Chapter 5.

7.8K 269 53
                                    

"Mama... Eizz dah balik!"

Kata aku sebelum menapak kaki ke dalam rumah. Datin Rozza iaitu ibu aku menghampiri aku yang berada dihadapan pintu utama.

"Eizz pergi siap. Kejap lagi papa dah nak balik," kata ibu kepada aku. Aku berkerut pelik.

"Nak pergi mana ma?" Soal aku. Dia tersenyum kecil.

"Pergi siap malam ni ada dinner. Ada tetamu nak datang. Dah pergi siap cepat, mama nak pergi ke dapur jap," jawabnya. Tubuh ibuku segera meninggalkan aku diruang tamu.

Fikiran aku mula tertanya-tanya siapakah tetamu yang akan tiba nanti? Mungkin tetamu berkaitan dengan hal kerja kut?

Macam biasalah papa aku seorang ahli usahawan yang tersohor. Jadi memang kebiasaan client akan datang ke rumah sebagai tetamu.

Nak tak nak aku akur saja kemahuan mama aku untuk bersiap. Aku menaiki anak tangga sehingga naik ke bilik.

Sampai saja aku berada di dalam bilik namun pintu diketuk beberapa kali membuatkan aku berdecit geram. Siapa pulak yang ketuk pintu ni?

"Aduh.. baru je masuk. Yalah-yalah. Masuklah!" Sahut aku yang berada dari dalam.

Kemudian pintu itu dibuka dan Makcik Ani yang sedang berdiri dihadapan pintu sambil membawa baju kurta berwarna kelabu. Baju itu dihulurkan kepada aku.

"Nah... Ini mama kamu suruh pakai."

"Nak buat apa pakai baju ni?" Kening aku terjungkit seakan tidak faham kenapa harus pakai baju formal pada malam ini.

Setakat jumpa client papa je kan?

"Eizz kena pakai sebab kata mama kamu ada tetamu istimewa. Jadi, kena pakai baju ni," jawabnya dengan tenang. Aku berdengus perlahan sebaik saja aku mengambil baju tersebut.

Sebelum Makcik Ani melangkah pergi dia bersuara terlebih dulu kepada aku.

"Pakai ya? Mama kamu kata nak kamu berpakaian kemas malam ni," senyumnya lebar.

Aku mengangguk lemah dan tersenyum kelat sebaik saja mendengar katanya.

Tangan aku memegang baju itu sambil memerhatikan lama. Sebab apa mama aku suruh pakai baju ni? Bukan ke dia tahu yang aku tak suka pakai baju kurta mahupun baju melayu?

Bukan aku tak suka cara adat orang melayu cuma aku tidak selesa memakai pakaian seperti itu.

Masa raya dan jamuan disekolah saja aku akan pakai. Hari lain aku akan pakai t-shirt dan seluar slack je.

Yalah, hari raya mestilah pakai baju melayu takkan pakai baju t-shirt biasa je mampus aku kena marah dengan papa aku. Walaupun nampak seorang yang lemah lembut, peramah tapi bab dalam tentang adat melayu dia memang cukup pantang. Siapa je yang tak kenal Dato Alif Syukri.

Mama pula sering menyuruh aku pakai-pakaian seperti itu. Katanya nampak macho dan gentleman. Apa yang macho dan gentleman pun tidak tahu. Kalau dikatakan aku ni tidak hensem ramai je perempuan berkerumun.

Ceh perasan jap.

Aku mula tertanya siapakah tetamu istimewa yang dikatakan oleh Makcik Ani tadi? Aku menyelak rambut ke tepi dan segera melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk bersihkan diri.

---

Sampai saja di rumah, aku mengunci basikal seperti biasa aku akan meletakkan basikal di tepi kolam ikan.

"Assalamualaikum!" Kata aku sebelum menanggalkan kasut, beg diletakkan di tepi. Muzik dibuka kuat sampai mahu runtuh rumah ini. Rupa-rupanya nenek aku menyanyi lagu dangdut.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now