Jinderella 6

1K 179 38
                                    

Taetae mengangkat Chim di belakangnya. Kemudian, mereka semua kembali bergerak ke bilik Jinderella.

"Mana dia weh?" Tanya Suga memandang sekeliling.

Kookie menangkap satu susuk tubuh yang bersimpuh di tepi tingkap. "Tu tu..yang tengah nangis tepi tingkap tu."

Mereka semua terus mengalihkan pandangan ke arah tingkap. Seorang perempuan yang berpakaian agak lusuh sedang menangis di situ.

"Alahai..sian aku tengok dia."

"Dia ni hati tisu ah. Tu pun nak nangis ke.."

"Biarlah kat dia. Hati dia terluka. Bila hati terluka, air mata jantan ke betina ke pun boleh mengalir tau. Sakit tu Tuhan je tahu. Nanti kau bagi la minyak lintah kat dia. Biar dia sapu kat hati dia. Dengar kata, nanti cepat sembuh." Rapmon memeluk tubuh sambil memandang Jinderella yang masih teresak-esak.

"Nak beli kat na?"

"Ritu aku jumpa kat IG. Nanti la kita cari. Now, kita pegi pujuk dia dulu."

Mereka semua mengangguk.

"Hurm...dah la. Jom pergi kat dia." Ajak Taetae.

"Ni Chim ni nak letak mana? Dalam tong sampah?" Tanya Hobbie sambil mencuit perut Chim.

Lembik semacam je. Hidup ke tak ni?

"Biarlah dia rehat kat situ dulu. Nanti kita amik." Cadang Kookie.

Mereka semua mengangguk dan meninggalkan Chim yang masih belum sedarkan diri. Hopefully bila mereka kembali dia masih bernyawa. Masing-masing turun lalu mendekati Jinderella.

"Weh, agak-agak kalau aku sentuh kena samak tak?" Tanya Rapmon teragak-agak untuk menyentuh Jinderella.

"Tak rasanya."

"Okay.." Rapmon mendekati Jinderella yang teresak-esak di tepi gantang..eh tingkap.

"Jinderella.." Jinderella mengangkat wajah setelah Rapmon menyentuh lengannya.

"Ei huduhnya muka." Kookie dan Taetae menekup mulut.

"Ei, lap la muka tu. Geli kami tengok. Jeli kekuningan tu sedut balik. Boleh dia biar meleleh camtu." Suga memberikan kain buruk kepada Jinderella.

"Kau ni, bagi kain lap lantai lak. Bagi la tisu. Bodoh." Marah Jinderella lalu mencapai tisu di atas meja.

"Mana aku tau. Muka kau pun kotor cam lantai. Aku bagi la kain ni."

Biadap! "Kau ni aku baling keluar tingkap nanti ha."

"Dah, tik payah gaduh la. Lap muka tu dulu." Celah Rapmon cuba melenturkan ketegangan antara mereka berdua.

Jinderella sekadar patuh akan cadangan Rapmon. Eiu, cam ayat buku teks pulak.

"Apekehei teruk bebenor rupenye?" Tanya Hobbie.

"Tah. Chill ah, kak Jin. Perangai ahli neraka memang camtu." Sampuk Taetae. Mereka semua terangguk-angguk.

Jinderella mengelap wajahnya yang basah. "Yes I know..tapi mengapakah daku diperlakukan sedemikian rupa? Hinakah aku sebagai anak tiri? Diorang ingat ni rumah bapak diorang kot dasar anak tak diiktiraf." Jinderella memaki lalu membaling tisu itu hingga terkena kepala Kookie.

"Ergh..jijiknya." Kookie laju mengelap wajah sendiri dengan menggesel wajahnya di bulu Rapmon.

Puk!

Kepala Kookie diketuk. "Geli la bangang."

"Sabar la sistor. Dunia ni tak lama. Doa le bebanyak."

Jinderella mendengus geram. Berapa lama lagi dia harus bertahan?

Tiba-tiba..

"Weh, amende tu?" Jinderella mengecilkan mata cuba melihat dengan lebih jelas.

Ada sesuatu yang merangkak di atas syiling. Mereka semua berpusing menghadap atas.

"Alamak! Chim!!" Kookie menjerit setelah perasan makhluk yang tergantung di syiling itu ialah Chim.

Mereka semua mula gelabah beruk. Sahih dia mamai ni. Taetae dan Hobbie laju terbang ke arahnya namun ingin sahaja mereka menyambut Chim, tangan kecil Chim terlepas..

"CHITTTT!!" Chim menjerit terkebil-kebil di udara.

Jinderella sedar tentang kejatuhan(?) Chim segera berlari sambil menghulurkan tangan cuba menangkapnya.

Tap!!

Jinderella menghembus nafas lega setelah berjaya menangkapnya. Mereka semua mengelilingi Chim. Perlahan-lahan Jinderella membuka tangannya.

"Hidup lagi ke weh?" Tanya Suga.

"Jap jap.." Jinderella mencuit badan Chim.

Nampaknya perutnya masih turun naik laju. Seluruh badannya menggeletar termasuk kaki kecilnya yang berwarna pink. Matanya membulat besar berwarna hitam. Dan dia lansung tak mampu bergerak.

"Dia hidup lagi."

Mereka semua menghembus nafas.

Suga mencekak pinggang. "Lama jugak kau hidup ek.."

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now