Snow Whitae 19

240 53 12
                                    

"arkk!!"

Permaisuri menjerit setelah rasa ada satu sengatan hebat ditekaknya. Dia mula berubah sedikit demi sedikit. Rambutnya yang pink mula berubah menjadi hitam dan kusut. Kulitnya yang mulus mula berkerut. Hidung kecilnya membesar dan mengembang macam bunga rafflesia. Pipinya yang munggil mula jatuh dan belakangnya yang tegak mula membongkok.

"Uyeahh..dah berjaya..hak! Suara aku pun berubah!" Permaisuri memegang lehernya. Memang dia dah berubah menjadi kasar dan serak. Boleh la nak nyanyi lagu heavy metal lepas ni. 

"Woi Kasim, amacam, ada iras-iras Erra Fazira ark?" Permaisuri bermodel di hadapan burung enggang bernama Kassim yang sudah bersembunyi di balik tengkorak.

Syeram seal.

"Ada iras-iras ifrit gitu." Ujar Kasim dengan jujur. Permaisuri diam kejap lalu memandang cermin.

"Jadilah dari takde." Permaisuri terus menggoogle sesuatu.

"How to kill people easy way as a witch."

Setelah beberapa minit, Permaisuri menjumpai sesuatu.

"Erm, karipap! Apa fungsi dia?...ohh, mati dalam tidur! Wu wauu! Lepas makan kuih karipap ni, mangsa akan tidur untuk selama-lamanya." Permaisuri hampir menangis. Dia menekup mulut kerana terharu. Dia scroll ke bawah, ah ada resepi! 

Dia terus memulakan campurannya.

"Untuk inti, 1 kuntum bunga Rafflesia. 3 helai daun ketum (optional, boleh tukar kepada daun ganja). 6 ketul hati nyamuk. 7 mata hati. 4 biji ubat gegat. Kemudian, gaulkan sehingga sebati. Untuk bekas karipap, keluarkan 1kg tepung ubi dan campurkan dengan sedikit air tanah jika tepung terlalu keras. Kemudian bentukkan dan goreng sehingga menjadi warna kekuningan. Setelah siap, hidangkan kepada mangsa anda untuk dimakan dan dimatikan."

Permaisuri terus mengikut resepi yang ditulis. Setelah selesai membentuk karipap, dia mula menggoreng. Tiba-tiba...

Puff!!

Satu kepulan asap berbentuk tengkorak keluar dari minyak yang menggelegak itu. Permaisuri gelak puas. "Good night, princess."

Permaisuri memakai jubah hitam yang menutup kepala lalu keluar dari bilik berpuakanya. Dia keluar dan menaiki jetski untuk bertemu Snow Whitae.

•  •  •

"Bye!! Take care!!"

Jimin dan Snow Whitae melambai setelah kereta milik Seokjin mula meninggalkan perkarangan rumah.

"Jimin, kau nak makan apa-apa?" Tanya Snow Whitae pada Jimin yang bertongkat kayu kerana sebelah kakinya patah akibat ditimpa buah durian. 

"Takpelah. Jimin kenyang lagi..lagipun, Jimin ngantuk lagi ah." Jimin menguap sambil mengeliat.

Lupa kakinya masih belum stabil, hampir sahaja dia tergolek ke belakang. Nasiblahh, Snow Whitae sempat tahan.

"Haih, leklok sikit."

"Ye ye. Tau. Sengaja je ni."

Ujar Jimin lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Snow Whitae mengeluh kecil sebelum turut mengikutnya.

"Boleh naik ke tak tu?" Soal Snow Whitae setelah melihat Jimin terkebil-kebil menaiki tangga yang agak curam.

"Ye ye..boleh lah. Sakit kaki je pun. Bukan lumpuh." Kata Jimin sedikit kasar.

Stress agaknya dia tak dapat pergi gua sebab sakit kaki. Kat rumah boring. Dah la telefon Seokjin lupa bagi balik. Erm. TV lak rosak lepas Namjoon tekan. Entah macam mana boleh meletup pulak masa nak tengok upin ipin.

Tidur laa hari ni..

Setelah Jimin masuk ke dalam biliknya, Snow Whitae pergi ke ruang tamu. Odeng, kucing perliharaan para dwarf berlari ke arah Snow Whitae.

Kucing je la, anjing haram disentuh.

"Odeng." Panggil Snow Whitae.

Odeng tengok Snow Whitae semula. Masing-masing mula tersenyum sinis. 

"Genshin luh!" 

---------------------------------------------

Bruh aku tak tau aku merepek apa sia. sorry la (T^T) btw,  for those yang tak tau genshin tu apa, haaa pergi la cari sendiri, k bai)

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now