Snow Whitae 13

352 55 4
                                    

JinderellaHendsem_ >

Today, 2:08 a.m.

Weh, Jin. Kau online tak?

Haa pehal kau. Eh jap...KAU
HIDUP LAGI?!

Shh, jangan gitau kt org

Tak, masalahnya kau fkir org
blh dengar kau chat? Tpi cmne
kau blh hidup weh? Bkn mak kau
dah bunuh kau ke?! Kau ni org
ke bende lain ni?!

Ni mmng aku la. Aku smpt lari.
Worker under mak aku, Karip tu.
Dia yang suruh aku blah
tingglkn istana.

So now kau kt ne skrng?

Aku ade je haa dlm hutan ni.

Kau kwn dngn beruk la ni?
Spesis kau tu?

Harey. Aku duk dngn 6 dwarfs.
Diorng sudi terima aku. Huhuh..
Nak nangis aku 😭

Mesti malang kan
nasib diorang? 😩

Kau nak aku hack IG kau ke njir?🖕
Aku mesej kau ni sebab aku
nk mntk tlg sikit la.


Tlg apa?

Camni..
👁 JinderellaHendsem_

Write a message...                               Send




Snow Whitae tersenyum. Dia mematikan telefon sebaik sahaja tamat berbual dengan Jinderella. Tak sia-sia makhluk tu hidup.

"Huarghh.." Snow Whitae menguap laku menenyeh mata. Iphone itu diletakkan di atas meja.

Namun, sebaik sahaja Snow Whitae ingin tidur, jam loceng berbunyi nyaring serta ayam mula berkokok.

Snow Whitae tersentak dan terus memandang ke arah jam. Pukul 7 pagi?!! Berapa jam siot dia sembang dengan Jinderella?!

"Ah..Celaka." Snow Whitae memaki.

•  •  •

"Kami pergi dulu. Jaga rumah leklok. Jangan sampai rosak rumah ni faham?"

"Don't ever touch my Ryan. Kalau ada gambar beruang oren tu, tak kira la kat mana-mana pun...JUST DONT TOUCH IT!"

"Jaga diri leklok. Jangan biar nyamuk gigit. Jangan cakap dengan orang tak kenal. Okay, sayang?" Jungkook memegang tangan Snow Whitae lalu mencium tangan mulus itu.

Snow Whitae hanya terkedu.

"Tak payah menggedik sangat la jebon..." Yoongi menerajang belakang Jungkook menyebabkan Jungkook tergolek.

"Dah, kami gerak lu. Jaga diri and rumah ni." Pesan Jimin.

"Okay, oh ya. You olls ada request nak makan apa-apa?"

"Nak cekodok."

"Alah, kodok takde ah. Cucur adabi boleh?" Tanya Snow Whitae.

Mereka semua diam kejap. "Bolehlah."

"Okay! Bye! Hati-hati!" Snow Whitae melambai mereka berenam yang melangkah masuk ke dalam kereta Seokjin.

Sempat Seokjin memberi hon yang ringkas kepada Snow Whitae tanda mereka hendak berlalu pergi.

•  •  •

MASA BALIK

Seokjin melihat ke arah Namjoon yang tidak habis-habis dengan telefonnya. Perlahan-lahan dia mendekati Namjoon dan berdiri di belakangnya hanya untuk melihat apa yang Namjoon terlalu obses.

"What the Hell?!"

"Kau buat apa ni?!" Namjoon terkejut hampir sahaja telefon yang baru dibelinya itu jatuh mencium lantai.

Dia segera melarikan diri dan menyembunyikan telefonnya di belakang.

"Bagi sini...sekarang!" Seokjin membentak.

Laju-laju Namjoon menekan ikon gallery dan menghidekan semua gambar dan videonya sebelum memberikan benda alah itu pada Seokjin.

Seokjin mencebik.

"Lepas Snow Whitae tu blah, kau punya dinner dalam mangkuk Odeng! Hah, kau makan la dengan dia! Haish, Taubatlah Namjoon. Tak payah tengok benda laqa ni. Dah, aku simpan phone kau!" Tegas Seokjin lalu berlalu pergi.

"Tidakk!!" Namjoon meraung.

"Woi!! Cepat!! Aku nak balik ni!!" Jerit Hoseok sambil duduk bersila di dalam keretapi lombong (?).

Dah malam dah pun.

Yoongi dan Jimin terus berjalan keluar dari gua begitu juga yang lain. Yoongi menguap dan mengeliat. Haishh, lapar penat letih!!

Tiba-tiba Jimin mula tergedik-gedik. Yoongi tengok Jimin. "Yang kau tergedik-gedik macam ulat sampah ni pehal?"

Jimin buat muka 50sen. "A-Aku nak shi shi la, hiyong."

"Hah, dahtu? Kencing je la. Takkan laa aku nak kena tadah botol kat kau lak! Tu tu..kat tepi gua tu..banyak port dia. Bukan susah pun kan? Bukak je zip tu. Takkan la kau nak suh aku tolong bukakkan pulak. Aii melampau gaya."  Yoongi mencebik.

"Eii, tak nak la!! Alaaa..teman la aku pegi toilet please. Aku takut la! Dah la Seokjin hyung letak jauh toilet tu dari sini! Nanti aku kena culik camna? Kau jugak yang nak rindu. Lagipun sekarang dah malam.." Rayu Jimin lalu membulatkan mata.

Yoongi seakan-akan mahu melempang makhluk tersebut dengan kakinya namun terhenti setelah Seokjin menegur,

"Pehal ni?" Soal Seokjin.

"Ni Jimin ni hah. Nak gi toilet lak."

"Laa, kat rumah ada kan?"

"Tak tahan dah hyung. Di hujung tanduk dah ni ha. Alah Yoongi hyung...teman la Jimin jap. Pleasee.." Jimin mula membulatkan mata.

Yoongi pandang Jimin dan terdiam kejap. "Ish, cepat sikit!" Yoongi memusingkan tubuh Jimin ke belakang dan menerajang bontotnya untuk berjalan.

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now