Chapter 16.

4.5K 174 24
                                    

Aulia masuk ke dalam rumah. Kasut diletakkan dalam rak. Dia bergegas naik ke atas setelah Eizzlan sudah menunggunya di sofa ruang tamu. Eizzlan turut berlari anak untuk dekati ke arahnya.

Namun, Aulia lebih pantas berlari sehingga ke dalam bilik. Eizzlan tidak sempat mengejar Aulia dari arah belakang. Lelaki itu sedikit hampa apabila isterinya tidak mahu bercakap malah ajak berbincang.

Pintu diketuk beberapa kali malangnya Aulia tidak mahu membuka malah senyap tiada respon darinya. Dia menarik nafas dan menghela panjang. Dia berharap agar gadis itu dapat memaafkan dirinya. Dia buntu tidak tahu apa lagi dia boleh buat untuk Aulia percayakannya.

"Arisha... Aku tahu aku salah. Ya betul, aku tak sekutuk apa yang kau fikirkan Arisha. Aku masih lagi waras nak buat semua tu. Percayalah aku Arisha. Sekarang ni cuma kau dengan aku je. Please Arisha bukak pintu." Ujarnya lembut.

"Arisha, aku minta kau percayakan aku. Aku minta sangat kau percayakan aku ini semua bukan salah aku," kata Eizzlan, lemah.

Makcik Ani yang berada ditangga memandang lama ke arah anak majikannya itu. Dia pun tidak tahu apa yang telah terjadi. Tahu-tahu saja perkara sudah jadi macam ini. Dia pun buntu dan tidak tahu cara macam mana untuk membantu mereka berdua.

"Arisha... Please open the door."

"Eizzlan, pergi mandi dulu ya? Segarkan badan dulu," pujuk Makcik Ani. Serupa tidak terurus Eizzlan bila balik dari sekolah.

Dia kebelakang dan mengundurkan diri. Dia angguk faham lalu masuk ke dalam biliknya yang berada disebelah. Kakinya terasa lemah, jantungnya luruh seperti mahu tercabut. Bala apa yang dia dapat hari ini pun dia tidak tahu. Mungkin, ini semua satu ujian untuknya dan Aulia yang baru membina masjid.

Perkahwinan mana je tidak dibadai ombak laut, betul tak?

Dia masih berharap Aulia boleh ajak berbincang. Dia mahukan gadis itu percayakannya. Itu saja, tidak lebih. Namun apakan daya, dia tidak boleh memaksa Aulia untuk dengar masalahnya. Dia perlu bagi gadis itu ruang untuk tenangkan diri.

Fikirannya meleset, dia ubah fikiran lalu dia melajukan kaki untuk keluar dan mendekati ke arah pintu bilik Aulia.

Dia menelan air liur yang terasa perit dan nafasnya tidak teratur. Dia pejamkan mata sebelum dia melafazkan kata.

Aulia memeluk lutut bersandar disebalik pintu. Air matanya mengalir dengan deras. Hatinya seperti dicucuk-cucuk oleh pisau dan dirobek hingga terkoyak. Sakitnya tak usah dicakap, hanya Allah je tahu perasaanya sekarang ini.

Sejujurnya, dia rindu untuk bergurau-senda bersama Eizzlan. Sudah terasa lama dia tidak bergurau atau gelak ketawa bersama lelaki itu. Dia tidak tahu apa perasaan apakah untuk digambarkan ketika ini. Dia rasakan dia rindukan Eizzlan. Dia buntu perasaan apa ini?

"Arisha..."

"Betul Arisha, aku tak pernah nak memperkosakan anak dara orang, niat pun takda. Tolonglah percayakan aku. Kita dua je dalam rumah ni, kalau kau tak percayakan aku. Siapa lagi nak percayakan aku?" Rayunya. Aulia menekup mulut menahan tangisan air mata.

"Honestly, aku rindu kau. Aku rindu nak dengar celoteh kau. Rindu nak dengar ketawa langsuir kau. Aku rindu nak usik kau. Rindu nak dengar bebel kau. Aku rindu kau semua tu. Please bukak pintu," kata Eizzlan, kedengaran sebak disuara nya ditahan.

Terasa luluh jantung Aulia saat dia mendengar Eizzlan juga merindukan dirinya. Namun, ego menguasai segala-galanya. Dia rindu namun susah untuk ungkapkan.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum