Chapter 17.

4.4K 228 9
                                    

Aulia mengelap rambutnya yang panjang itu menggunakan tuala kecil. Dia duduk di birai katil dan matanya tertancap ke arah telefon pintar miliknya. Hati tergerak untuk menelefon keluarganya di sana. Dia terlalu rindu sudah hampir seminggu mereka di Makkah.

"Assalamualaikum nek!" Sapa dengan gembira. Rindu betul dirinya dengan neneknya. 

"Nek! Lia rindu dekat nenek!"

"Haish, jangan nak mengada. Tak lama lagi kita orang balik dah," balasnya dihujung panggilan. Aulia mencebik, neneknya langsung tidak memahami.

"Alah nenek ni! Orang rindu dekat dia. Dia boleh pulak buat dono," balas gadis itu dengan kedengaran seakan merajuk.

"Hm yalah. Nenek pun rindu kat kamu jugak,"

"Eleh rindu tapi ego," gadis itu tersenyum suka kerana telah sindir neneknya sendiri.

"Nek, bagi phone dekat ibu boleh? Nak cakap dengan dia."

"Assalamualaikum Lia," akhirnya Puan Rozita menyapa anak gadisnya itu. Aulia mula senyum lebar sehingga ke telinga.

"Walaikumsalam ibu! Ibu.. Aulia rindukan ibu. Cepatlah balik..." Kata gadis itu berderet panjang persis budak tiga tahun.

"Alahai anak ibu ni, ibu pergi kejap je nanti ibu balik ya?"

"Ibu.. nanti kirim salam dekat ayah ya?" Kata Aulia, tersenyum.

"Hm yalah. Nanti ibu kirim salah dekat dia."

"Okay lah ibu. Harini, Aulia nak tidur awal sebab penat sangat kat sekolah tadi."

"Aik? Dah rajin dah anak ibu ni tidur awal. Setahu ibu kamulah burung hantu waktu malam." Kata Puan Rozita membuatkan Aulia tersengih suka.

"Alah... Aulia kan dah besar. Takkan tak tidur nanti habis terbalik rutin tidur Aulia lepas itu dah tak cantik dah," Sengihnya. Jarinya menggentel pada hujung rambutnya.

"Hm yalah nanti kirim salam dekat Makcik Ani dengan suami kamu," pesan Puan Rozita membuatkan Aulia terus berubah muka kepada cemberut. Benci betul bila dengan perkataan suami itu.

"Hm yalah," balas gadis itu acuh tidak acuh.

"Aulia janji dengan ibu. Jadi isteri yang taat kepada suami. Ingat, syurga bukan lagi ditapak bawah kaki ibu. Sekarang syurga dibawah tapak kaki suami kamu ya?" Nasihat Puan Rozita hujung panggilan. Aulia pula hanya iya kan saja.

"In Sha Allah."

"Okay lah ibu, Aulia masuk tidur dulu. Bye assalamualaikum."

Telefon miliknya di campak entah ke mana. Gadis itu merebahkan badan ke atas katil dan termenung sekejap di siling dengan pandangan kosong. Dia rasa sekarang ini macam mana dia orang semua dapat tahu nanti yang Eizzlan itu rogol Emylin.

Takkan pula dia akan jadi madu? Sudah semestinya tidak kerana dia pun tidak rela, inikan pulak nak bermadu. Malas mahu berfikir dia pun terlena tanpa dirinya sedar diri sudah dibuai mimpi.

-

Eizzlan agak serabut. Seharian dia memikirkan hal pagi tadi. Kepalanya tidak dapat berfikir dengan baik saat ini. Macam-macam dia harus fikirkan. Pasal Aulia, pasal Emylin dan juga pasal rekodnya sebagai ketua pengawas akan terjejas!

Dia harus membersihkan namanya. Dia berharap agar kawan-kawannya tetap sokongnya dalam waktu genting macam ini. Dia berharap pada kawannya saja kerana yang lain sudah tidak percayakan dirinya lagi.

Telefon dia ambil lalu mendail nombor seseorang iaitu Adam.

"Ha asal, Eizzlan?" balasnya dihujung panggilan.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now