Lumporia

65 5 0
                                    

Dari dalam kenderaan yang di naiki itu Qarnain dapat melihat pemandangan kota dan desa yang di lalui. Sungguh moden dan menakjubkan sekali.

Semua ini terasa sungguh gila dan sukar di terima akal. Imaginasi yang selalu di gembar-gemburkan seperti dalam filem-filem Hollywood itu ternyata benar-benar dapat di realisasikan di masa depan.

Lebih kurang 10 minit perjalanan, kenderaan yang di pandu oleh Al-Drian mulai memasuki ruang udara sebuah bandaraya mega yang super canggih.

"Wow gila betul. Tinggi-tinggi pencakar langit dan gedung kat bandar ni. Pelik pulak tu bentuknya" kata Qarnain kagum.

"Ya,haha selamat datang ke Lumporia. Maaflah,ruang udara agak sesak sikit." kata Al-Drian.

Pelbagai jenis kenderaan berterbangan di langit bandar mega yang pernah di kenali sebagai Kuala Lumpur pada abad-abad silam yang lalu itu.

Cuak juga Qarnain bila kenderaan yang di pandu Al-Drian agak laju memotong kenderaan-kenderaan lain yang lebih perlahan. Namun pemuda kurus tinggi lampai itu agak cekap juga memandu.

"Ah robot kargo ni lembab betul lah" Al-Drian mengeluh sambil memotong sebuah robot pengangkut kargo dan kontena yang amat besar.

"Robot pun boleh terbang?" tanya Qarnain kagum.

"Ya. Zaman ni kerja-kerja berat semuanya di lakukan oleh robot. Buruh binaan termasuklah arkitek yang mencipta pelan bangunan dan gedung futuristik kesemuanya hasil kerja robot. Robot kargo tadi tu kalau di zaman kau serupalah macam lori treler panjang tu" jelas Al-Drian.

Terlopong Qarnain.

Ada banyak mercu tanda kebanggaan Lumporia yang masih belum wujud lagi di abad ke 21 telah di lihat oleh Qarnain. Yang lama seperti bangunan Sultan Abdul Samad masih gah dan di kekalkan dengan bentuk lamanya termasuklah menara petronas dan KlCC.

"Hei,menara itu siap pada zaman asal kau" kata Al-Drian sambil menunjukkan ke arah suatu menara.

"Hahah yep. Tapi di tahun 2018 ia masih dalam peringkat pembinaan lagi" kata Qarnain teruja.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi enjin yang bingit dari arah belakang. Bunyinya seperti segerombolan kenderaan.

"Apa tu?" tanya Qarnain.

"Budak-budak remperz. Mereka ni hanya menyusahkan orang dan membahayakan keselamatan pemandu lain aje" kata Al-Drian.

Seperti tembakkan peluru sekumpulan remaja memecut di ruang udara kota mega Lumporia dengan sejenis kenderaan futuristik seperti motor sambil melakukan aksi-aksi berbahaya. Pemandu-pemandu lain membunyikan hon masing-masing.

"Gila ah! siapa mereka ni?" kata Qarnain. Takut dia melihat keberanian budak-budak remperz itu.

"Dari zaman kau dah wujud remperz ni" ujar Al-Drian.

"Maksud kau?"

Al-Drian menekan suatu punat. Sebuah skrin udara muncul.

"Terima kasih kerana memilih saluran sejarah. Sila buat pertanyaan anda" kata suatu hos robot pada paparan.

"Asal-usul remperz?" soal Al-Drian.

"Remperz di kenal pasti wujud sejak penghujung abad ke 20 dengan panggilan sebagai lumba haram. Di kenal sebagai mat rempit di permulaan abad ke 21 sebelum  istilah remperz di gunakan pada abad seterusnya" jelas si hos robot.

Qarnain tersenyum. Tahulah dia kini siapa budak-budak remperz tersebut.

"Fuh! wujud lagi spesis ni?"

Garisan MasaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant