Takdir

66 6 0
                                    

Qarnain muncul di belakang sebuah lorong bangunan yang di penuhi timbunan-timbunan kotak. Kepalanya terasa pening-pening lalat sedikit.

Rasa seperti tidak percaya yang dia kini betul-betul berada di pekan kajang. Namun dia terpaksa melupakan dulu rasa takjub itu kerana ada misi yang lebih penting harus di lakukan.

Dia berlari ke hujung lorong yang terletak di tepi bangunan KFC. Plaza Metro Kajang kini tersergam di hadapannya.

Jam peranti di tangannya menunjukkan pukul 11:07 minit pagi. Qarnain singgah sebentar di kedai india menjual surat khabar.

Dia membelek naskah akhbar dan melihat tarikh yang terpampang. 24 julai 2013. Kini Qarnain akui mesin masa ciptaan professor Daud itu benar-benar hebat dan bukan cerita fiksi semata-mata.

Hari ini dia kembali semula ke lima tahun yang lalu. Hari yang telah mencoret sejarah hitam dalam hidupnya. Hari di mana dia melakukan suatu rompakkan di kedai emas dan akhirnya tertangkap dan di sumbat ke penjara.

Ya. Sudah lama dia impikan untuk kembali ke saat ini dan memadam sejarah yang bakal di kesalkan nya di kemudian hari.

Dia nekad akan menghalang dirinya sendiri. Tanpa membuang masa Qarnain pun melangkah pergi. Menuju ke deretan bangunan betul-betul di belakang Czip Lee.

Penutup kepala dari sweater hoodie di sarung siap dengan topeng muka yang biasa di pakai ketika musim jerebu bagi melindungi wajahnya.

Setiap kereta yang lalu-lalang di laluan belakang bangunan itu di awasinya.

Sebuah kereta proton wira aeroback warna hitam masuk dan di parkir di suatu sudut. Pemandu nya tak lain tak bukan adalah dirinya sendiri. Qarnain di selubungi perasaan aneh bila dua dirinya dari garis masa berbeza kini bertemu.

[Q1:Qarnain masa depan]
[Q2:Qarnain masa silam]

Q1 pun menghampiri Q2 yang baru keluar dari kereta. Kelihatan Q2 lengkap berjaket hitam.

Q2 tersentak bila terasa bahu nya di tepuk seseorang dari belakang. Dia berpaling untuk melihat.

"Lebih baik kau hentikan saja niat kau nak merompak tu" kata Q1.

"Kau..kau siapa?" soal Q2. Aneh dia melihat pemuda bertutup kepala dan bertopeng mulut itu.

"Aku siapa tu tak penting. Tapi tindakkan kau merompak kedai emas tu bakal kau kesali suatu masa nanti" kata Q1.

"Sial! dari mana kau tahu semua ni? cakap! Siapa bagi tau kau?" bentak Q2 mulai hilang sabar.

"Aku akan halang perbuatan kau ni. Ini demi kebaikan kau jugak"kata Q1.

"Kau memang nak mampus!" kata Q2 lalu mencapai sepucuk pistol dari dalam jaketnya. Pistol itu di acu tepat ke dahi Q1.

"Kau fikir aku gentar dengan pistol mainan ni?" balas Q1 lalu dengan pantas dia menepis pistol itu hingga tercampak ke tanah.

Q2 menerkam dengan pantas. Leher Q1 di cekiknya. Baru dia ingin menarik penutup kepala dan topeng yang melindungi wajah Q1, perutnya telah di benam dek kepala lutut. Sengsara Q2 menahan senak.

"Fuh aku kena cepat ni" fikir Q1. Dia harus segera menewaskan Q2 atau kalau tidak beberapa orang lagi geng rompakkan lain tiba. Teruk dia di ganyang nanti.

Beberapa orang yang terlihat pergelutan itu datang.

"Ah kacau ni!" fikir Q1. Dia sudah hampir berjaya menewaskan Q2 yang terbaring. Oleh kerana gaya nya yang bertutup kepala dan topeng itu agak mencurigakan orang ramai menyangka dia yang jahat.

Q1 di belasah beramai-ramai. Mujurlah dia masih mampu menahan pelindung kepala dan topeng nya dari tersingkap.

Sebuah kereta lain tiba. Tiga orang pemuda melompat turun siap dengan parang,buku lima dan pedang samurai.

Orang ramai yang membelasah tadi lari lintang-pukang ketakutan.

Ojek,Agus dan Rudy. Mana mungkin Q1 lupa sahabat lama yang sama-sama sehidup-semati dalam dunia jenayah nya suatu ketika dulu. Kini dia harus berdepan dengan keiga-tiga mereka pula.

"Agus! Ojek! kau berdua habiskan mamat ni. Rudy kau ikut aku cepat kita job kedai emas tu" kata Q2. Rudy memapah nya pergi.

Q1 terkedu. Q2 yang sepatutnya di tewaskan lebih awal tadi telah terlepas. Kini terpaksa pula berdepan dengan Agus dan Ojek yang lengkap bersenjata.

Qarnain sedar rancangan nya telah gagal. Ketika Agus dan Ojek meluru dengan bilah parang dan pedang samurai,Qarnain cepat-cepat menekan punat pada peranti jam tangan yang di pakainya.

Agus dan Ojek terpinga-pinga bila kelibat Qarnain ghaib di depan mata.

Sementara itu pusaran vortex muncul kembali di makmal. Professor Daud dan ejen Reez bersiap sedia.

Qarnain pun muncul. Reez dan professor bersorak gembira menyambut kepulangan nya. menandakan uji kaji kali ini berjaya. Qarnain selamat pergi dan pulang.

Namun mereka terperanjat bila mendapati pemuda itu luka-luka akibat di belasah. Qarnain di papah ke sofa.

Reez dan professor memberinya bantuan perubatan. Mujurlah dia tidak apa-apa.

Qarnain pun menceritakan apa yang telah terjadi.

"Aku dah cuba sedaya-upaya tadi. Tapi entah kenapa keadaan seperti tak memihak kepada aku. Sebaliknya aku rasakan kehadiran aku tadi hanya lebih menguatkan lagi keadaan yang menjurus kepada sejarah hitam itu" jelas Qarnain. Wajahnya sugul.

Jelas kekecewaan yang di tanggung nya. Peluang kembali ke masa silam demi menebus kesilapan lalu hanya menemui kegagalan.

"Prof, boleh tak kita ulangi nya sekali lagi. Kali ni aku tak mahu gagal lagi" kata Qarnain.

"Tidak Qarnain. Berapa kali pun kau pulang ke masa silam untuk mengubah nya kau tetap akan menemui kegagalan juga" kata professor Daud.

"Tapi kenapa begitu pula?"

"Barangkali benar prinsip self consistency seperti yang di keutarakan oleh ahli fizik Novikof" ujar professor Daud.

Reez dan Qarnain tampak berminat dengan penjelasan nya.

"Alam semesta mempunyai keupayaan mem'betul'kan sesuatu agar benang waktunya tetap sama. Ertinya betapa pun kita cuba mengubah masa silam,itu takkan berhasil. Pasti akan ada keadaan yang akan menjurus ia kembali ke sediakala seperti yang telah terjadi" jelas professor lebih lanjut.

"Ya,itu lah apa yang aku alami tadi" Qarnain bersetuju.

"Kalau kau berjaya sekalipun menghalang rompakkan tu, mungkin perubahan hanya terjadi di garisan masa silam yang kau pergi tadi. Tapi tidak mengubah apa-apa pun di waktu ini kerana faktor dimensi yang berbeza"ujar professor Daud lagi.

"Itulah takdir namanya. Lagipun sebagai orang Islam kita pun percaya takdir itu memang tidak dapat di ubah" tambah Reez pula.

Qarnain tertunduk. Penjelasan dari professor Daud dan Reez cukup mantap dan mampu di hadamnya.

"Nain, cuba kau fikir balik. Andai kata kau tak tertangkap sewaktu rompakkan dan di sumbat ke penjara. Adakah kau akan berubah seperti sekarang ni? atau entah-entah kau masih terus dengan kehidupan lama kau?" soal professor Daud membuatkan Qarnain tersentak.

Ya,takdir itulah yang menemukan nya dengan kebenaran. Itulah yang di katakan sebagai hikmah di sebalik sesuatu.

Alangkah bodoh di rasakan dirinya bila terfikir untuk pulang ke masa silam dengan harapan dapat mengubah takdir yang telah menemukan nya dengan kebenaran hidup.

"Baiklah,misi pertama kita kali ini telah berjaya. Qarnain, kau berehat dahulu dalam sehari dua ni. Kau pun dah luka-luka. Selepas ni kita akan teruskan pula dengan misi seterusnya"nasihat professor Daud.

"Tak mengapa, aku rasa aku boleh teruskan" kata Qarnain.

"Tidak. Kau perlu berehat. Dengan keadaan kau macam tu hanya mendatangkan lebih mudarat saja" sanggah Reez.

Qarnain terpaksa akur.



Garisan MasaWhere stories live. Discover now