Rahsia Sulit

81 8 0
                                    

Keesokan harinya seperti yang di rancang, nombor ejen perisikan di hubungi.

Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Reez seperti yang tertera pada kad bersetuju untuk berjumpa dengan Qarnain di sebuah tempat yang di janjikan.

Sekitar jam 12 tengahari Qarnain tiba di sebuah restoren yang agak eksklusif. Mungkin juga kerana tarafnya yang eksklusif,mewah dan menawarkan menu-menu mahal itu membuat Pelanggannya juga tidak ramai.

Seorang lelaki bercermin mata hitam dan berjaket kulit duduk di suatu sudut dalam restoren. Dia melambai apabila terlihat saja kelibat Qarnain muncul.

Mereka berjabat tangan.

"Duduk lah" pelawa lelaki tersebut. Orangnya berusia dalam lingkungan awal 40 an. Berambut pendek dan kemas.

"Terima kasih. Encik Reez kan?" kata Qarnain. Lelaki itu senyum.

"Ya. Kau ni Qarnain?"

Qarnain mengangguk.

Seorang pelayan datang membawa buku menu.

Qarnain terkedu melihat harga menu makanan dan minuman yang mahal-mahal belaka. Hampir-hampir dia ingin memesan air kosong saja. Encik Reez ketawa. Dia tahu apa yang di fikirkan oleh Qarnain.

"Kau order je apa pun yang kau nak. Jangan risau, semua ni aku bayarkan" kata Reez.

Setelah mengambil pesanan, pelayan itu pun beredar.

Encik Reez menghulurkan lencana ID pengesahan nya sebagai salah seorang ejen perisikan kepada Qarnain.

Lencana itu di teliti oleh Qarnain. Terdapat cop rasmi kerajaan Malaysia.

"Wow! jadi negara kita pun ada CIA..FBI?" tanya Qarnain sambil memulangkan lencana itu. Ejen Reez tertawa. Cermin mata hitamnya di buka dan di letakkan atas meja.

"Semua negara ada badan perisikan mereka tersendiri. Kau kena tahu,musuh ni licik permainan nya. Itu belum aku ceritakan berapa banyak ejen perisikan luar yang di hantar untuk spy negara kita yang telah berjaya di tumpaskan..macam-macam kemahiran dia guna. Banyak kali jugak negara kita terdedah dengan ancaman. Kalau bukan kerana badan perisikan kita dah lama Malaysia ni kena game dengan musuh"jelas ejen Reez.

" Tapi kita kan dah ada PDRM,ATM..tak cukup ke?"tanya Qarnain. Ejen Reez tersenyum.

"Yep! kau pernah dengar pasal SB?Kor Risik?MEIO?..polis dan askar pun ada badan perisikan mereka sendiri" tambah Reez. Qarnain terlopong.

"Banyak betul badan perisikan. Negara kita ni banyak sangat ke musuh?" soal Qarnain

"Kalau macam tu Amerika pun tak perlu kan CIA.. FBI.. begitu? Kau kena faham Qarnain.. musuh bukan setakat di medan perang atau perompak penyamun je. Ada lagi yang lebih berbahaya dari tu. Musuh yang bergerak secara halus dan senyap. Musuh dalam selimut,pengkhianat yang jual maklumat sulit negara, Hackers yang godam sistem keselamatan negara,Subversive,false flag operation, Assassin, penyebar propaganda. Itu belum masuk lagi alat-alat pengintipan yang di bawa masuk ejen luar ke dalam negara kita. Tapi ejen kita cukup cekap. Banyak operasi mereka yang telah berjaya kita gagalkan" sambung ejen Reez lagi.

Qarnain cukup kagum mendengarnya. Perbualan mereka terhenti seketika bila pelayan datang membawa pesanan makanan.

"Tapi kenapa jarang dengar kejayaan ejen kita di war-war kat TV, berita dan media?" tanya Qarnain apabila pelayan restoren telah berlalu pergi.

"Kau anggap je lah kami ni unsung heroes. Wira yang tak di dendangkan. Wira sebalik tabir. Kami bergerak secara rahsia. Lebih bagus kalau masyarakat fikir kewujudan kami hanyalah satu spekulasi atau khabar angin je" kata Reez sambil menyedut minuman nya.

Garisan MasaWhere stories live. Discover now