Snow Whitae 5

506 80 18
                                    

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi sepi. Mereka melangkah masuk secara berhati-hati.

"YEAHH!! WE LIKE TO PARTY!!" Tiba-tiba seekor penyu menjerit lantang sambil menghayunkan tangan ke atas.

Snow Whitae terlalu terkejut hingga kepalanya terhantuk pada periuk yang tergantung.

"SHUU!! DIAM LA BODOH!!" Marah mereka semua.

"Kk maaf zahir dan batin.  Selamat hari raya." Balas penyu itu dengan rasa bersalah. 

Snow Whitae mencebik dan terus memerhati sekeliling. What a mess. Tiba-tiba, dia ternampak satu kerusi kecil.

"HO MAI GAWDD!!" Snow Whitae menjerit bahagia.

Kerana terlalu terkejut dengan suara khunsa Snow Whitae, semua haiwan kelupoq melarikan diri. Ada juga yang bersembunyi di bawah kain Snow Whitae.

Snow Whitae terus melabuhkan punggung atas kerusi kecil itu. "So kiott ahh.. ."

Snow Whitae tengok di sekeliling meja. Ada 6 kerusi kecil.

"Ermmm..mesti ada 6 orang budak kat sini."

Kemudian, Snow Whitae menjudge meja yang reput dimakan anai-anai itu.

"Ni tahan ke tak ni?" Snow Whitae menyepak kaki meja dengan agak kuat.

"Woi ahli neraka!  Ko tak pandai behave ke hah?!  Sepak-sepak pehal?!  Ingat atok kau punya ke meja ni?!!" Jerkah salah seekor anai-anai setelah kepalanya bergegar dek kerana meja tersebut disepak Snow Whitae tadi. 

Namun,  jerkahan itu tidak didengari oleh Snow Whitae.  "Tak lama runtuh la ni." Kemudian dia melihat di atas meja.

"What the hell is this?! Kenapa teroks sangat keadaan kat sini? Meja bersepah. Makanan basi berkulat pun ada atas meja. Ni stokin Ryan pun ada kat sini?! Kalau tak nak buat bahan bakar jela." Snow Whitae mengangkat stokin berwarna oren.

Dengan bodohnya Snow Whitae mencium bau stokin itu.

Snif...snif..

"FUH! BAU KETIAK!!" Snow Whitae terus melempar stokin itu keluar dari rumah.

Kemudian, dia ternampak satu cawan kecil. Segera dia mencapai gelas kuning keperangan itu. Dia melihat ke dalam gelas itu. Ada cecair putih?

"Laa, sayangnya susu ni. Dari membazir, baik aku minum."

Tanpa sebarang syak wasangka lagikan syubhah, dia terus meneguk air itu. Kemudian, dia diam kejap.

"Pehal rasa masam-masam?" Snow Whitae mengemam bibir. Cuba menikmati rasa susu itu. "Perisa lemon kot.." Dia kemudian meletakkan gelas itu di dalam sinki.

Seterusnya, dia memerhati keadaan sekeliling. Semak!

"Okay gais, amari kita kemas tempat ni. Sapa sedar diri dia berketurunan tikus-tikus tanah, sila cuci pinggan. Korang spesis burung, cuci pakaian. Bangsa-bangsa rusa sila tolong apa yang patut. Sis nak basuh lantai." Snow Whitae memberi arahan.

"Ni kau suruh kitaorang buat kerja ni, gaji ada tak? Aku nak bagi nafkah kat bini dengan anak-anak aku ni." Seekor tupai bersuara sambil menyandarkan tubuh pada tiang serta memeluk tubuh.

Snow Whitae mengeluh. "Hesh,  yelah yelah.  Nanti aku lanje kuaci sorang sepeket."

Tupai itu terus mengangguk. "Deal.." Dia terus mencapai sabun basuh pinggan perisa strawberi.

"Okay gays gays sekalian...kemon kemon! Teamwork makes dreamwork." Snow Whitae menepuk-nepuk tangan dan semua haiwan mula bergerak.

Snow Whitae mula mencuci lantai dengan mop dan penyapu. 

"Eiu, what is this.." Snow Whitae mengangkat sekeping kain yang terselit di tepi pasu bunga.

"Spender? What the....dah la berlubang tengah!" Snow Whitae terus membaling spender hitam itu tepat kena ke muka rusa yang sibuk mencuci pinggan.

"Warghh!! Sotong kurita!" Rusa itu menjerit mula menggelupur.

"Sotong kurita abah kau! Tu seluar katak la!" Seekor tikus  chipmunks menarik seluar itu dari wajah si rusa.

"Pehal lak seluar aku! Aku seluar pun tak pakai!" Si kata membantah. Pehal lak dia yang kena.

"Eiy.. Tak jaga aurat." Seekor kura-kura menjudge dari jauh. 

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now