Chapter 21.

5.5K 199 32
                                    

"Arisha!"

Laung aku yang berada di atas tangga. Kepala menjenguk ke bawah melihat sosoknya takut-takut ada di ruang tamu. Aku mencari kelibat gadis itu di bilik tiada. Awal pula gadis itu bangun hari ini.

Hari ini merupakan hari ahad. Biasanya semua orang akan bangun lambat. Jangan cakap dengan aku kau orang bangun awal eh. Itu semua auta semata-mata.

Bila mana aku sampai di bawah, hidung aku menangkap bau wangi datang dari arah dapur. Nampak baunya sedap, fuh memang tak nafikan masakan Makcik Ani memang power.

Kaki aku berjalan menuju ke dapur dan terlihat dua sosok tubuh mereka rancak bersembang sambil tangannya ligat membuat kerja. Kat sini rupanya perempuan ini.

"Wah... Sedapnya bau!" Aku menghidu lauk asam pedas yang berada di dalam periuk. Nampak enak ya untuk dimakan.

"Siapa lagi masak isteri kamu ler," usik Makcik Ani. Arisha pula sedang memotong sayur. 

"Of course lah, isteri saya kan pandai masak," puji aku, spontan. Aku melihat Arisha masih tekun memotong sayur-sayur di depannya. Lupa sudah suaminya yang dekat sebelah ini.

Dasar.

"Jangan nak membodek dah pergi duduk depan. Sibuk je orang nak tengah masak."

"Alah... Aku nak tengok je tak salah kan? Tak dosa kan? Please," aku sudah membuat muka comel berharap agar dia membenarkan aku sekali bersama mereka.

"Jangan nak mengada!"

"Ish kau orang ni. Cuba lah panggil hubby ke? Darling ke? Kan elok dengar," tegur Makcik Ani yang sibuk hidangkan makanan di atas meja makan.

"Saya okay je Makcik Ani. Tuan badan ni je yang tak nak. Nak buat macam mana," kata aku seakan sindir. Dia mengherot bibir seakan membuat muka. Kang, bibir tu kena cubit padan muka.

Jari Arisha cepat saja mencubit lengan kanan aku dengan kuat. Cepat-cepat aku mengusapnya, sakit!

"Auch! Sakit lah."

"Lia dah siap dah potong sayur?" Soal Makcik Ani yang mula mendekati ke arah Arisha. 

"Dah siap dah." Dia letakkan sayur-sayur yang sudah dipotong tadi letak ke dalam mangkuk. 

"Ha.. ni asam pedas dah siap. Makcik ani dah sediakan dekat atas meja makan. Pergi lah makan. Ajak suami kamu makan sekali," arah Makcik Ani. Arisha hanya akur lalu menarik lengan aku untuk pimpin hingga ke meja makan. Ceh, terasa seperti putera diraja mahu bersantap bersama permaisuri tercinta.

"Dah makan. Aku nak naik atas jap," dia mencedok kan nasi ke atas pinggan lalu diberikan kepada aku.

"Alah... jomlah makan sekali."

"Ish! Tak payahlah nak mengada. Aku pergi sekejap je," decitnya geram membuatkan aku merengek manja persis budak tiga tahun. Sudah berbaik ni mana boleh renggang nanti rindu!

Arisha pergi tanpa bertanyakan apa-apa. Aku mencebik merajuk dengan sikap Arisha yang sambil lewa meninggalkan aku. Cis! Aku suami yang tersakiti sebab tak dapat nak suap tau. Sedih hidup aku macam ini.

---

"Weh! Kita dah dapat di approved masuk dance performance tu!" Adam seakan teruja apabila pendaftarannya sudah diluluskan. Jadi, mereka kena cepat untuk buat choreography untuk kemasukan nanti.

Setiap pertandingan ada tahapnya. Seperti
Level satu dan sampai diperingkat akhirnya final battle. Jadi, mereka kena fikirkan macam mana untuk lepas dari level satu.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora