Bertembung

59 4 0
                                    

Kelibat berkelubung penuh misteri itu berdiri memerhatikan dua lelaki di hadapannya yang lengkap bersenjatakan kapak dan pedang.

Tenang saja gerak-gerinya.

"Aku rasa dia ni perempuan" teka Qarnain. Pedang di genggam kemas di tangan. Kelubung yang di pakai oleh kelibat yang muncul dari pintu gerbang portal udara itu walau bagaimanapun tidak mampu menyembunyikan jantina nya berdasarkan bentuk tubuh.

"Yep,tapi kita tak pasti adakah dia ni manusia atau makhluk alien. Apakata biar aku je serang dia dulu?" kata Rocky.

"Baiklah, hati-hati sikit Rocky" nasihat Qarnain.

"Haha jangan risaulah,di sebabkan dia perempuan, jadi aku takkan main kasar sangat" kata Rocky. Senjata kapaknya di sisip ke belakang. Dia berjalan menghampiri lawannya.

"Ok awak, saya barehand je. Dan saya boleh kasi awak membuat serangan terlebih dahu...

Belum sempat Rocky menghabiskan kata-katanya kelibat misteri tersebut telah membaling nya dengan sesuatu.

" Awas Rocky!"teriak Qarnain. Namun dah terlambat.

" Arghh!"

Rocky melutut ke tanah. Sejenis senjata tajam berbentuk bintang terpacak ke bahunya. Sakitnya tak terperi. Darah mulai meleleh. Lantas di cabut nya benda tu.

"Huh! apa ni? shuriken?"

Qarnain memberanikan diri mendepani lawan nya itu. Fokus nya di tumpukan. Tak mahu dia menerima nasib yang sama seperti Rocky.

Kelibat berkelubung misteri mulai mengeluarkan sesuatu dari pakaiannya.

"Tali?"

"Bagaimana dia akan menewaskan aku kalau hanya dengan seutas tali?" fikir Qarnain.

Kedua-dua mereka mulai mengatur langkah. Qarnain ke kiri,lawannya yang berkelubung itu pula ke kanan sambil tali di tangan di putar-putar.

Waktu-waktu begitu firasat dan kebolehan membaca fikiran pihak lawan amat penting. Silap langkah atau cuai,padah habuannya.

Mentafsir bahasa tubuh dan pergerakkan anak mata musuh adalah suatu kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap pahlawan,agar teknik dan langkah yang tepat dapat di atur.

Rodin,Lela dan Ash hanya berdiri di suatu sudut dan menjadi pemerhati.

Rocky tidak apa-apa walaupun perit sedikit menahan kesakitan akibat terkena senjata berbentuk bintang yang di lontar tepat ke bahunya tadi. Dia lebih berminat untuk melihat apa kesudahan dari pertembungan Qarnain dan pahlawan berkelubung itu.

Qarnain tidak berhasrat untuk menyerang terlebih dahulu kerana memikirkan lawannya hanya bersenjatakan seutas tali.

Namun lain pula bagi Rocky. Menurut analisis peribadinya,Qarnain mungkin akan tertewas walaupun lawannya hanya seorang wanita yang menggunakan tali.

Dia dapat merasakan wanita berkelubung misteri itu bukan calang-calang orangnya.

Bosan menanti kan serangan yang akan di lancarkan oleh Qarnain, pahlawan berkelubung lantas melempar utas tali nya ke arah pemuda tersebut.

Qarnain menangkap tali tersebut. Menurutnya itu tidak memberi sebarang ancaman kepadanya.

"Itu perangkap Nain!" teriak Rocky.

"Apa?!" Qarnain sukar mempercayai nya. Baginya itu cuma lah tali.

Sayang sekali perkiraan nya meleset. Lawannya cukup cekap mengeksploitasi tali itu hingga ia membelit telapak tangan Qarnain.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now