Misi Pertama

75 6 0
                                    

Reez duduk di barisan bangku stadium sambil minum sebotol air mineral. Dia hanya memerhatikan saja Qarnain membuat beberapa pusingan larian di atas trek.

Perlawanan bola sepak di antara dua buah pasukan amatur peringkat remaja yang sedang berlangsung di atas padang itu langsung tidak menarik perhatiannya.

Latihan kecergasan yang sedang di jalani oleh Qarnain itu lebih penting baginya, kerana pemuda itulah yang akan membantu menjayakan projek rahsia seperti yang di rancangkan nanti.

Setengah jam kemudian barulah Qarnain selesai. Dia menghampiri bangku Reez dalam keadaan tercungap-cungap.

"Nah" kata Reez sambil menghulurkan sebotol air mineral dan tuala kecil kepada Qarnain.

Penutup botol di pulas. Setelah meneguk air mineral itu beberapa kali barulah Qarnain berasa lega.

"Apa kaitan kecergasan dengan menaiki mesin masa tu Encik Reez?" tanya Qarnain sambil mengelap peluh nya dengan tuala.

Encik Reez tersenyum.

"Bagus soalan tu. Kecergasan ni penting Nain. Ada kaitan dengan kecekapan kita bertindak. Segala macam kemungkinan dan keadaan perlu di ambil kira bila kau di hantar dan muncul ke sesuatu garisan masa" jelas Reez.

"Contohnya keadaan yang bagaimana?" tanya Qarnain lagi.

"Apakata kalau kami hantar kau ke masa depan. Contohnya kau muncul di tahun 3000. Manusia dan cyborg yang di lengkapi artificial intelligence saling berperang. Kalau kau tak cukup cekap dan cergas risiko nya kau akan tertangkap" jelas Reez.

"Haha tinggi betul tahap sains fiksyen macam tu" kata Qarnain.

"Hei itu kan cuma contoh je. Tapi kau kena ingat. Kau bertanggungjawab atas diri sendiri nanti. Harap kau faham" kata Encik Reez.

Qarnain mengangguk.

"Jangan risau. Saya takkan tarik diri dari program ni. Apa pun risiko dan akibatnya akan saya hadapi dengan tabah nanti" janji Qarnain.

"Bagus Nain. Memang tak salah lagi bila sarjan Darus cadangkan kau pada aku dulu" kata Reez.

* * * * * * * *

Dalam sehari dua yang berikutnya, Qarnain masih menjalani sesi latihan kecergasan termasuk cara-cara menangani beberapa situasi cemas atau terperangkap melalui latihan simulasi yang di berikan oleh ejen Reez dari badan perisikan negara.

Pencapaian nya amat membanggakan. Qarnain cepat dan cekap menguasai apa yang telah di pelajari.

* * * * * * * *

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Qarnain bersikap tenang saja sewaktu di iringi ke bilik makmal yang terletak di tingkat bawah.

Professor Daud sedang sibuk membuat pemeriksaan akhir untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar nanti.

Qarnain memberi sepenuh perhatian sewaktu professor itu memberi sedikit penerangan tentang fungsi sebuah peranti seakan jam tangan yang di pakaikan di pergelangan tangannya.

Ianya sebuah peranti yang berfungsi sebagai pengesan lokasi perjalanan waktu yang di lakukan selain punat untuk kembali semula ke garisan masa asal.

"Ingat,kau perlu jaga jam ni sebaiknya. Jika berlaku sebarang masalah teknikal yang menyebabkan kau terkandas di sesuatu garis masa, kami akan segera dapat mengesan lokasi kau" nasihat professor Daud.

"Fuh,kalau jadi begitu ertinya aku langsung tidak akan dapat pulang lagi ke masa kini?" tanya Qarnain.

"Selagi jam tu tak rosak,kami masih boleh hantar time traveller lain pergi selamatkan kau" jelas professor Daud.

Garisan MasaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang