Lembaran Hidup

216 12 0
                                    

(Catatan diari Qarnain)

29 januari 2018

Hari ni genap lah lima tahun aku duduk dalam bilik jeriji besi yang banyak mengajar aku erti betapa berharganya hidup di luar sana yang telah banyak aku sia-sia kan sebelum ini.

Aku anak tunggal. Ayah meninggal dunia sewaktu aku berusia 12 tahun. Ibu yang bersusah-payah mengambil alih tugas ayah membesarkan aku.

Ibu pula sakit. Kanser yang di hidapinya sejak beberapa tahun kian kronik dan akhirnya ibu pergi menyahut seruan Ilahi. Tinggallah aku yatim piatu pada usia 15 tahun.

Aku tiada sesiapa lagi sebagai tempat bergantung. Saudara mara? Aku tak mahu menyusahkan hidup mereka. Jadi aku membawa diri ke kota. Dalam usia yang begitu muda aku hidup di jalanan. Bercampur dengan budak-budak rosak.Hidup terumbang-ambing. Bertahun aku hidup makan dari hasil curian,peras ugut dan rompakan.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now