Chapter 11.

5.4K 211 54
                                    

Asmida menanti kedatangan Aulia yang dari sejak tadi. Gadis itu melihat jam yang berada ditangan menandakan sekarang sudah masuk pukul 8 pagi. Tapi tidak muncul lagi batang hidung Aulia.

"Haish tak datang ke dia ni?" Rungutnya. Mata masih lagi melihat kiri kanan memandang ke luar tingkap.

"Asmida, awak cari sapa tu? Saya tengah mengajar tolong bagi perhatian boleh?" Kata Cikgu Ruhailah sambil bercekak pinggang. Asmida mendengus perlahan dan kembali memandang buku yang berada di atas meja.

"Mana kau, Aulia?"

-

Eizzlan masuk ke dalam kelas dengan penuh rasa gembira. Entah tiba-tiba lelaki itu rasakan semangat untuk datang ke sekolah. Lelaki itu pun tak tahu hantu apa yang rasuk dalam badannya.

Lelaki itu baru saja masuk ke dalam kelas kerana dia menolong Cikgu Azmir untuk menyusun helaian kertas periksa tidak lama lagi. Sebab itu hari ini dia masuk lambat.

"Eizzlan!" Sapa Adam yang entah dari mana. Dia menepuk bahu Eizzlan membuatkan lelaki itu menoleh ke arahnya.

"Eh, Dam." Kata Eizzlan, senyum. Adam agak terkejut kerana harini lelaki itu memberikan hadiah sebuah senyuman kepadanya. Tak pernah-pernah Eizzlan ni seorang pandai senyum selalunya masam mencuka.

"Aik? Tak pernah pun pagi-pagi kau nak ringankan mulut kau tu untuk senyum. Ada apa-apa ke ni?" Adam mula sakat membuatkan Eizzlan sedikit janggal.

"Takdalah, senyum itu kan satu sedekah."

"Hei.. Eizz!" Celah Pian yang berada di depan mereka berdua. Eizzlan hanya menayangkan riaksi biasa.

"Asal?"

"Weh asal tangan kau?" Soalnya ingin tahu. Eizzlan agak terdiam dengan soalan yang diberikan oleh Pian. Dia pun agak buntu untuk menjawab.

"T..takda apalah. Aku jatuh motor semalam," bohongnya sambil menggaru kepala tidak gatal. Mereka terkejut dengan alasan yang diberikan oleh Eizzlan.

"Tahulah kau tu rider. Tapi keselamatan kena jaga jugak."

"Sejak bila pulak mamat ni pandai bagi nasihat kat aku? Ceh, jangan cakap aku. Dia lagi bawak motor takda hari esok," kata Eizzlan, dalam hati. Dia hanya iya dan anggukan saja.

"Dah pandai Pian sekarang bab-bab keselamatan eh? Aku bangga do dapat kawan macam kau" Adam mula memuji membuatkan lelaki itu menutup muka.

Malu!

"Tak payahlah puji aku. Aduh."

"Tak payah puji dia sangat, Dam. Habis koyak seluar nanti," celah Syam dengan nada yang menyampah. Eizzlan tergelak kecil. Namun, bahunya tiba-tiba disentuh oleh seseorang.

"Wah Eizzlan. Makin hensem nampak? Pakai pamoga ke?" Katanya membuatkan Eizzlan berdecit geram. Habis selama ini dia tidak kacak seperti biasa ke?

"Tak payah bodek lah kau. Sangai je lebih," Eizzlan mula tergelak. Lelaki itu juga turut ketawa sama.

"Eh betul lah. Senang sikit aku nak pau duit belanja."

"Eh syam! Jangan nak sangai lebih eh. Eizzlan i punya tau! Jangan cuba-cuba dekati my boyfriend forever," katanya separuh gedik. Eizzlan dan yang lain memandang menyampah ke arahnya. Sumpah geli!

"Sorry sikit Eizzlan i punya. You jangan cuba-cuba nak goda dia daripada i. Langkah mayat i dulu," akhirnya sesi membalas telah bermula di mana Syam dan Pian sudah mulakan medan perang.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now