Snow Whitae 3

602 84 37
                                    

"Indah sungguh panorama~ bagai pulau nirwanaa...ooo la laa.."

Snow Whitae berlari-lari di sekeliling taman yang dipenuhi bunga. Dah lama dia tak bebas camni. Walaupun virus Carbonara dah makin bermaharajalela, namun perangai babi Snow Whitae yang tak pandai duduk rumah tetap tidak menghalangnya untuk keluar bersiar-siar. 

"Ho mai gawd, so beautiful!!" Snow Whitae over excited setelah ternampak sejenis bunga yang agak besar. Tak pernah lagi dia jumpa bunga sebegini hodoh rupanya.

Sniff..sniff..

"Bapak ah. Busuk siot. Bunga taik ayam ke ni? Acer aku snap post kat IG. Kot kot la diorang tau."

Snow Whitae terus mengeluarkan iphone 7nya lagi. Gambar bunga itu ditangkap.



WaitaeSnowie_                                            :

WaitaeSnowie_                                            :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❤ Liked by chimmyShooky, ustazkpop7 and 880 others

WaitaeSnowie_ hye u olls. Beta nak tanya sikit. Ni natang pa? Dah la tak lawa. Busuk lak tu.  
#bungapelik
#betalawalagi
#snowwhiteisnotblack

View All 460 Comments
Yourjodoh bukan bunga raya ke ni?
Taetaebirdiey Ni bukan yg org guna untuk makan tu kan? Yang sihir tu. 
Rapmoneymoney Sirih bodoh,  sirih!! Bukan sihir!! Sirih tu buat ludah kat muka kau!!  @Taetaebirdiey
JinderellaHendsem Busuk? Tak lawa? Hati kau kot @WaitaeSnowie_

2 minutes ago • SEE TRANSLATION




Snow Whitae berkerut dahi. Yang komen ni memang tak pergi sekolah ke camna? Yang JinderellaHendsem ni perasann haa..tak lama dah dia nak berpisah dengan putera Joon. Macam nak mintak kena santau je.

Chip! Chip! Chip!

Snow Whitae mengangkat kepala setelah dengar bunyi burung. Dia ternampak seekor anak burung di tanah. Segera Snow Whitae mendekatinya.

• • •

Karip melihat Snow Whitae yang sudah mula khayal dengan dunia.

Dia hanya menunggu masa untuk menikam Snow Whitae dengan pisau miliknya. Kelihatan Snow Whitae sedang berdiri di hadapan batu sambil bercakap-cakap dengan sesuatu.

"Eh, dia ni bela saka ke? Cakap dengan siapa? Takkan kena sampuk dengan virus Carbonara." Bisik hati kecil Karip sambil melangkah perlahan ke arah Snow Whitae.

Tujuannya hanya satu. Bunuh, buang mayatnya dan bawa balik hatinya ke permaisuri yang perasan lawa tu.

Perlahan-lahan pisau dikeluarkan dari sarung.

•  •  •

"Eh, apa kau buat kat sini? Kau jatuh eh? Takpe, jatuh sekali bukan bermakna jatuh selamanya." Ujar Snow Whitae bangga. Sekadar memberi motivasi.

"Kau boleh terbang ark?" Soal Snow Whitae lalu mengambil anak burung itu.

Anak burung itu mengangguk.

"Haa dah tu, kalau dah tau jatuh tu, terbang jela naik balik! Apa masalah kau ni?! Aku lempang karang haa! Telur-telur taknak pecah, dah menetas menyusahkan orang!" Bebel Snow Whitae.

Anak burung itu tersentak dan terus terbang ke sarangnya semula sambil menangis. Koyak punya pasal. "Huhuhu!! BAGITAHU MAK KITA!" Jerit anak burung itu dari jauh. 

"Bagitau ah!" Snow Whitae membetulkan penumbuknya.  

Sebaik sahaja anak burung malang itu hilang dari pandangan, Snow Whitae berdiri semula sambil menepuk-nepuk kain kuningnya yang sedikit berdebu. Terasa ada sesuatu menghampiri, terus dia menoleh ke belakang.

"Arghhh!!" Jerit Snow Whitae dengan suara yang garau. Entah dari mana datangnya suara jantan tu, dia pun tak tahu.

"Astaghfirullah, Karip!! Jangan!! Beta tau beta pernah kalahkan kau dalam Plato!!! Tapi, Jangan dendam please! Team kau yang noob!"' Jerit Snow Whitae cuba melindungi diri.

Pap!

"Maafkan patik tuanku!! Maafkan patik!! Patik terpaksa buat camni sebab ada orang cemburu dan benci pada tuanku!" Karip merebahkan diri dan menarik-narik kain Snow Whitae.

Tak sanggup dia hendak membunuh first lovenya walaupun dia tahu love yang dia sedang sayangi sekarang hanya sekadar fake love.

Snow Whitae tersentak sambil cuba menahan kainnya dari terlondeh.

"Apa?! Siapakah manusia yang berhati hitam ketul batu sehitam arang itu?!"

Karip bangun dan memandang Snow Whitae dengan wajah sebek. "MasyaAllah, huduhnya." Kutuk Snow Whitae sendiri.

"Permaisuri! Bonda tak diiktiraf tuanku tu la!"

Snow Whitae terkejut. "Dia suruh patik bunuh tuanku dan bawakan hati tuanku kepada dia.." Jelas Karip sambil teresak-esak kerana terasa berdosa atas perbuatannya.

"Habis tu, apa patut beta buat? Kau nak bunuh beta jugak ke?"

"Tak tuanku. Walaupun patik kena reject, patik tetap sayang tuanku. Tuanku masuk lah ke dalam hutan and never ever comeback. Pasal hati ni, patik akan tukar dengan hati haiwan. Ikan ke, nyamuk ke, beruang ke."

"Habis tu, hati beta?"

"Hati tuanku ada dekattt dengan hati patik. Ahaks." Karip tersengih malu.

"Kau ni haa..aku tuju kasut ni mandul terus kau nanti. Tapi macam mana kalau dia tau yang tu bukan hati beta?" Snow Whitae sedikit cemas.

"Tuanku jangan risau. Permaisuri bodoh. Dia tak gi sekolah. Confirm dia tak boleh beza hati haiwan dengan hati manusia." Jelas Karip lagi.

Snow Whitae berkerut dahi. "Beta pun tak gi sekolah. So, apa bezanya?" 

"Haish, tu la. Kecik-kecik pergilah sekolah. Belajar. Takdelah bodoh sangat. Bezanya,  Hati haiwan dia bersih. Hati manusia ada tompok-tompok hitam." Tambah Karip lagi.

Snow Whitae mengangguk-angguk walaupun sedikit terbakar dengan statement si Karip.

"Dah, tuanku kena pergi dari sini sebelum permaisuri tu tau pasal tuanku!!"

Snow Whitae tidak berfikir panjang dan terus berlari masuk ke dalam hutan.

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now