Chapter 8.

5.5K 223 8
                                    

"Ya Allah, Lia macam mana kamu boleh jatuh ni?" Kata Rozita, cemas. Kakinya menapak kaki ke dalam bilik. Aulia terbaring selepas kakinya sudah dibaluti dengan bandage.

"Takda apa ibu, okay je ni."

"Okay apanya? Kaki bengkak pun still nak cakap okay ke?" Kata Nenek Jamilah, risau akan melihat cucunya dengan kaki terseliuh.

"Yalah, orang okay je," kata Aulia tersenyum lemah. Nenek Jamilah menghela nafas panjang.

"Kalau macam tu esok jangan pergi sekolah. Duduk je kat rumah," Rozita mencekak pinggang, pening dengan sifat Aulia yang cuai itu.

"Ish taknaklah duduk rumah. Nak buat apa? Bosan tahu tak?" Muka berubah dan bibir mencebik.

Namun, secara pantas telinga Aulia ditarik panjang membuatkan gadis itu mengaduh sakit.

"Apa ni nek?"

"Ha tulah degil. Ibu kata jangan sekolah. Maknanya jangan sekolah. Faham?" Balas Nenek Jamilah, tegas. Aulia mengeluh perlahan sebelum angguk faham.

"Takpalah, nanti biar saya yang temankan dia," celah Datin Rozza yang baru duduk di birai katil hujung kaki aku.

Aulia hanya diam diri, nak taknak dia tidak pergi ke sekolah esok. Kalau cakap pun tetap dia takkan ke sekolah.

"Kaki teruk sangat tu. Alahai cucu aku ni. Tak reti tu suruhlah Eizzlan pegang kan atau mama ke? Ini tidak suka berlagak diva."

"Hm ni datin. Bila kita boleh buat kenduri doa selamat untuk kita pergi ke umrah nanti?" Soal Rozita kepada Datin Rozza.

"Hm rasanya tak jadilah kita buat kenduri terpaksa tangguhkan dulu. Lusa kita akan adakan kenduri doa selamat dan minggu ini kita akan bertolak. Lusa, tu rasanya tak jadi sebab ada belum lagi kena selesaikan. Tapi In Shaa Allah minggu ini kita akan bertolak. Lagi satu jangan panggil saya datin. Kita kan dah besan," ujarnya panjang lebar.

"Takpalah lagipun boleh lah aku manja-manja ibu dengan nenek. Tak puas rasanya. Yalah asyik nak tengok muka eizzlan je. Muak!"

"Hm yalah. Lagipun kita orang dah nak balik ni" kata mamaku sambil bangun dari birai katil. Aku cemberut.

"Alah.. ibu sekejapnya? Lama lah sikit dengan Lia kat sini," rengek aku persis budak kecik.

"Haish kamu ni. Kalau nak bermanja dengan suami. Bukan dengan ibu dah," kata Nenek Jamilah, berdecit geram.

"Kalau macam tu, kita orang balik dulu ye?" Mereka mula bangun dan meminta diri untuk pulang. Sementara itu sempat lagi nenek memberi pesanan kepada aku.

"Lia.. ingat jangan nakal-nakal."

"Ibu dah packing semua barang kamu, nanti apa-apa bagitahu ibu dengan nenek ya?" Kata Rozita kepada anak gadisnya itu.

"Lia, ibu balik dulu ya?" Rozita kucup dahi Aulia dengan lembut sebelum meminta untuk beransur pergi.

"Ingat pesan nenek. Don't be naughty okay? Please take care of yourself and behave!" Pesannya.

"Amboi.. sejak bila pulak nenek pandai speak english ni?" Kata aku dengan dahi berkerut.

"Eh of course, you ingat you sorang je boleh speak english. I pun boleh okay," Nenek Jamilah membuat suara seakan diva. Aulia menepuk dahi, ada-ada je neneknya punya perangai.

Datin Rozza hanya tersengih sumbing melihat gelagat keluarga yang sangat ceria. Terasa geli hati melihat mereka semua.

"Ibu, ayah mana?"

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now