SnowWhitae 6

564 81 4
                                    

Ding ding dang ding tagading tahgeding dang ding..

Meriah sungguh keadaan di dalam terowong berlian ini.

"Hyung, apasal kita lombong benda alah ni eh? Kita bukan jual pun. Keluar pergi pekan pun tak. Kerja lombong berlian, tapi tik kaya-kaya pun." Jimin, salah seorang dari manusia kerdil memeluk tubuh.

"Entah. Dah takde kerja, buat je la benda ni pun. Oh ya, bab kaya tu..kalau nak kaya cepat, kena banyak bersedekah. Baru berkat." Ujar Seokjin sambil mengelap peluh sebelum memercikkan peluh itu ke wajah Namjoon yang sedang bersnapchat si sudut gua.

"Eh hujan ke?" Namjoon memandang ke atas. Elok je cuaca.

"Yelah hyung, tapi kita dalam hutan. Nak sedekah kat siapa?" Soal Jimin.

"Haa aku tau! Apa kata kau sedekah kat aku?"

"Kepala tenuk anda."

Seokjin mencebik. Sampai hati Jimin tenukkan dia sampai macam tu.

•  •  •

Gedegang!

Bunyi loceng mengejutkan mereka semua. Oh, dah pukul 6.40! 

"Okay, time to go home!! Kemas cepat gais!" Jerit Seokjin sambil menyimpan iPhone nya ke dalam saku.

Yoongi yang sedang tidur di atas pokok diterajang oleh Jimin hingga jatuh ke dalam parit. Syukur kerana Jimin memakai topi besi. Kalau tak, mesti dia dah mati dihentak batu oleh Yoongi.

"Jungkook, aku tau kau lapar. Tapi jangan la makan batang kayu tu. Rosak gigi kau nanti." Tegur Namjoon pada Jungkook yang sibuk menggigit batang pokok.

"Takpe weh, kayu ni tak manis." Tiba-tiba Hoseok mencelah sambil menyedut air Setarbucks.

Ingin Namjoon membalas kestupidan Hoseok, Seokjin menjerit dari luar gua.

"Woi bakal-bakal jenazah semua. Korang nak tido sini ke? Aku nak balik ni!"

Segera mereka semua menapak keluar. Yoongi memberikan kunci gua kepada Jimin.

"Sorry hiyong. Tadi tak sengaja tersepak hyung. Ingatkan monyet." Tersengih-sengih kambing Jimin bersuara.

Yoongi menjegilkan mata lalu memberikan middle-finger kepada Jimin sebelum berlalu pergi.

Mereka semua masuk ke dalam kereta Honda Accord milik Seokjin. Tapi, saat Yoongi mahu masuk, Seokjin bersuara.

"Eh, kau pehal basah ni Yoongi? Kau mimpi ke?" Soal Seokjin.

"Jadah kau mimpi. Jimin tolak aku masuk parit la!" Yoongi bengang.

"Hah, kalau camtu..kau dah basah. Nanti seat aku basah lak. Kau lapik surat khabar k." Pinta Seokjin.

Yoongi mencebik lagi. Tak pasal-pasal dia kena lapik surat khabar sebelum duduk. Baik letak pad je!!!

Sebaik sahaja semuanya selesa di dalam kereta, Seokjin mula menekan minyak dan bergerak meninggalkan gua.

Hoseok menaikkan volume radio.

"Bultaoreune..." Radio mula memainkan lagu.

"PAIYYAAAA!!" Terhinjut kereta akibat keexsaitedtan mereka berenam.

"Makcik duk marahh...Jamban ni goyahh.." Jungkook menyanyi kuat walaupun salah lirik. Takpa, confident itu penting.

Sedang mereka bernyanyi, Jimin memandang ke arah luar.

"Wehh, setob setob." Pinta Jimin. Seokjin terus menekan brek.

"Peh kau, Min?" Soal Seokjin.

Jimin tidak menjawab bahkan sekadar berdiam diri sambil matanya tak henti merenung ke arah luar.

"Apa benda tu weh?" Soal Jimin mengecilkan mata. Semua orang memandang ke arah luar.

Jauh di dalam kegelapan hutan, mereka ternampak satu bantal peluk besar berwarna putih sedang berdiri tegak di balik pokok.

"Weh...asal benda tu melompat ke arah kita weh? Apa tu?" Hoseok yang turut innocent hanya memandang bingung.

"Orang mintak sedekah kot. Tak pun dia nak tumpang. Acer tanya dia." Yoongi bersuara.

"Jap....tu..tu..." Seokjin dan Namjoon mula tersedar sesuatu.

"WARGHH!! TEKAN MINYAK CEPAT HYUNGGG!!!" Jerit Namjoon setelah mengenal pasti makhluk itu.

"TAK GERAK WOII!!" Seokjin cemas menghentak-hentak kaki. Makhluk tu dah makin mendekat!

"TU KAU TEKAN BREK LA BONGOK!! MINYAK KAT SEBELAH SANA!!" Akibat terlalu cemas, Seokjin sebenarnya memijak pedal brek.

"WARGHH!!" Namjoon tidak berfikir panjang dan terus menyilangkan kaki dan menekan pedal minyak.

Dan kerana terlalu takut jugak, Namjoon telah berjaya membuat drift. Setelah beberapa minit, mereka akhirnya tiba di perkarangan rumah mereka.

Jimin, Yoongi, Jungkook dan Hoseok yang bingung menyoal. "Pehal teruk sangat hyung lari dari dia? Kesian dia, homeless.."

"Homeless kepala timun kau. Tu bukan orang la! Tu juon!" Marah Namjoon.

"Juon apa hang! Tu hantu Malaysia la! Pehal boleh ada kat sini weh? Pendatang asing tu." Seokjin mengeluh.

"Entahlah. Eh, jap...pehal rumah kita bercahaya tu?"

Semua orang memandang ke arah rumah mereka. Takkan hantu tadi dah ceroboh rumah mereka?

Nergh, mampos.

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now