Sinar Baru Kehidupan

103 9 0
                                    

Setelah di pujuk oleh Ijal,pak Yunus dan mak Tijah,akhirnya Qarnain bersetuju untuk bermalam di situ. Boleh juga dia bersiar-siar di sekitar kampung nanti.

Pada sebelah petang,Qarnain membonceng motor lagi bersama Ijal. Terkejut penduduk kampung dengan kemunculan nya. Pertemuan itu cukup mengharukan. Ada yang menitiskan air mata kerinduan. Silaturrahim yang sekian lama renggang kembali terjalin.

Pun begitu,Qarnain sebak bila di maklumkan tentang beberapa kenalan kampung yang sudah kembali ke rahmatullah sepanjang 12 tahun dia pergi membawa diri.

Ketika motor yang dinaiki itu lalu di hadapan sebuah rumah kampung yang terbiar,air mata Qarnain kembali bergenang. Betapa tidak,itulah rumah yang didiami bersama arwah ibu dan ayahnya suatu ketika dulu.

Kini telah di mamah semak-samun yang tinggi menjulang hingga ke atap. Dinding papannya telah reput dan berlubang-lubang di makan anai-anai. Sayu perasaan yang menerpa di kalbu Qarnain.

"Kau ok ke ni Nain?" tanya Ijal sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

Qarnain mengangguk perlahan cuba menyembunyikan perasaan nya.

Selepas makan malam dua sahabat itu duduk-duduk di anjung rumah sambil berbual.

"Jal,awal pagi esok aku nak gerak dah" kata Qarnain sambil membakar sebatang rokok.

"Eh? kenapa awal sangat nak balik Nain? duduk lah seminggu dua lagi. Dah lama kita tak jumpa. Jangan lah begitu" pujuk Ijal.

"Terima kasih Jal. Tapi aku kena start cari kerja dan tempat tinggal. Mungkin dekat-dekat pekan ni jugak" kata Qarnain.

"Kalau camtu baiklah. Tapi kalau kau masih belum dapat tempat tinggal kau balik je lah sini dulu"

"Baik Jal."

* * * * * * *

Awal pagi lagi Qarnain sudah bangun,mandi dan bersiap-siap. Bersamanya adalah azam baru untuk membina sebuah kehidupan yang lebih baik.

Usai sarapan Qarnain bersalaman dengan pak Yunus dan mak Tijah. Dia amat berterima kasih dengan layanan baik mereka.

"Baik-baik Nain. Kalau ada apa-apa masalah kamu balik lah kemari" pesan pak Yunus.

"InsyaAllah pakcik.. makcik assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Topi keledar di sarung di kepala. Qarnain membonceng di belakang motor yang di pandu Ijal meninggalkan kampung yang menyimpan seribu satu macam memori kenangan silam dalam hidupnya.

Dua puluh minit perjalanan barulah mereka tiba di pekan.

"Jal,terima kasih banyak. Buat susah je kau nak hantar aku" kata Qarnain sambil bersalaman dengan sahabatnya itu.

"Mana ada susah. Dekat je kan. Kau tu rajin-rajin lah datang rumah nanti" kata Ijal.

"InsyaAllah. Jumpa lagi kita" Qarnain melambai kan tangannya sambil melihat motor Ijal berlalu pergi.

Suasana pekan juga sudah banyak berubah. Qarnain berjalan di kaki lima sebuah deretan bangunan jenis lama. Di situ bermacam-macam kedai ada. Kedai runcit,kedai jual handphone, kedai gunting rambut dan sebagainya.

Namun dia lebih tertarik melihat kertas-kertas pelbagai iklan yang di tampal pada dinding bangunan dan public phone yang terdapat di situ.

Iklan bilik sewa berlambak-lambak. Nombor tuan punya bilik sewaan di hubungi.

Berdasarkan suara yang menjawab di hujung talian Qarnain pasti tuan punya bilik sewa adalah seorang lelaki yang agak berusia.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now