Snow Whitae 8

533 73 17
                                    

"Kenapa korang lari?" Soal Jimin acah-acah blur.

"Jadah kau, terkejut la setan. Lain kali bagi la salam!" Marah Seokjin lalu mengetuk kepala Jimin.

"Sory. Aku excited sebenarnya. Aku jumpa spender Jungkook ni hah. Tapi, aku pelik. Kenapa berlubang tengah, Kook? Tikus gerit eh?" Jimin menayangkan spender hitam Jungkook yang dijumpai di tengah jalan tadi.

Wajah Jungkook berubah merah dan terus mencapai spendernya. "Shut up, bij."

Kemudian, Namjoon bersuara. "Kau ada jumpa stokin aku tak, Min?"

"Stokin mana?  Stokin getah?"

"Stokin pakai kat kaki la,  babi. Stokin Ryan aku tu." Namjoon memerhati sekeliling.

"Oh, maksud kau yang ni?" Jimin mengeluarkan sehelai kain dari sakunya.

"Ho mai gawd my Ryan!" Namjoon terus mencapai stokin kesayangannya.

"Oh my love. I wont let anyone hurt you again.." Namjoon mencium stokin itu.

Jimin terdiam kejap. Nasib dia perasan tu stokin Namjoon. Kalau tak, mesti dah jadi habuan dia lepas pegi toilet tadi.

"Ei." Seokjin buat muka geli. Kemudian, dia terhidu sesuatu.

"Weh, u olls bau something tak?"

Hidung semua orang mula kembang kempis macam penyedut hampagas.

Jimin sekali lagi tersentak. Rasanya dia dah basuh lepas pegi toilet tadi. Takkan bau lagi? Slow-slow dia menghidu tangannya. Eiii 😂

"Bau makanan." Tegur Seokjin dengan mata rerbeliak macam nak tergolek keluar.

Jimin hembus nafas lega. Bukan bau dari dia. Fuh...

"Bapak sedap bau dia. Selalu aku bau bangkai je bila Seokjin masak."

Seokjin menjeling tajam ke arah Hoseok. Dia ni rasanya memang tak lama dah nak bertukar menjadi kuda full time. Kalau dia tahu, mesti dia akan letak ubat gegat atau julap dalam makanan diorang semua. Biar syahid habis budak-budak ketot ni. 

Jimin dan Jungkook perasan ada sesuatu yang sedang dimasak. "Ermm..mesti benda ni. Aku rasa ni sup la."

"Bau wangi. Cuba try test tengok." Ujar Jungkook.

"Okay." Jimin hampir menyedut sup itu tapi diterajang oleh Yoongi hingga tergolek ke dinding.

Apalah dosa makhluk Allah ni...

"Weh, kau makan benda ni tah tah racun hape. Haa.." Kata Yoongi dengan muka ala-ala gaybon nya.

Kata-kata Yoongi mematikan selera Jimin. Bukan sahaja kata-kata makhluk gula itu, tapi tengok muka pun tak berselera dah.

"Gais, aku rasa ada something ah kat atas."

"Memang la ada. Almari, baju, stokin getah kau, cd cd cetak rompak tak guna kau tu, katil-" Tidak sempat Seokjin mahu menghabiskan ayat, Namjoon mencelah laju.

"Bukan tu maksud aku, bingai. Maksud aku, ada somebody kat atas."

Mereka semua terdiam dan memandang ke tangga. Sunyi. Gelap. Macam dalam drama seram gitu.

"Kau pegi la naik, hyung. Kau paling tua an? Kalau ikut umur, kau la mati dulu." Jimin menolak belakang Seokjin.

Seokjin mencebik. "Memang la kalau ikut umur aku mati dulu. Tapi aku ada lesen kereta tau. So aku boleh langgar kau dengan kereta aku. So kau mati dulu."

"Maaf abangku sayang." Ujar Jimin perlahan.

Jin menggeleng. Tak apalah, dia redha. Sebagai abang yang paling tua,  dia gagahkan diri untuk berkorban demi adik-adik tercintanya.  Uwerk..

Tanpa banyak kata, mereka semua menjengket-jengket naik ke atas. Jimin terjatuh kerana terpijak seluar sendiri menyebabkan bunyi gedebam! hingga menyentakkan semua orang.

"Shuu!!" Marah yang lain.

"S-Sorey."

Mereka meneruskan perjalanan naik ke tingkat dua. Seokjin mengetuai ekspedisi mereka untuk menyiasat makhluk apakah yang menceroboh rumah mereka. Hopefully bukan makhluk mulia yang dijumpai di tengah hutan tadi.

Krekk...

Pintu ditolak perlahan. Mereka menjengukkan kepala ke dalam bilik. Sebaik sahaja mereka ternampak Snow Whitae, masing-masing buat muka terkejut.

"What the..."

"Like... seriously?"

"Sape buang anak ni?"

"Astaghfirullah.. Mata aku.."

Semua orang keliru setelah ternampak Snow Whitae yang tengah tidur dalam keadaan terkangkang hingga menampakkan bulu-bulu kaki yang seperti hutan belantara. Ni kalau lepas kutu, kutu pun boleh sesat.

Sedang mereka sibuk membingungkan diri, Seokjin perasan sesuatu tentang Namjoon. Dia tak habis-habis mengusha Snow Whitae.

"Eh...kau pehal Namjoon tengok dia lain macam je. Kau nak buat amali sains ke apa hah? Ke kau yang bawak dia balik? Tak cukup dalam cd, now kau nak aplikasi dalam kehidupan ke?!!" Marah Seokjin menyentakkan Namjoon.















Sampai hati Seokjin menfitnah dirinya yang hina ini. Tsk..tsk..

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now