, ada seekor lembu tengah lintas. Siapa berhenti, raja ke lembu?"

Si Permaisuri tersentak kejap. "Raja?"

"Haa!! Lembu lagi tinggi dari permaisuri la!! HAHA!" Sedang Karip berdekah gelak, sepasang high heels berjenama Supreme terbang ke wajahnya.

"TAK PAYAH MEREPEK! Pergi selesaikan kerja kau!! Dan letakkan hati dia dalam bekas ni sebagai bukti yang dia dah mati!" Marah Si Permaisuri lalu memberikan seberkas Tupperware kepada orang kanannya.

Karip laju menunduk dan terus berlalu pergi. "Sentap habaq ar..wer.."

•  •  •

Tang! Tang! Tang!

Karip mengetuk pintu bilik Snow Whitae. Snow Whitae yang sibuk berselfie dengan filter Instagram terkejut.

"Ya? Siapa tu?" Soal Snow Whitae acah-acah lembut.

"Ni patik, tuanku. Orang kanan permaisuri, Karip Kurapudin.." 

"Oh, kau ke Karip. Haa silakan masuk." Ujar Snow Whitae sambil membetulkan rambut.

Tak! Tak!

"Tapi berkunci, tuanku!" jelas Karip cuba memulas tombol pintu.

"Tau takpe. Ingat beta nak biarkan kamu masuk bilik beta ke hah? Bukan beta tak tau, kamu tu otak sama macam langit. Kita dua dah la bukan mahram! kamu ingat ini drama pukul 7?!!"

Karip mengeluh.

"Patik ada berita gembira sebenarnya. Permaisuri titahkan patik untuk bawa tuanku ke taman. Tuanku nak gi tak? Ada cotton candy free katanya."

Kepala Snow Whitae terdongak terus. "HO MAI GAWD!! NAK NAK!" Snow Whitae terus melompat turun dari katil..tetapi..

Gedebum!

Karip yang masih berada di luar tersentak. Eh, tuan puteri ni main mercun bola dalam bilik ke?

"Tuanku? Tuanku? Are you okay?"

Krekk..

Pintu tiba-tiba terbuka. Snow Whitae sudsh tersengih-sengih sambil berpakaian gaun labuh kuning, merah, biru dan putih.

"Okay! Jom pergi!" Snow Whitae terus berlari keluar dengan muka yang sedikit merah.

Sebenarnya, dia tengah tahan sakit kerana jatuh katil. Lompat-lompat tak sedar kaki tersangkut dalam selimut. Apa lagi...gedebum la.

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now