Yang Tersirat

63 6 0
                                    

Jam 8 malam Qarnain sudah terpacul di hadapan kedai saloon di tingkat bawah. Nia baru habis waktu bekerja. Pasangan kekasih itu berjalan bersama.

Sesekali Qarnain memimpin tangan Nia bila mereka menyeberangi jalan raya yang masih sesak dengan kenderaan.

Suasana malam agak terang-benderang dan meriah. Malam ni mereka pergi melepak di downtown berhampiran. Memang selalu pun Qarnain dan Nia menghabiskan masa bersama di situ membeli-belah dan makan-makan.

Mereka duduk di meja sambil menunggu pesanan makanan tiba.

"Oh pasal malam tadi tu..apa maksud Nia ye?" tanya Qarnain.

Nia tersipu. Dia semacam mengelak bertentang mata dengan Qarnain.

"Takkan dah lupa?"soalnya balik sambil memerhatikan orang ramai yang lalu-lalang di sekeliling.

Qarnain menyorot kembali ingatan nya pada waktu malam kelmarin.

"Seingat saya lepas kita berbual tu saya terus balik ke bilik kan?" kata Qarnain.

"Yang awak cemas tu..?"

Qarnain mengerut dahinya. Dia betul-betul tak faham apa yang di katakan oleh Nia.

"Saya cemas? Nia,saya rasa awak..

" Ke awak pura-pura lupa?"

"Saya tak faham lah. Apa awak cakap ni?" Qarnain berterus-terang. Pandangannya tepat ke wajah gadis itu.

Perbualan itu terhenti seketika bila makanan yang di pesan tiba.

"Nain, awak sebenarnya ikhlas atau tidak nak bersama saya?"

"Nia,kenapa tanya soalan macam ni?mestilah saya jujur dan ikhlas cinta kat Nia.

"Awak ragu saya ada lelaki lain?"soal Nia buat Qarnain terkedu. Tak pernah dia terfikir sampai begitu. Dia sendiri masih bingung dengan semua ni.

"Nia,dengar sini..saya tak pernah ragu atau curiga kat awak. Saya percaya awak sepenuh hati. Tapi saya tak tahu apa yang buat awak fikir begitu?"

"Nain awak cemas. Awak cakap awak takut kehilangan saya..

"Kenapa dengan awak ni Nia? tak habis-habis cakap saya cemas. Saya cemas bagaimana Nia!? bagaimana?!"soal Qarnain sambil menggoncang bahu gadis tersebut. Nada suaranya agak tinggi sedikit. Suasana agak tegang.

Mata Nia berkaca-kaca. Tiba-tiba dia menangis dan terus menekup wajahnya dengan tangan.

Qarnain menarik nafas dalam-dalam dan cuba mengawal emosinya. Dia hilang sabar tadi.

" Nia maafkan saya. Saya tak berniat nak berkasar"

Nia masih teresak-esak. Qarnain cuba menenangkan nya.

"Ya Nia saya takut kehilangan awak. Takut sangat. Awak yang paling saya cinta dan sayang" bisiknya ke telinga gadis itu. Dalam tak sedar air mata jantannya menitis juga.

Qarnain pasti ada sesuatu yang tersirat di sebalik kata-kata Nia. Mungkin dia memerlukan masa untuk memahaminya. Buat masa ini dia tidak mahu memanjangkan lagi hal ini demi kebaikkan hubungan mereka berdua.

Nia memeluk Qarnain dengan erat. Air mata Qarnain yang jatuh ke lengannya langsung mencairkan hatinya lantas keikhlasan yang di ucapkan lelaki itu benar-benar dapat di rasainya.

Qarnain mengusap rambut Nia.

"Nia..kita lupakan saja semua ni ok?" kata Qarnain. Nia mengangguk.

"Nain..apa yang berlaku malam tadi saya tak pernah salahkan awak. Cuma saya tak biasa begitu. Sebab tu dalam sehari ni saya bersikap 'janggal' kat awak. Maafkan saya jugak Nain" kata Nia.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now