Chapter 26.

4.1K 166 26
                                    

"Kau tak boleh macam ni Lia. Eizzlan tu suami kau. Kau kena percaya kan dia!" Asmida memegang bahu aku sebelum kami melangkah pergi ke kantin. Memandangkan sekarang sudah masuk waktu rehat.

Namun, dari sejak tadi kepala aku kusut apabila fikirkan balik masalah aku yang masih belenggu dalam fikiran. Sejak kejadian tempoh hari, hubungan aku dengan Eizzlan makin renggang. Kami ibarat seakan tidak kenal sesama sendiri dan menbawa hal diri masing-masing

"Macam mana aku nak percaya kan dia As? Semua bukti dah ada depan mata!"

"Tapi kau percaya ke kat Emylin tu? Mana lah tahu dia menipu nanti one day nanti kau yang menyesal Lia."

Asmida sudah tahu hubungan aku bersama Eizzlan. Namun, nasib dia tidak merajuk dengan aku kalau tak berkicap aku nak pujuk dia bukan senang!

"Entahlah. Aku dah kusut. Aku pun kalau boleh malas nak fikir," aku menghela nafas panjang. Aku berjalan sehingga melepasi Asmida, aku tidak hiraukan dia yang berdiri di sebelah aku.

"Tapi kau kena siasat dulu sebelum kau buat keputusan!" Nadanya yang sedikit meninggi membuatkan aku terhenti untuk teruskan langkah.

"Dah, aku malas nak cakap pasal ni. Aku nak pergi kantin," aku berlalu pergi begitu saja. Asmida yang dibelakang aku hanya biarkan. Maafkan aku, Asmida. Aku tidak tahu apa lagi harus aku buat.

Sama ada percaya ataupun tidak? Aku buntu dengan diri aku. Kepala aku agak runsing bila fikirkan ia kembali. Terasa fikiran aku seakan kaset yang rosak.

"Ya Allah, betul ke apa aku buat bagi mementingkan diri aku?"

---

"Weh Eizz, kau okay tak ni?" Syam memegang bahu  Eizzlan sebelum dia melabuhkan punggung di sebelahnya. Kepala lelaki itu menoleh dengan senyuman hambar terbit pada bibir.

"Eh, aku okay je."

"Ni mesti pasal Emylin kan? Murahan betul lah minah tu," Syam mula mendengus kasar tanda dia pun turut rasa tidak suka dengan cara Emylin yang cuba kenakan kawannya. Memang biadab!

Tidak lama dengan itu, mereka yang lain sudah masuk ke dalam kelas kerana waktu rehat sudah habis. Jadi, mereka semua meluru ke arah Eizzlan dan Syam yang berada di situ.

"Eizz, kau okay tak?" Sapa Pian membuatkan lelaki itu angguk lemah. Seakan tampak jelas wajahnya begitu pucat lesi. Dua tiga hari ini, Eizzlan nampak betul-betul tidak bermaya.

"Haih, Emylin dah melampau siot. Dia yang menjalang dengan lelaki lain lepas itu nak jadi kau pak sanggup! kepala bahu lutut dia," Pian mula bengang. Nasib sekarang ini Emylin belum masuk lagi ke dalam kelas. Kalau tidak, naya perempuan itu dia kerjakan. Memang dia sanggup tarik rambut perempuan itu sampai tercabut.

"Kau kena kuat Eizzlan. Kau kena selamatkan hubungan kau dengan Arisha," Adam memberi kata-kata semangat kepada Eizzlan. Lelaki itu termenung jauh, fikiran dia sudah melayang jauh. Dia pun tidak nampak lagi hubungan dia bersama Arisha boleh diselamatkan lagi ataupun tidak.

"Nak selamatkan macam mana lagi? Kalau muka aku pun dia tak nak tengok."

"Jom kita gegar Emylin. Panas dah aku ni," Pian melipatkan lengan panjang sehingga ke siku. Tali leher pada kolar dia longgarkan sedikit. Dia meraup wajah sehingga ke rambutnya yang berwarna coklat itu selak kebelakang.

"Mana boleh sergah macam tu je, kita kena ada plan," kata Adam. Dia seorang yang berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan. Kalau tidak, mereka akan tertinggal satu langkah berbanding dengan Emylin. Perempuan itu juga sangat licik apabila nak hapuskan semua bukti.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now