Jinderella 5

1K 183 36
                                    

Terkebil-kebil Jinderella membuka pintu bilik ibunya. Kucing biru tua bernama  Sejat disepak memandangkan kucing tua itu sibuk menayangkan bontotnya.

"Kau ingat bontot kau lawa ke bongok? Dah la berkudis! Tepi! Aku nak lalu!" Marah Jinderella sambil melangkah masuk ke dalam bilik ibu tirinya.

"Pu-"

Ayat Jinderella terhenti terus setelah perasan kedua-dua kakak tirinya sedang merenungnya, begitu juga ibu tirinya.

Jinderella tahu yang kakak tirinya dah mengadu pada ibunya tentang kecuaian dia lambat menghantar air.

Immatured punya perempuan. Aku simbah asid jugak nanti kot.

"Kau buat apa? Apahal kau lambat sangat hantar air?! Terhegeh-hegeh!" Marah ibu tirinya.

"M-Maaf ibu...tadi, Jinderella bagi makan kat haiwan. Jinderella terlupa pasal hantar air ni.." Takut-takut Jinderella bersuara.

"Ohh!! Kau lupa?! Eh kau tahu tak yang aku lapar! Kau ni dasar otak udang! Kurang makan kismis! Tu yang cepat lupa!" Kakak tirinya terus menunjal kepala Jinderella.

"Maaf kaklong! Memang Jinderella khayal tadi! Eh khayal pulak, leka!" Bersungguh-sungguh Jinderella mempertahankan dirinya.

"Apa?! Berani kau melawan eh?! Meh sini kau!" Mereka terus menarik baju dan rambut Jinderella hingga terkoyak.

"Adeh! Sakit kak sakit!"

"Hah! Baru kau tahu! Biar aku ajar kau! Nah! Amik ni!" Kakak tiri keduanya terus menuang air teh yang masih panas itu ke arahnya.

"Argh!" Jinderella terus meraung.

Panas!

Tanpa berfikir panjang, Jinderella terus berlari keluar dari bilik berpuaka itu dan berlari masuk ke dalam biliknya di loteng sambil menekup muka.

Sesekali dia terlanggar pasu-pasu dan barang yang ada di sekeliling.

Nak kata bodoh, macam kasar sangat. Nak kata pandai, tak jugak. Bukan apa, bukak la mata tu masa lari. Alahai.

Sementara itu, kakak dan ibu tirinya hanya ketawa sinis. Puas!

Tanpa disedari, rupa-rupanya empat ekor tikus dan dua ekor burung itu sedang memerhati suasana mereka dari syiling.

"Haii perempuan nii!! Kuang hajo betul la! Mak kau tak ajar cara nak beradab ke hah?!" Jerkah Kookie.

"Dah mak pun macam sampah..anak-anak jadi tahi terus la." Sampuk Rapmon sambil memeluk tubuh.

Hobbie dan Taetae, dua ekor burung itu hanya mengangguk tanda setuju.

"Aii, tak tahan la aku. Hyung, kau pegang aku sekarang! Pegang aku! Aku nak pergi gigit telinga dia biar jadi macam doraemon!" Chim menyinting lengan sambil membetulkan topinya.

Suga yang sibuk meneliti kuku yang telah dipolish tadi segera memijak ekor Chim untuk menghalangnya pergi membuat kerja bodohnya. Tapi, tatkala Chim mula bergerak, segera Suga mengangkat kembali kakinya.

Apa lagi, terus Chim terjatuh.

"Chimmm!!" Mereka semua menjerit terkejut.

Syukurlah Taetae sempat menjunam dan menangkap Chim sebelum badan berbulu itu jatuh tepat di kepala kakak tiri Jinderella.

Chim mengucap panjang. Lega hatinya. Kalau tak, mesti dia dah jadi arwah hari itu. Suga punya lawak memang agak celaka pada hari itu.

Taetae meletakkan jasad Chim yang sudah lembik di atas lantai syiling. Pengsan, mungkin kerana terkejut sangat tadi.

"Haish! Kau ni Suga! Mangkuk terbang betul la! Melawak pun agak-agak ah! Kan dah pengsan budak ni! Buat cpr cepat!!" Marah Rapmon melihat ke dalam mata Chim. Putih.

"Beb, dia pengsan au. Bukan lemas. Tak yah buat cpr pun." Tegur Hobbie.

Suga hanya mencebik. "Kafankan je la."

"Banyak la kau! Dah, jom pergi cari Jinderella sekarang." Mereka semua bersetuju dan terus berlari pergi.

Setelah hampir sampai, Kookie perasan sesuatu.

"Rapmon hyung! Kita lupa Chim hyung la! Dia kan pengsan! Mana boleh jalan!"

Pak!

Semua menepuk dahi sendiri.

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now