Jinderella 13

822 155 31
                                    

Jinderella berjalan masuk ke dalam rumah sambil tersengih-sengih bahagia. Angau cinta.

Kalau boleh, memang dia nak jumpa lagi lelaki tu. Kotak yang mengandungi Iphone 10s dibelek berkali-kali. Gembiranya..

"HAH!! KAU PEHAL SENGIH-SENGIH?!!" Jerkah seseorang.

"Opopompom!" Jinderella menggelupur kerana terkejut. Hampir semua barang-barang termasuk Iphonenya memcecah lantai. Fuh, rasa macam nak keluar roh.

Setelah tenang, Jinderella mendongak. Ibu tiri rupanya. Jinderella menyembunyikan iphonenya. Risau kena rampas pulak jap lagi. Bukan tau perempuan ni. Life orang pun nak rampas. Huh!

"Tak ada apa-apalah." Jinderella menjawab acuh tak acuh dan terus menanggalkan topinya.

"Jinderella dah belikan semua yang ibu nak." Katanya sebelum berlalu pergi masuk ke dapur.

Kemudian, dia meletakkan bakul itu di atas meja. Dia mengeluh kejap. Penat. Setelah meneguk air, dia terdengar bunyi loceng pintu. Terkebil-kebil Jinderella menapak semula ke ruang tamu.

Krekk..

Pintu ditarik. Oh, kereta dah sampai. Kereta inilah yang akan membawa mereka ke majlis tari menari. Baru Jinderella sedar yang dia perlu bersiap untuk ke majlis itu.

"Tunggu sekejap ya."

Jinderella menutup pintu dan mengeluh panjang. Dia melihat jam dinding. Sudah pukul 7.30 malam. Mereka akan bertolak ke sana pukul 8 malam. Dia memang  terlupa pasal majlis tu! Dah la baju pun tak siap lagi!

Baru dia sedar kenapa ibu tirinya menyuruh dia pergi ke pekan walaupun barang dapur masih berbaki  cukup untuk 10 kali makan lagi. Sengaja nak bagi dia terleka supaya dia tak pergi ke majlis tu!

"Haih..nasib nasib.." Jinderella melangkah kusam ke arah bilik ibu tirinya.

Dia menarik nafas panjang dan mengetuk pintu.

Krekk.

Pintu terbuka. "Pehal?" Tanya ibu tirinya dengan wajah menjengkelkan.

"Kereta dah sampai. Honda Accord, warna kelabu." Kata Jinderella acah-acah selamba.

"Oh, kay." Ingin dia kembali menutup pintu, dia memandang Jinderella. "Eh, tak siap lagi ke? Kata nak pergi majlis tari menari.." tanyanya sinis.

Jinderella mendengus geram. "Tak pelah. Saya tak pergi. Selamat malam!"

"Oh, sayangnya." Ibu tiri dan kakak-kakak tirinya ketawa terkekeh-kekeh setelah Jinderella berlalu naik ke atas untuk ke biliknya di loteng.

Tak guna!

Kriukk..

Pintu biliknya ditolak. Sunyi. Dia menghembus nafas berat dan duduk di tepi tingkap. Dari situ, dia dapat melihat istana yang cukup megah dan bergemelapan dengan lampu-lampu. Meriahnya..Jinderella merapatkan kaki ke badan dan meletakkan dagu di lutut.

"Apa nak buat..tak boleh pergi lah kalau macam ni. Well, bukan ada apa-apa pun. Mesti boring, tak ada muzik, takde laki handsome..and mesti..wonderful, seronok, excited. Huaa...teringin nak pergi.." Jinderella mula menangis.

Mesti lelaki handsome yang dia jumpa tadi pergi majlis tu. Erm..sesekali, mata Jinderella menangkap kelibat bayangan putih, berambut panjang terbang di celahan pokok.

Bum..

Makhluk itu terlanggar sebatang pokok dan tergolek jatuh. Sampai terselak kain. Jinderella ketawa terkekeh-kekeh.

"Bodohnya. Dah tau gelap, tak nampak jalan..pakai la torchlight. Bongok.." Katanya sambil melihat makhluk itu kembali terbang sebelum hilang di dalam kegelapan.

Kemudian, Jinderella mengeluarkan telefonnya.

"Ermm..macam mana nak guna eh? Tadi laki tu adalah ajar. Tapi aku lupa la.."

Sedang Jinderella membelek telefonnya, Chim dan Kookie tiba-tiba merangkak ke arahnya.

"Kenapa ni?" Tanya Jinderella memandang mereka berdua.

"Sini sini!" Kookie menggigit dan menarik hujung kain Jinderella.

"Sini? Sini mana?" Dia agak bingung melihat telatah dua makhluk berbulu itu. Chim tak habis-habis menunding jari ke arah almari lama.

"Jom jela!" Tegas Chim.

Jinderella mengerutkan dahi. Eem, ikut jela an. Jinderella turun dari tingkapnya dan mengikut mereka berdua. Berhati-hati dia berjalan supaya tak pijak mereka.

Terkebil-kebil dua ekor tikus itu merangkak teruja ke arah almari itu. Dah kenapa mereka ni?

Tiba-tiba..

"Surprise madafaka!!" Jerit Suga lalu mendepakan tangan.

Pintu almari tersebut terbuka. Terpancar satu gaun labuh berwarna pink. Lawanya!! Dah la bersinar, wangi lak tu!! Bau macam Carry Junior.

Jinderella menekup mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jinderella menekup mulut. Hampir saja air matanya mengalir kerana terharu. Biar..biar betul ni..

Diorang buat semua ni? For serious?!
















"Ceprisee!! Ni kookie yang buat semua tau! Nak kiss boleh? Nanti kalau Kookie jadi lelaki, Kookie peromis Kookie akan jadi suami yang mithali yang soleh untuk hakak Jinderella." Kookie tersipu-sipu sebelum didebik Suga.

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now