Chapter 10.

5.2K 251 29
                                    

"Nah makan."

kata Eizzlan sambil hulur bungkusan nasi goreng. Aku mencebik. Aku tidak memandang wajahnya. Sakit hati lama sangat aku tunggu. Dia nak aku mati kat dalam rumah ni ke? Bukan aku tak reti sabar tapi lama sangat. Setakat pergi sekejap tu aku tak kisahlah.

Ini 2 jam! Kau rasa tak sakit hati ?

Perlahan-lahan dia mula duduk bersebelahan dengan aku. Dia mengukir senyumnya nakal, aku masih mengekalkan wajah dengan masam mencuka.

"Dinda, tolonglah bersantap bersama kanda. Penat tau kanda membeli makanan semata-mata untuk dinda yang kanda sayangi," lelaki itu mula buat muka comel dihadapan aku.

Kau apahal setan?

Kata-katanya buatkan aku terasa geli. Kau ingat ni zaman purba ke? Ceh, kau nak main ayat geli-geli kan? Meh!

"Kanda.. kanda tahu tak yang dinda tunggu kanda lama? Sampai boleh kering dinda dalam ni. Kanda tak kesian ke?" Balas aku dalam lakonan. Dalam hati tergelak kecil. Kau pun layan je dengan perangai mereng Eizzlan ni.

"Kanda meminta ampun dengan sikap lambat kanda terhadap dinda. Please dinda bersantap dengan kanda. Ke.. nak suruh kanda suap kan?" Keningnya terjungkit berkali-kali. Aku mendengus kasar. Geli pulak aku dengar dinda kanda euuww.

"Cepat dinda buka mulut, nasi goreng dah nak sampai ni," dia menyuakan nasi goreng itu di depan bibir. Aku terhambur ketawa.

"Tak payah lah nak kanda dinda bagai, geli tahu tak?" Balas aku sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum. Alamak cair lah pulak!

"Ish kau tak boleh cair dengan senyuman dia. Nope Aulia! Nope!"

"Aduh baru nak buat teater, hm cepatlah," katanya ringkas.

Terpaksa aku membuka mulut lalu dia menyuakan nasi itu ke dalam mulut aku. Kenapa dia harini baik sangat? Pelik gila aku dengan perangai dia hari ini. Sekejap okay sekejap tak? Entah-entah aku yang gila kejap lagi.

Habis satu bungkus aku seorang yang habiskan. Pelahap betul aku ni. Yalah, lapar nok!

"Esok kau tak pergi sekolah kan?" Katanya sambil mengemas bungkusan tadi. Aku mengangguk sambil meneguk air teh tarik ais. Lega rasanya tekak aku.

"Oh okay, kejap lagi kita solat maghrib jemaah," dia bingkas bangun dari katil. Aku hanya mengangguk dan terleka dengan air teh tarik. Aduhai dah lama rasa tak minum.

Serta-merta Eizzlan keluar dari bilik untuk membuang bungkusan tadi. Dalam hati aku gembira. Hari ini Eizzlan layan aku macam permaisuri. Aip! Jangan terlalu berangan sangat ya Aulia. Si Emylin itu nak campak mana?

"Sedarlah wahai Aulia Arisha. Kau takkan ada tempat ruang dekat dalam hati dia."

---

Eizzlan turun sehingga ke dapur. Dia mahu membuang bungkusan nasi tadi ke dalam tong sampah. Namun, telinga menangkap bunyi di luar pintu dapur. Ruang tamu pula agak sunyi mungkin mamanya sedang berehat di bilik atas. Lelaki itu mula periksa keadaan di luar tingkap dapur.

Dalam sudut hati, dia rasakan hanya kucing berkeliaran. Dia menoleh ke arah sangkar kucingnya bernama Tom. Sejak Aulia duduk sini, Eizzlan memang kurungkan Tom dekat sangkar. Maklumlah, Aulia memang penakut orangnya.

Selepas membasuh tangan, tombol pintu dapur kedengaran dibuka oleh seseorang membuatkan aku berkerut. Cepat-cepat aku mengambil kayu panjang yang berada dibelakang pintu. Cuba untuk bersedia sebarang kemungkinan.

Lelaki itu menunggu di balik pintu dapur. Firasat hati mengatakan betul ada orang cuba menceroboh rumahnya.

"Cepatlah gila! Nanti ada orang nampak kantoi nanti." Nadanya separuh berbisik.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now