Ajaib Sebuah Pertemuan(Episod Akhir)

85 6 2
                                    

Terkandas di tahun 1977 tidaklah seteruk mana bagi Qarnain. Cuma dia sedikit terkilan kerana kepulangan nya kali ketiga untuk menghalang kekasihnya Nia dari terlibat dalam kecelakaan tidak kesampaian akibat kerosakkan yang terjadi pada mesin masa.

Namun Qarnain akur dan pasrah. Kuasa takdir mengatasi segalanya. Memang telah tertulis begitu. Tiada jodoh antara dirinya dengan Nia. Gadis itu akan tetap di kenangnya sepanjang hayat.

Selagi nafas melekat di rongga,selagi kuat kudrat empat kerat,selagi itulah Qarnain akan terus berusaha meneruskan sisa kehidupannya tak kira di bumi mana pun ia di campak.

* * * * * * * *

Empat puluh satu tahun kemudian.

Qarnain terbaring di katilnya. Dalam usianya yang mencecah 68 tahun,dia bukan muda lagi. Rambutnya telah memutih sepenuhnya. Tenaga muda nya suatu ketika dulu beransur kurang.

"Ayah, ayah kat mana?"

Lamunan Qarnain terhenti sejenak bila satu suara wanita memanggilnya dari luar bilik.

"Nani,ayah kat bilik ni" jawab Qarnain.

Seorang wanita dalam lingkungan usia awal 30 an muncul.

"Ayah sihat? ayah nak makan mari Nani pimpin ayah ke luar. Nani ada masak lauk kegemaran ayah" kata Nani,anak perempuan bongsu Qarnain sambil mengusap rambut bapanya.

"Ayah sihat je. Makan tu nanti lah Nani. Ayah masih kenyang. Kamu datang sorang? Kamal dengan Zura tak balik sekali?"

"Along dengan kak ngah datang hujung minggu ni. Tak pelah,Nani kan ada temankan ayah" kata wanita itu.

Qarnain mencapai bingkai gambar arwah isterinya di atas meja tepi katil. Lama di tatapnya gambar tu.

"Ayah rindu kat arwah mak ya?"

"Sunyi je bila arwah mak kamu dah takde. Dulu adalah juga dia nak membebel kat ayah macam-macam perkara" kata Qarnain.

Nani tertawa.

"Sejak mak dah takde ni Nani tengok diri ayah dah tak terurus lah. Tengoklah misai dan janggut ayah tu dah panjang-panjang. Nani harap ayah jangan sedih-sedih sangat atas pemergian mak ya" kata Nani. Qarnain tersenyum.

Memang sejak kematian arwah isterinya beberapa bulan lalu kerana sakit kanser,Qarnain jadi tak terurus. Dia lebih banyak terbaring. Mujurlah ada anak-anak nya seramai tiga orang datang-datang menjenguknya lebih kerap.

"Nani,hari ni berapa haribulan?"

"30 januari 2018. Kenapa ayah?" tanya Nani.

"Nani papah ayah bangun. Ayah perlu jumpa seseorang hari ni" kata Qarnain.

"Siapa?" tanya Nani sambil papah ayahnya bangun dari katil.

"Err penyewa baru"

"Ayah kelam-kabut je. penyewa tu tak lari pun"

"Nani,yang ni penyewa istimewa sikit" kata Qarnain sambil pergi ke depan cermin untuk bersiap. Dah lama benar dia tak melihat dirinya sendiri di depan cermin. Berbulan agaknya sejak kematian arwah isterinya.

Tapi hari ni sangat istimewa dan di tunggu-tunggu oleh Qarnain sejak 41 tahun yang lalu lagi. Dia perlu bersiap dan nampak kemas sedikit. Saat yang di nanti-nanti kannya telah tiba. Ia nya bakal menjadi suatu pertemuan yang ajaib.

Namun tiba-tiba Qarnain tersentak sejurus melihat dirinya sendiri di hadapan cermin. Dengan rambut serba memutih,misai panjang serta janggut tebal tidak terurus hampir menutup sebahagian wajahnya itu telah mengingatkannya pada seseorang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 10, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Garisan MasaWhere stories live. Discover now