Jinderella 10

909 143 21
                                    

"Kita akan buat semua ni as suprise untuk Jinderella!" Kata Rapmon teruja.

Mereka semua bersetuju. Maybe ni la time yang paling boek nak balas jasa perempuan tu!

"Cepat, kita dapatkan pertolongan!" Taetae dan Hobbie terus terbang keluar dari tingkap untuk mendapatkan bantuan burung-burung lain.

Sementara Suga, Kookie dan Chim berlari masuk ke dalam celah-celah dinding untuk meminta bantuan dari spesis tikus. Hanya Rapmon sahaja yang mengkaji design yang terpapar di buku yang lusuh itu.

Tak lama kemudian, sekumpulan burung biru hinggap di jendela dan sekumpulan tikus-tikus keluar dari celah-celah dinding.

"Hah, dengar kata nak jahit baju." Seekor burung betina hinggap di tepi Rapmon.

"Yeap! Kita buat macam ni.." dengan bangganya Rapmon memberi arahan dan menerangkan kepada mereka prosedur perjalanan. Lol, pehal ayat jadi camni.

Setelah mendengar dengan kusyuk, mereka semua mengangguk-angguk teruja.

"Chim, Suga, korang pergi amik rantai or something yang korang rasa boleh digunakan as long as korang pergi jauh dari sini and jangan ganggu kami semua." Ujar Rapmon sambil melepaskan Taetae yang tergulung di dalam benang.

"Haa ye la. Cepat hyung cepat!!" Chim terus menarik tangan Suga yang sedang menggigit sisa kain.

Mereka berdua turun melalui tiang. "Cepat ah, hyung!" Jerit Chim yang sudah tiba di tingkat bawah.

"Ye ye, sabarlah!" Sebaik saja Suga menjejakkan kaki ke lantai, mereka mengintai ke luar.

"Eii, what the hell is this?! Kain ni huduh la!! Yuck! Tak kuase aku nak pakai!!" Salah seorang kakak tiri Jinderella membuang ribbon pink ke lantai.

"Eiu, nak pakai rantai ni? Lol, no class. Baik aku minum rabena. Kelassss kau, jah. Huh!" Kakak keduanya pula membaling rantai manik berwarna biru ke lantai.

Suga dan Chim saling berpandangan dan tersenyum. "Yeap, perempuan camtu memang tak reti bersyukur. Kita amik jela."

"Tak dosa ke, hyung?" Tanya Chim. Suga yang mahu memanjat keluar terhenti.

Sentap.

"Erk erk..kita pinjam je. Nanti kita bagi la balik."

Chim memandang Suga, sinis. Suga menelan air liur. Seriau gak dengan dia ni.

"Apahal ko tengok aku camtu?"

Chim menggeleng. "Ermmm, dah la. Jom pergi amik."

Mereka berdua terus memanjat keluar. Chin memerhati sekeliling sebelum terjatuh setelah Suga menolak punggungnya.

"Bangang, terkejut aku!!" Maki Chim.

"Kau lambat sangat la! Tau tak gelap?" Suga pula memanjat keluar dari celah dinding.

"Aku nak tengok dulu, selamat ke tak. Eii kau ni, hyung! Tak reti sabar!"

"Kalau tak selamat pun takpe. Kau mati dulu, bukan aku."

"Hyung penah makan tikus golek? Ergh dah la. Jom cepat." Chim mula merangkak mendekati ribon itu, tapi..

Buk! Dia tertiarap setelah Suga memijak ekornya.

"Chim ah! Kejap!" Suga menekan suara sambil matanya memandang tepat ke arah sesuatu.

Chim kembali memandang ke depan. Kelihatan Sejat tengah tidur di atas kerusi.

"Slow slow.." Pesan Suga. Chim mengangguk setuju.

Mereka berdua terus merangkak menuju ke arah ribon dan rantai. Chim segera menggigit ribon dan terus berlari ke arah celah lubang itu. Ceh, mentang-mentanglah ribon tu ringan, selamber badak je dia tinggalkan Suga yang masih struggle membawa rantai biru itu.

Sedang Suga berjengket mendekati lubang,Chim teringat sesuatu.

Oh ya..Suga hyung pernah tolak aku jatuh syiling dulu..ermm

Idea yang kotor, kejam, jahat mula terpanah ke mindanya. Hehe..

"KIKI!!! DO YOU LOVE ME!! ARE YOU RIDING!!!" Chim menyanyi sekuat hati sehingga menyebabkan Sejat terjaga sambil membuat love menggunakan tapak tangan. Mamai kateko.

Suga yang sedang merangkak betul-betul di hadapan Sejat terkejut. Dia memandang Chim yang tersengih jahat.

"Haa tunggu apa lagi hyung? Asila la lari!" Chim menyambung jeritannya lalu ketawa terkekeh-kekeh.

Sejat tersedar dan ternampak Suga. Dia menjilat mulur dan terus mengeluarkan kuku untuk menerkam Suga. Nasib laa Suga sempat elak.

"Haa laju lagi hyung!! Laju!!!" Jerit Chim lagi.

Suga sedaya upaya mengelak dari menjadi makanan di Sejat. "Kurang ajar kau, Min!!! Kau nak bunuh aku ke hape ah?!!" Jerkah Suga, bengang.

Makin kuat ketawa Chim setelah Suga memakinya. Suga terus berlari ke arah Chim dan melompat masuk ke dalam dinding.

"Meowww!!!" Tangan Sejat mahu mencapai Suga namun gagal kerana Chim menggigit tangannya.

Sejat terus berlari pergi sambil meraung sakit. Huuh, padan muka.

"TAKK TAKKK TAKK!!! JANGAN MAKAN AKUU!! AKU SINGLE LAGI!!" Suga meraung dan menggelupur macam kena sampuk.

"Hyung..." Chim mahu menyentuh Suga tapi, Suga terus menerajangnya kerana terlalu takut.

"Hyung!!" Jerit Chim tapi Suga masih tak mahu membuka mata dan terus meronta-ronta.

Pang!

"HYUNG!! SUDAH SUDAH LA TU!! HYUNG TAK MATI PUN!!" Jerkah Chim geram setelah selesai menghadiahkan satu tamparan indah ke pipi Suga.

Suga terdiam terus dan membuka mata. Dia memandang Chim.

"Kau ni!! Apa masalah kau!! Kau nak bunuh aku ke hah?!" Marah Suga.

"Takde ah. Saja nak bagi hyung bersenam. Lagi pun, hyung pun pernah nak bunuh aku. Hyung tolak aku jatuh syiling!" Chim membidas.

"Aku tertolak la!"

"Tipu!"

"Betul!"

"Eii, dah la. Yang penting kita seri. Cepat hantar semua ni kat diorang!"

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now