Jinderella 7

1K 168 37
                                    

Sementara itu, di sebuah bandar yang merupakan ibu negara Ryanland, kedengaran jeritan seorang raja bergema di istana mewah yang terletak di tengah-tengah kota itu.

"Namjoon!!! Sudah-sudahlah main Toktik tu!!!" Marah Raja Kim.

Penat-penat dia besarkan anaknya dengan akal fikiran yang cukup, ilmu dan IQ yang tinggi, akhirnya..dia menjadi seorang instafamous yang main TokTik dan mahu meraih publisiti dunia. Tu tak kira lagi berapa kali kena kecam sebab backup benda haram! MEMALUKAN! Dah la SPM pun dapat 9G 1E. Tu nak salahkan sekolah pulak tu.

Ada juta followers. Tapi lansung tak dimanfaatkan untuk menegakkan agama!! Malahan, memalukan agama!

"Apalahhh yang ayahnda bagi kau makan sampai jadi bangang lagu ni.." keluh Raja Kim melihat satu-satunya putera kesayangannya bergelek di hadapan telefon. Ni mesti main TokTik ni. Siap jelir-jelir lidah lagi. Eii..geli.

Nak main tak apa. Tapi jangan sampai lupa harga diri. Kalau perempuan, jaga maruah sebagai perempuan. Tak perlu bergelek, buat dua jari sambil jelir-jelir lidah macam nak mintak dirog-

Shh dah dah. Kita sambung. Jangan melebih author, ada pembaca underage ni termasuk author sendiri.

Sebaik sahaja lagu habis dimainkan, Namjoon mengeluh dan mencapai telefonnya. "Alah ayahnda ni, kacau ah. Joon nak release tension je pun!"

"Tension otak hang! Hang bukan buat apa-apa pun! Ayah yang tension tengok kau camni! Namjoon ah...nanti kamu akan gantikan takhta ayahnda. Kamu kena bersedia bermula dari sekarang!" Tegas ayahndanya.

"Haishh, yelah yelah! Namjoon tak nak lagi naik takhta ni. Sampai masa nanti ni, Namjoon berubahlah. Erm, dah la. Joon nak sambung buat live kat IG ni. Bye ayahnda!"

"NAMJOON!! NAMJOON!! AYAHNDA TAK HABIS-"

"Nanti jelah sambung, ayahnda! Anaknda busy la!" Namjoon terus berlalu pergi.

Sebaik sahaja Putera Joon keluar, penasihat diraja pun melangkah masuk.

"Erghh!! Teruk lah!!" Jerit Raja Kim.

Prangg!!

Seketul mahkota tiba-tiba terbang melayang keluar dari tingkap.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk dia tanggung semua tanggungjawab!! Dia kena berkahwin!!" Jerit Raja Kim menepuk-nepuk meja.

"Sabar, tuanku sabar!!" Kata penasihat diraja itu sambil menjengukkan kepala keluar dari belakang meja yang patah.

"Beta tengah sabar la ni!!" Jerit Raja Kim lalu membaling cawan ke arah penasihatnya, Kawasaki.

Prang!

Nasib baiklahh Kawasaki sempat elak. Kalau tak, arwah dia hari tu. Sebaik sahaja membaling cawan, Raja Kim terduduk lemah di kerusinya.

Wajahnya muram dan sedih. Tergetar-getar Kawasaki keluar dari belakang meja yang patah itu.

"Beta dah tak kuat. Beta dah tua. Beta nak tengok cucu-cucu beta sebelum beta mati." Kata Raja Kim sedih.

"Saya faham, Tuanku.." Ujar Kawasaki lalu mendekati baginda.

"Tak tak! Kamu tak faham! Beta jaga dia dari dia kecik. Kepada kanak-kanak, kemudian remaja..and now, dia dah dewasa!!"

Raja Kim mengeluh dalam. "Cuba tengok istana besar ni! Sunyi! Beta rindukan suasana yang ceria! Suasana yang penuh dengan gelak tawa budak-budak! Ni tak, siang malam Goyang Dua Jari!! Update followers macam followers dia nak tolong dia dalam kubur nanti! Rimas lah!" Raja Kim mula acah-acah menangis dan memeluk Kawasaki.

Kawasaki turut acah-acah menangis. Siap bawak tuala lagi semata-mata nak lap air mata fakenya. Dia pergi titis air mineral kat mata tadi.

"Kita tunggulah nanti. Mana tau ada puteri negara lain yang minat kat dia." Cadang Kawasaki.

"TUNGGU?! Sampai bila nak tunggu?! Sampai beta mati?! Putera beta tu tak boleh dibiar single lama-lama! Dia perlu pikul tanggungjawab! Tengok sekarang perangai dia macam mana..siang malam bermusigeli, berToktik!

Then post dekat instagram! Malu la! Dia perlukan seorang wanita untuk ubah dia menjadi putera yang sebenar!! Yang akan memerintah negara Ryanland ni!!" Jerkah Raja Kim lagi hingga menyebabkan Kawasaki tergolek kebelakang untuk entah kali yang ke berapa dalam hidupnya.

"T-Tapi, tuanku! Dia perlukan seseorang yang dia cintai!" Kata Kawasaki, gagap.

Raja Kim memandangnya tajam. "Cinta?! Dia hanya perlukan lelaki dan wanita! Bukannya lelaki dan lelaki! Drama Melayu pun banyak kahwin paksa, lastly bahagia je!"

"T-Tapi tuanku-"

"Tak ada tapi-tapi!! Nanti kita akan adakan majlis tari menari kan?!"

Kawasaki terbaring di atas meja setelah sekali lagi terkejut dengan jerkahan Raja Kim. Ni kalau ada heart attack, boleh terkeluar roh. Silap hari bulan, roh tu masuk balik dalam badan sebab terkejut.

"A-Ada, tuanku! Malam Jumaat minggu depan!!"

Raja Kim memeluk tubuh dan memegang dagu. "Ahah! Beta nak, siapa sahaja yang berjaya menari dengan putera beta, dia akan beta kahwinkan dengan putera beta!" Raja Kim memetik jari dan melompat seronok.

Kawasaki sebenarnya tak setuju. Sebab, putera tak pernah mencintai sesiapa. Walaupun putera Namjoon merupakan putera yang paling digila-gilakan oleh wanita di negara Ryanland, dia selalu reject atau friendzonekan mereka yang confess padanya.

Itulah sebab kenapa Putera Namjoon masih single sampai sekarang. Bukan takat single, boleh buat album dah pun.

Raja Kim duduk bersila di atas mejanya. Dia tersengih-sengih mula angau.

"Suasana mesti romantik. Dengan cahaya lampu, alunan muzik, pakaian cantik, makanan sedap, perempuan cantik yang menari-nari...ahh!! Beta rasa macam nak cari permaisuri baru je!" Raja Kim menjerit seronok.

Kemudian, dia memandang laju ke arah Kawasaki. "So, beta nak majlis tu bermula malam ni!!" Cadangan gila Raja Kim menyentakkannya.

"Malam ni?! Mana sempat tuanku!"

"You see my face? My face don't care okay! So, pastikan semua perempuan yang single datang malam ni!! Dan, pastikan putera beta menari dengan seseorang! Kalau tak..." Raja Kim menunjukkan lehernya.

"Beta buat kau daging korban! Huh!"

"B-Baik, tuanku..."

Once Upon A Time + bts.Where stories live. Discover now