Chapter 2.

9.4K 309 31
                                    

"Allah dah jadikan kita manusia gunakan akal. Jangan jadi beruk. Kenapa dah puas jadi manusia ke?"

Mulut aku terlopong luas. Mata aku memandang tajam bila melihat wajahnya yang kecik besar kecik besar di depan aku.

"Kau fikir kau tu ustaz ke?" Rungut aku perlahan. Dia memandang wajah aku dengan hairan.

"Cik Arisha!" Marahnya.

Terus mata aku memandang ke arahnya dengan muka tembok sambil memasukkan tangan ke dalam saku seluar.

"Ya?" Kening aku terjungkit satu.

Ya Allah bagi lah aku kekuatan untuk berhadapan dengan mamat acah pengawas ni!

"Kau dengar tak apa aku cakap?" Suaranya agak meninggi.

Hati aku menahan marah membuak-buak. Mata aku dipejamkan seketika untuk mencari ruang untuk menjawab soalannya dengan tenang.

"Encik abang pengawas, sekarang ni saya dah lambat tau nak masuk ke kelas takda masa saya nak layan awak. Lain kali je lah ya kalau kita nak bersembang. Bye!"

Dia terus menyeluk dalam kocek seluar untuk mengambil buku nota kecil dan tangannya menulis nama aku dalam buku tersebut.

"Kesalahan Aulia Arisha Binti Muhammad Kamal Hisyam."

"Pertama datang lambat ke sekolah. Kedua memanjat pagar dibelakang sekolah. Ketiga melawan arahan pengawas. Done!" Dia melangkah pergi terlebih dulu meninggalkan aku.

Tangan aku menggenggam buku lima ingin je aku menghayunkan ke mukanya. Biar dia rasa langit tinggi ke rendah. Nak je koyak buku khidmat sakti dia itu!

Tanpa berlengah, aku merengus perlahan sebelum masuk ke dalam kelas.

Kring!

Loceng berbunyi segera aku melirihkan mata aku melihat jam baby G-shock yang berada ditangan.

"Alamak dah pukul 8:30!"

Aku mula lari pecut manaiki anak tangga. Aku sudah mula cemas sudah selepas ini waktu subjek matematik. Ya Allah selamatkan lah aku, ini semua punca daripada mamat durjana tu hish!

Aku melangkah untuk masuk ke dalam tetiba aku tertancap ke arah Cikgu Ruhailah yang sedang tekun mengajar. Aku mengambil nafas, tangan aku pula sudah menitik peluh kerana takut mula menyulubungi diri. Lama-kelamaan satu suara menyebut nama aku dari arah kelas.

"Cikgu! Lia kat luar." 

"Dia ni mulut puaka betul lah cuba lah diam sikit," gerutuku geram. Tak boleh diam langsung!

Cikgu Ruhailah menghampiri aku dihadapan pintu kelas. Matanya memandang aku dari atas sampai ke bawah. Dahi mula berkerut pelik dengan kelakuannya.

"Dia nak makan aku ke?" Omel aku dalam hati. 

"Kenapa kamu lambat?" Soalnya serius.

Cikgu Ruhailah merupakan salah seorang guru disiplin. Kalau bab-bab datang lambat memang dia cukup pantang. Dia seorang cikgu yang menepati masa dan tak suka membuang masa. Memang faham lah kenapa kalau dia marah. Sebab aku pun bukan jenis menepati masa hm.

"M..maaf cikgu. Tadi saya ada hal sikit sebab tu saya datang lambat."

Rileks, benda boleh tipu sunat.

"Alasan kamu ni dah selalu saya dengar, jangan jadikan selalu datang lambat itu menjadi rutin harian awak," balasnya sambil bercekak pinggang.

Aku hanya terkedu dihadapannya. Ia memang aku mengakui yang aku suka datang lambat ke sekolah. Nama Aulia memang dah terkenal dengan 'budak datang lambat' maklumlah aku ni tak suka sangat datang awal. Jadi, mohon lah jangan ikut perangai Aulia Arisha.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now