Tahun 2783

68 5 0
                                    

Qarnain terbaring di sofa sambil menonton DVD. Bosan di rasakannya bila misi kedua terpaksa di tangguh. Sesekali dia menarik sliding door dan menikmati suasana luar bangunan makmal.

Segar dan nyaman. Langit pagi membiru. Fasiliti makmal yang terletak jauh sedikit dari hiruk-pikuk kota itu suasananya aman tenteram.

Kenderaan yang keluar masuk pun adalah milik kakitangan yang berkhidmat di situ juga. Melalui pemerhatian Qarnain,mereka itu pastilah saintis,pensyarah atau pelajar jurusan fizik yang membuat praktikal dan sebagainya.

Qarnain terfikir untuk keluar berjalan-jalan atau ke rumah Ijal sahabatnya namun syarat-syarat sepanjang tinggal di situ tidak membenarkan nya berbuat sesuka hati.

Segala keperluan nya di uruskan oleh Reez. Ejen dari badan perisikan itu pula kalau tiada di makmal dia kembali ke pusat perisikan menjalankan tugas-tugas lainnya.

Qarnain turun ke tingkat bawah tanah yang menempatkan peranti mesin masa itu dan menemani professor Daud berbual mengisi masa dan melihat saintis itu melakukan tugasannya.

Menarik juga bila banyak perkara yang dapat di pelajari dari professor Daud. Segala fungsi komponen-komponen dan bagaimana mesin waktu itu beroperasi di terangkan secara terperinci. Cuma hal itu agak berat sedikit untuk di hadamnya. Maklumlah melibatkan teori-teori dan istilah saintifik yang agak kompleks dan rumit bagi seorang individu biasa yang bukan dari aliran sains seperti nya.

* * * * * * * *

"Aku harap kau dah sedia untuk misi kedua kita" kata Reez sambil duduk di sofa dan membuka sebuah fail.

"Lebih dari bersedia. Cakaplah,apa misi nya?" jawab Qarnain.

Reez meneliti maklumat di dalam fail tersebut.

"Kau akan di hantar ke suatu garis masa di hadapan untuk selamatkan seorang sukarelawan yang terperangkap di sana akibat kegagalan projek yang lalu" ujar Reez sambil menyerahkan biodata subjek kepada Qarnain.

Pemuda itu meneliti nya. Terdapat gambar dan maklumat terperinci tentangnya.

"Rocky a.k.a Rokiman. Subjek adalah seorang anggota komando. Kami tak tahu apa jadi kepadanya sejak kegagalan projek yang di jalankan sekitar tahun lalu" jelas Reez lagi.

"Apa yang terjadi?"

"Seperti juga misi pertama yang kau jalani. Menguji sejauh mana kesempurnaan mesin yang di cipta. Kami hantar Rocky secara rambang ke tahun 2020. Malangnya sewaktu dia telah di sedut ke dalam vortex dan worm hole tu berlaku masalah teknikal. Beberapa komponen meletup. Komputer membuat kiraan sangat laju dan tahun yang terpapar di skrin ialah 2783, Lokasi Kuala Lumpur. Maklumat lain tak sempat baca sebab komputer makmal meletup" jelas Reez.

"Pheww.." Qarnain melepaskan nafas panjang.

"Jauh benar perginya. Fuh! wujud lagi ke Malaysia waktu tu?" soalnya.

"Sebab tu lah kau akan di hantar ke sana untuk lihat sendiri"

"Baiklah" ujar Qarnain.

* * * * * * * *

Persiapan untuk melaksanakan misi kedua telah pun di buat. Qarnain telah di berikan dua buah peranti jam tangan. Satu untuk dirinya dan sebuah lagi untuk subjek jika berjaya di temui nanti.

"Dapat kesan ke kedudukan tepat subjek ketika ni?" tanya Qarnain.

"Tidak. Waktu eksperimen tahun lepas,peranti jam tangan yang di pakai oleh subjek masih belum di lengkapi fungsi tetapan lokasi. Jadi kita hanya bergantung pada maklumat yang terpapar di skrin komputer. Itupun tidak lengkap. Hanya tahun dan lokasi kasar saja. Tarikh, bulan dan waktu kami tetapkan secara rambang" jelas professor Daud.

Garisan MasaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα