Punah

60 7 0
                                    

Qarnain ternanti-nanti butir kata selanjutnya dari mulut Nia. Gadis itu merenung tepat ke wajahnya. Sukar hendak di tafsir maksud dari ekspresi yang di tunjukkan.

"Nain....saya....

Tiba-tiba terasa debaran di dada Qarnain. Firasat nya dapat mengagak seperti ada sesuatu yang kurang menyenangkan bakal di sampaikan.

"Sejak dua tiga hari lepas saya...

" Kenapa Nia?"

"Saya rasa loya tekak dan muntah-muntah..

Qarnain tersentak. Tapi dia tidak mahu fikir yang bukan-bukan.

" Mungkin keracunan makanan kot? Nia dah pergi buat check doktor?"tanya nya.

Nia mengangguk lemah. Wajahnya tertunduk.

"Entahlah Nain. Saya pun tak percaya. Dua klinik berbeza saya pergi. Doktor cakap saya...." kata-kata Nia terhenti. Berat dia hendak meneruskan.

"Doktor cakap apa?"

Nia menarik nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan dia menggenggam lengan Qarnain.

"Awak kena kahwin dengan saya secepat mungkin Nain. Saya pregnant"akui Nia.

Seperti ada kilat menyambar kuat ke wajah Qarnain. Dia lantas terduduk. Dada nya berdegup kencang seolah-olah baru lepas mendaki gunung.

" Tak..tak mungkinlah.."dia tak percaya.

Surat pengesahan dari doktor yang di pegang oleh Nia lantas di capai dan di bacanya.

Tiba-tiba dunianya terasa begitu gelap. Kedua-dua kakinya lemah bagai hilang darah.

"Mus..mustahil jadi begini..saya tak pernah tidur dengan awak Nia..tak pernah!" Qarnain bagai hilang akal di buatnya.

"Nain..." suara Nia bagai merayu simpati.

"Kenapa buat macam ni kat saya Nia? kenapa!? tergamak awak curang di belakang saya?. Dengan lelaki mana pulak awak tidur hah!?" Qarnain hampir terjerit sambil menggoncang tubuh Nia. Dia benar-benar rasa di khianati.

Nia sebak sendirian sambil mengesat air mata yang berguguran. Dia enggan dan takut melihat ke wajah Qarnain yang sedang meluap-luap di bakar api kemarahan itu.

Dalam pada itu di gagahkan juga untuk memujuk lelaki kesayangan nya itu. Nia meluru dan memeluk Qarnain dalam esak tangis yang kian lebat.

Qarnain menolak tubuh gadis itu dengan kasar.

"Pergi! Pergi dari sini! mulai hari ni hubungan kita putus!!!" Qarnain menjerit sekuat hatinya sambil mengesat air matanya. Hatinya pedih bagai di hiris sembilu. Tangannya menggigil-gigil.

Beberapa orang penghuni bilik yang bersebelahan turut keluar melihat apa yang terjadi.

Terkedu Nia. Langsung tak di sangka akan keluar juga lafaz itu dari mulut Qarnain.

"Nain...

"Pergi aku cakap pergi! ! ! jerit Qarnain lagi sebelum dia meluru ke biliknya dan menghempas pintu.

Nia berasa sangat hiba. Dia melangkah pergi dari situ tanpa menghiraukan orang-orang yang berkerumun.

Qarnain tersandar di dinding biliknya. Perasaan nya berkecamuk. Tuhan sajalah yang tahu betapa remuk hatinya. Hari ini adalah suatu hari yang berat untuk di laluinya.

Dia pun tak tahu di mana silapnya hingga terjadi perkara ini. Dia dah berusaha sedaya-upaya untuk jadi seorang kekasih yang terbaik buat Nia. Tapi kenapa tergamak gadis itu menduakannya?

Air matanya mengalir deras. Hatinya terasa gelap,kosong dan hampa. Tak tahulah bagaimana dia ingin melalui hari esok dan seterusnya.

Cinta kepada Nia yang menjadi kekuatan nya selama ini terkubur sudah. Terkambus sekali bersama keyakinan dirinya mungkin.

Qarnain termenung panjang. Sesekali dia beristighfar dan memohon kepada Tuhan yang Esa agar memberinya petunjuk dan ketenangan.

                       
                        * * * * * * * *

Tiga hari sudah berlalu. Qarnain masih di landa kemurungan. Kerja pun acuh tidak acuh saja. Makan tidak berselera. Dunia ini di rasakannya suram dan kelam.

Memang ada Nia datang,cuba memujuknya. Namun gadis itu terpaksa pulang dengan kecewa bila Qarnain tidak mahu ambil tahu lagi mengenainya.

Prestasi kerja Qarnain mulai merosot bila dia kerap mengambil cuti. Akhirnya dia di buang kerja pula dari pusat car wash.

Dia tidak kisah. Malah sudah tidak peduli. Dunianya memang sudah kian gelap dan menyedihkan.

Namun Nia tidak pernah berputus-asa terhadap Qarnain. Cintanya pada lelaki itu tetap utuh. Nia tahu Qarnain tidak lagi bekerja. Dia lah yang bersusah-payah datang ke bilik Qarnain dengan membawa makanan dan memberikan sedikit wang hampir setiap hari.

Qarnain hanya mahu berkurung dan termenung di biliknya. Dari seorang yang ceria kini berubah menjadi seorang pendiam.

                        * * * * * * *

"Nain! buka pintu ni!" laung pakcik Talha dari luar bilik sewa. Tombol pintu di pulas. Mujurlah tidak berkunci. Dia pun masuk.

Qarnain terbaring di katilnya sambil merenung kipas siling.

"Kau nak jadi apa kalau terus-terusan macam ni? bangun!" Pakcik tuan punya bilik sewa sedikit meninggi suara.

Dengan lambat-lambat barulah Qarnain bangun dan duduk di katil.

"Kau tu lelaki. Kuat kan semangat tu sikit!" pakcik Talha menarik kerusi dan duduk berdepan dengan Qarnain.

"Tak kesian ke kau dengan diri kau? lihatlah kau berkurung sepanjang masa. Tidak bekerja. Pendiam. Susah payah aku tengok Nia tu hantarkan makanan untuk kau. Sewa kau bulan ni pun dia bayarkan. Takkan kau tak boleh maafkan dia?"

"Macam mana saya nak maafkan dia sedang benih lelaki lain yang sedang di kandungkan nya sekarang?" balas Qarnain.

Pakcik Talha merenung wajah Qarnain dalam-dalam.

"Kau pasti ke?"

"Saya tak pernah meniduri nya. Bagaimana boleh dia pregnant ?"

"Nain..seperti yang pernah aku beritahu kau sebelum ni..setiap persoalan pasti ada jawapannya. Kau harus berusaha mencarinya"

"Pakcik cakap memang senang. Tapi bagaimana?" soal Qarnain.

"Kalau kau nak terus berkurung begini sampai bila-bila pun kau takkan temui jawapannya. Sudah,kau tahu hajat aku kemari?" tanya pakcik Talha.

Qarnain menggeleng.

"Ayuh Nain! tak banyak masa lagi" kata orang tua itu membuat Qarnain tertanya-tanya.

"Kenapa ni pakcik?"

"Hari ni hari terakhir Nia..

Qarnain terkejut bercampur bingung.

" Err maksud aku hari terakhir dia bekerja kat saloon tu. Kalau masih ada sekelumit rasa cinta kau kat dia pergilah jumpa dia selagi masih ada kesempatan ni"nasihat pakcik Talha. Entah kenapa Qarnain perasan kedua mata orang tua itu bergenang.

Pakcik Talha asyik melihat jam di tangan. Seperti ada sesuatu yang merisaukan nya.

Memanglah Qarnain benci dengan apa yang telah di lakukan oleh Nia namun dusta kalau dia menafikan rasa cinta nya yang masih wujud pada gadis tersebut.

"Dah tak sempat Nain! cepat! cepat!"pakcik Talha menarik tangan Qarnain keluar dari bilik. Hairan sekali bila memikirkan kenapa pula orang tua itu yang lebih-lebih cemasnya.

Dari beranda tingkat dua bangunan itu Nia kelihatan sedang berjalan pergi.

" Nia!" laung Qarnain

Gadis tersebut menoleh ke tingkat atas rumah kedai yang tersergam di belakangnya.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now