Jebak Silam

73 7 0
                                    

Hari terus berlalu. Sejak pertemuan dengan Encik Reez iaitu ejen dari badan perisikan tempoh hari,Qarnain asyik memikirkan tentang mesin masa tu.

Nak kata percaya dia sendiri pun tak pernah melihat mesin masa seperti yang di dakwa. Nak kata tak percaya,cerita ejen Reez begitu meyakinkan sekali. Malah dia di tawarkan sejumlah wang pendahuluan yang agak besar juga jumlah nya sekiranya bersetuju untuk menyertai projek rahsia tersebut.

Namun entahlah. Qarnain bukan takut dengan risiko seperti yang di beritahu,malah dia agak teruja juga ingin melihat dengan mata kepalanya sendiri sejauh mana kebenaran wujudnya mesin masa yang selama ini hanya suatu dongengan dan fiksyen dari filem-filem Hollywood itu,cuma... dia terfikirkan hubungan nya dengan Nia.

Memanglah lumayan imbuhan yang di tawarkan oleh ejen Reez tapi andai kata terjadi risiko seperti contoh dia terperangkap ke suatu garisan masa lain dan tidak dapat pulang semula ke masa kini,terpaksalah dia menerima hakikat perpisahan dengan Nia.

Kehadiran Nia baru saja hendak menyerikan hidupnya yang sekian lama gelap dan sunyi sepi. Dia tak mahu berpisah dengan Nia. Lupakan saja tentang projek rahsia tu. Pihak perisikan boleh mencari orang lain untuk tujuan tersebut.

"Nain! teh tarik dua! milo ais satu!" pesan salah seorang pelayan kedai makan mengganggu lamunannya.

Dia bangun dan melakukan tugasannya. Tengahari memang berduyun pelanggan yang datang. Tak menang tangan di buatnya. Maklum je lah waktu pekerja-pekerja lunch.

Dalam kesibukan itu Qarnain ternampak si Lias salah seorang pelayan dalam keadaan yang mencurigakan membuka mesin cash di kaunter dan sengaja menjatuhkan sekeping wang kertas bernilai RM 50 di lantai dan menolak wang itu dengan kakinya ke bawah meja kaunter.

Kak Melah tauke kedai makan itu keluar sebentar kerana ada urusan. Lias ini cukup hebat lakonannya. Wajah nya pun selamba aje Walaupun sedang mencuri.

Bila 'line clear' duit yang di jatuhkan tadi pun di pungut cepat-cepat masuk ke poketnya. Kak Melah selalu membebel bila mendapati duit selalu saja short.

"Bang Lias,sudah-sudahlah mencuri tu. Tak elok. Kesian kak Melah" tegur Qarnain kepada lelaki berusia empat puluhan tersebut sewaktu ada kesempatan bercakap dengan nya.

"Kau senyap aje lah Qarnain. Bukan aku curi duit kau pun. Aku terdesak. Duit tak cukup. Anak aku lima orang nak di bagi makan kat rumah tu. Gaji kecik. Kau jaga tepi kain sendiri boleh tak?" balas Lias dan berlalu pergi. Pantang di nasihat, naiklah angin nya.

Qarnain hanya mampu menggeleng kan kepala saja. Dah berbuih mulut dia menasihatkan Lias. Esok lusa di buat lagi.

Serba-salah di buatnya. Nak berterus-terang saja pada kak Melah rasa kesian pulak pada Lias kot entah-entah memang betul dia tak punya wang nak beli makan untuk anak-anak nya.

Qarnain fikir lebih baik dia tak masuk campur. Lagipun dia baru-baru je bekerja di situ berbanding Lias.

Tembelang Lias terbongkar juga akhirnya. Sewaktu Qarnain baru pulang dari sebuah pasaraya dan melalui deretan sebuah bangunan dia ternampak kelibat Lias tersengih-sengih sedang membeli nombor ekor di sebuah kedai Magnum 4D.

Barulah Qarnain faham kenapa Lias selalu cakap dia tak punya wang. Rupanya habis di joli pada nombor ekor. Malas Qarnain nak masuk campur hal peribadi Lias. Dia cuma harap lelaki itu akan berubah saja.

* * * * * * *

Malam tu di Mc Donald's Qarnain datang bersama sebiji kek bersaiz mini bagi meraikan hari jadi Nia. Gadis itu amat terharu hingga menitiskan air mata kegembiraan.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now