Frekuensi Membunuh

44 4 0
                                    

Lautan musuh berasak-asak merempuh naik ke tangga tingkat tiga. Ibarat di telan mati bapak di luah mati emak,ingin menyerah kalah begitu saja bukanlah prinsip yang boleh di banggakan bagi seorang pejuang. Pun begitu,melawan juga seakan tiada berguna kerana secara lojik bala tentera dan jumlah musuh yang datang bukanlah tandingan mereka.

Mujurlah pak Bahsyir ada meniupkan semangat yang hampir putus.

"Juanglah sampai ke titisan darah terakhir!  ayuh wahai pahlawan yang berani. Biar mati melawan. Menyerah tidak sekali!"laungnya penuh semangat.

Jaguh-jaguh dan para pahlawan seakan di resapi suatu perasaan berani. Langkah di pasang. Senjata sudah sedia di tangan.

Ketika ombak serangan musuh telah hampir merempuh benteng prajurit manusia tiba-tiba berlaku sesuatu yang tidak di duga. Gerombolan makhluk itu jatuh tersungkur kesemuanya. Darah hijau meleleh keluar dari rongga telinga dan hidung setiap mereka.

Tiada satu pun di antara ribuan makhluk asing itu terselamat dari keadaan yang berlaku. Mayat-mayat mereka memenuhi setiap ruang dan tingkat kuil.

" Ah? apa yang telah terjadi?" Prajurit-prajurit manusia mulai tertanya-tanya sesama sendiri.

"Barangkali frekuensi maut itu telah di lepaskan. Lihatlah,ia ternyata membunuh setiap mereka" kata Rocky.

"Maksud kau?" tanya Lela.

"Qarnain dah berjaya mengatur formasi tujuh simbol di puncak zenith" jelas Rocky.

"Benar. Ini adalah hari kiamat bagi makhluk penguasa. Alhamdulillah. Akhirnya selepas satu abad,kita di bebaskan dari cengkaman dan malapetaka yang di bawa mereka" kata pak Bahsyir. Laungan takbir bergema.

Qarnain muncul semula dan mendapatkan yang lain-lain. Dia bersyukur melihat semua orang selamat.

Tiba-tiba kuil di mana mereka berjejak mulai bergegar.

"Dah tak sempat! ayuh buka pintu teleportasi. Kita harus segera beredar" kata Rodin.

Beberapa pintu gerbang yang terhasil dari peranti teleportasi pun muncul. Tak berlengah,kesemua pahlawan dan prajurit yang di ketuai oleh pak Bahsyir bersegera masuk melaluinya.

Mereka muncul di atas lereng bukit agak jauh sedikit dari kuil tersebut. Letaknya berhampiran kota purba Kuala Lumpur. Dari kejauhan mereka semua dapat melihat kuil malapetaka tersebut runtuh sebelum ghaib bersama lautan bangkai makhluk penguasa dan kapal-kapal angkasa mereka.

Peranti teleportasi yang di gunakan tadi juga turut hilang dan ghaib bersama pedang dan kapak yang menjadi senjata Qarnain dan Rocky. Pendek kata,segala teknologi ciptaan makhluk penguasa tidak lagi dapat di gunakan.

Riuh-rendah sebentar bila langit merah di kota purba Kuala Lumpur tiba-tiba kembali membiru. Mentari yang selama ini berbahang kembali normal suhunya seperti biasa.

Terdengar sorakkan gembira dan takbir di laungkan. Sambil menghadap ke arah kiblat,para pahlawan manusia sama-sama melakukan sujud syukur kepada Ilahi.

Mereka berjalan beramai-ramai di kota purba Kuala Lumpur. Berbeza benar suasana nya kini. Mentari cerah menyinar di langit biru seakan telah lahir suatu harapan baru.

"Nampak nya bolehlah kamu semua membangunkan semula kota purba ini. Hak yang di rampas telah pun di pulangkan semula" kata Ray.

"Ya,nanti pasti akan ada manusia yang berhijrah kemari dan membangunkan semula apa yang telah di runtuhkan. Namun kami lebih selesa pulang dan menetap di kampung asal kami saja" ujar Rodin.

"Alamak! cakap tentang pulang,bagaimana kamu semua ingin pulang ke kampung? peranti teleportasi pun dah tak dapat di gunakan lagi?" tanya Qarnain.

Pak Bahsyir dan orang-orang nya tertawa kecil.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now