Chapter 23.

4.3K 179 13
                                    

Termasuk hari ini, genap sudah dua hari Emylin tidak datang ke sekolah. Selepas kejadian itu, dia masih takut untuk berhadapan dengan sesiapa. Dia masih trauma apa yang telah jadi pada dirinya. Terbayang-bayang tragedi dimana wajah Danish masih terpampang dalam ingatan.

Emylin terpaksa akur untuk turun makan dibawah padahal hatinya sudah berdecit tidak suka. Namun, dia perlu makan taknak timbulkan syak wasangka mommy dan daddy terhadapnya. Dua tiga hari ini dia rasa sudah tidak selesa, badan pun agak lesu-lesu.

"Morning princess," sapa Asyura apabila terlihat anak perempuannya turun ke bawah. Gadis itu hanya tersenyum palsu yang dihadiahkan untuk mommy nya.

Tidak semana-semana, hari ini Asyura bergegas pulang kerana dia sudah siap tempahan bunga di Jepun. Jadi, dia buat kejutan untuk Emylin. Walaupun sekejap tapi dia terasa sangat lama berada di sana. Dia rindukan keluarganya kerana sebab itu dia bergegas balik ke Malaysia.

Emylin melabuhkan punggung ke atas kerusi dan melihat terhidang makanan di atas meja. Bibiknya mencedok kan nasi ke dalam pinggan lalu diberikan kepada Emylin.
 
"Badan dah okay ke sayang?" Soal Asyura risau terhadap anaknya. Emylin angguk lemah saja. Tekaknya terasa loya untuk menelan nasi apa lagi untuk dia makan.

Namun, Emylin berhenti daripada makan kerana mood nya kini betul-betul tiada. Langsung tidak mahu menjamah lagi. Dia bangun segera untuk ke sinki membasuh tangan dan mulutnya.

"Eh Emylin, why ni?" Soal Asyura, risau. Dia berkerut tanda tidak sedap hati dengan anak perempuannya.

"Takda apa-apa ma. Emy rasa tak rasa nak makan, sorry. But don't worry I'm okay," senyum Emylin, lemah.

"Kalau tak sihat, we need to check up. We need to go to the hospital," kata Asyura. Namun, Emylin geleng lemah seakan tidak mahu.

"I need to rest."

Kaki mula melangkah longlai sehingga ke anak tangga. Dalam fikiran sudah terfikir macam-macam. Dia takut kalau terjadinya dia mengandung, macam mana riaksi mommy dan daddy. Apa akan jadi dengan planning nya untuk kenakan Eizzlan?

"Argh! Kusut."

-

Aku letakkan motor aku ke tepi dimana sekarang ini aku berada di rumah Asmida. Niat aku sebenarnya nak pergi rumah Eizzlan tapi lelaki tu cakap dia dekat rumah mak mertua dia. Jadi, takkan aku nak kacau dia pulak kan?

Kacau daun nak kacau pengantin baru!

"Assalamualaikum!"

Aku menunggu sahutan dari dalam. Mata aku melihat sekujur tubuh seorang budak lelaki lingkungan darjah dua datang dekat ke arah aku.

"Ya, abang ni siapa?"

"Abang adam kawan Akak Asmida. Ni, rumah Akak Asmida ke?" Soal aku semula. Dia mengangguk tanda ia.

"Boleh panggil kan Akak Asmida?" Dia angguk lalu dia berlari untuk mendapatkan akaknya yang berada di dalam rumah. Dia yang sedang jalan terkedek-kedek membuatkan aku tergelak kecil.

Comel!

Tidak lama dengan itu, Asmida keluar bersama adik lelakinya tadi. Aku dapat rasa dia agak malu untuk berdepan dengan aku tapi kalau nak ikutkan aku pun sama. First time jumpa berdua macam ini. Tapi, bukan berdua tambah adiknya jadi bertiga.

Baguslah, tak menimbulkan fitnah.

"Adam buat apa awak datang sini jom lah masuk? Lagipun mak ayah saya ada dalam jadi tak manis kalau berdua dekat luar," pelawanya. Aku menggeleng kepala perlahan kalau aku masuk lagi segan nok.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now