Chapter 12.

6.4K 208 17
                                    

Penat satu hari suntuk kerana bersukan. Lega sikit kerana tubuh dapat meregangkan otot sebelum ini aku memikirkan belajar dan pelahap makan je. Sudah lama tak bersenam lah katakan, itu pun badan makin gemuk!

Tangan aku sejak tadi menahan sakit, masih lagi terasa berdenyut. Tapi aku endahkan. Bukan sebabkan itu aku membatalkan niat aku untuk bersukan, betul tak?

Lantas aku bangun dari lantai, niat aku mahu pergi ke tandas untuk membuang hajat kecil.

"Weh kau orang. Aku pergi tandas dulu kejap."

Kaki aku mula melangkah pergi namun secara tiba-tiba muncul seorang pelajar lelaki mendekati di depan aku.

"Bro nah ambil ni," katanya sebelum menyerahkan kertas itu kepada aku.

"Thanks."

Kertas yang berada ditangan aku memandang lama. Dahi aku berkerut melihat kertas itu tertulis pertandingan dance club. Hari berdaftar adalah minggu depan sehingga hari umaat.

Kertas itu aku lipat kemas dan masuk ke dalam poket seluar. Lalu aku pun berjalan untuk pergi ke tandas.

Usai selesai, aku meluru ke arah kawan-kawan aku. Aku ingin beritahu kepada mereka mengenai hal tadi. Kertas tadi aku memberikan kepada mereka manakala mereka meneliti kertas itu satu per satu.

"Kau serius lah ada pertandingan menari ni?" Soal Pian, ingin tahu.

"Haah Eizzlan, kau dapat dari mana?" Kali ini, soal Syam pula.

"Masa aku nak pergi tandas tadi. Aku terserempak dengan seorang budak lelaki ni dia terus bagi kertas tu kat aku."

"Apa kata kita masuk pertandingan ni, nak?" Celah Iwan kepada kami.

"Ha bagus jugak idea tu. Lagipun kitakan dah lama tak dance. Betul tak geng?" Kali ini, Haikal pula menyampuk sambil memeluk bahu aku dengan erat.

Memang betul kata Haikal, kami memang minat dalam bidang menari dari sejak sekolah rendah lagi. Kali terakhir kita orang menari sejak darjah enam. Dari selepas itu, masing-masing hanya fokus belajar. Jadi, dari situ kami tidak berpeluang untuk dance performance bersama.

"Betul cakap Haikal, kita selalu stress kepala untuk belajar. Tapi minat mana boleh lupakan," Pian menyiku lengan aku. Namun, aku masih lagi berfikir tentangnya.

"Alah Eizzlan, aku tahu kau dah lama tak menari. Kita orang semua pun dah lama tak menari. Tapi kita boleh slowly practice balik," Syam cuba memujuk aku.

Mereka semua bersetuju untuk menyertai pertandingan itu. Aku diamkan diri. Bukan apa, peristiwa di mana kemalangan yang pernah aku alami dulu belum hilang lagi dalam ruang ingatan. Aku pernah terseliuh semasa buat persembahan.

Disebabkan masa itu aku rasakan ada seseorang cuba untuk sabotaj aku. Tapi sampai sekarang aku tidak tahu siapa gerangan pelajar itu. Mungkin, itu hanya perasaan aku. Be positive.

Lama jugak aku berfikir dan akhirnya aku memilih jawapan ya. Kawan-kawan aku yang lain mula tersenyum girang. Harap-harap bila tiba persembahan kami nanti tiada apa-apa yang berlaku.

Tidak lama selepas itu, kedatangan Danish dan sekutunya mula menghampiri kami. Dia ini kalau sehari tak kacau aku dengan geng aku memang tak sah. Suka betul cari pasal.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя