Seabad Lalu

69 4 0
                                    

Dengan tidak semena-mena makhluk asing kacukan itu pun memuntahkan api yang bergulung-gulung dari mulutnya.

Kelam-kabut lima orang manusia di hadapan nya itu di perlakukan.

"Berpecah semua! kepung ia dari pelbagai penjuru. Jika berpeluang, serang ia dari tepi atau belakang" arah Rodin.

Semua orang mengambil tempat masing-masing.

Semakin garang makhluk itu mendengus-dengus. Wajah setiap manusia di sekeliling nya di perhatikan.

Akhirnya ia memilih untuk menyerang Ash terlebih dahulu. Laju ia merangkak-rangkak pergi mendapatkan pemuda tersebut.

"Awas Ash!"

Tanpa rasa gentar sedikit pun Ash meluru ke arah makhluk tersebut dan menyerangnya secara berdepan.

Suatu libasan padu di lepaskan. Terputus lengan makhluk itu ketika ia cuba menepis pedang Ash. Darah hijau menyembur.

Bebola api di muntahkan lagi. Kali ini nasib Ash tidak berapa baik. Wajahnya di sambar api. Dia tercampak lalu berguling-guling ke tanah cuba memadam api yang mulai membakar pakaian nya.

Rodin dan Lela masing-masing menyerang dari sebelah kiri dan kanan makhluk asing kacukan itu. Pedang di libas bertalu-talu.

Memancut darah hijau di sana-sini. Beberapa bahagian tubuh makhluk angkasa itu terburai. Ia meraung kesakitan. Lantas bebola api di muntahkan secara sembarangan hingga Rodin dan Lela turut terkena tempiasnya.

Qarnain ternampak peluang yang terhidang di hadapannya. Pedang di tebas ke kaki belakang makhluk itu sehingga ia terhincut-hincut kesakitan.

Rocky juga tidak mahu melepaskan kesempatan yang ada lalu menghayun kapak besar yang berada di tangannya.

Langsung terputus ekor makhluk itu. Meronta-ronta ia menanggung azab tak terhingga.

Lantas tanpa bertangguh, Rodin, Ash,Lela dan Qarnain menyerang lagi secara bertubi-tubi. Bercerai-berai anggota tubuh makhluk tersebut.

Belum sempat ia ingin memuntahkan api,mata pedang telah terbenam ke tenggorokkan nya.

Rocky memanjat naik ke belakang tubuh makhluk itu lalu membenam pula mata kapak tepat di atas kepalanya.

Raungan yang dahsyat dan mengerikan memecah suasana sebelum kepala alien kacukan itu terbelah dua. Ia pun tumbang ke bumi dan tidak bergerak-gerak lagi.

"Fuh! aku tak dapat bayangkan jika makhluk ni muncul sewaktu kami berdua baru muncul di bandar usang ni tadi" kata Qarnain.

"Haha jadi lauk lah kita jawabnya" kata Rocky berlawak.

Rodin, Ash dan Lela tersenyum.

"Boleh tahan juga kamu berlawan tadi" puji Rodin.

"Oh,dia ni bekas komando dalam tentera. Kereta kebal musuh pun mampu di terbalikkannya. Inikan pula alien kacukan ni" kata Qarnain sambil menunjukkan ke arah Rocky.

"Hoi Nain,hyperbola sangat cerita kau tu" kata Rocky. Rodin,Ash dan Lela ketawa.

"Sebenarnya sebelum kemari,kami ada menjalani beberapa latihan simulasi termasuklah seni tempur. Jadi,memang agak berguna juga apa yang telah di pelajari" kata Qarnain.

"Hm,elok sangat tu. Kalau kamu tinggal di zaman ni,seni bertempur amat penting seperti berpedang,memanah dan berkuda seperti yang di anjurkan oleh baginda Rasulullah. Teknologi dan senjata moden tak dapat di guna pakai lagi" kata Rodin.

Sambil berbual mereka berjalan.

"Jadi,memang benarlah tamadun telah musnah di zaman ni?" tanya Qarnain.

Garisan MasaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora