Chapter 30.

4.8K 180 56
                                    

Tangan aku menutup pulas gas api selepas saja aku masak breakfast roti telur sosej kegemaran milik Eizzlan. Semalam aku baru call nenek suruh bagi tips macam mana nak pujuk hati suami. Tup-tup nenek aku terus bagi tips untuk goda Eizzlan. Gila ke apa nenek aku ni? Memang tak lah aku nak ada anak semuda ini.

Masih tak bersedia lagi untuk soal anak. Takut aku tak mampu nak manage kan masa untuk keluarga dan untuk belajar. Tapi kalau dah rezeki Allah bagi takkan aku nak mengeluh kan.

Jadi, terima saja dengan hati terbuka. Allah itu Maha Mengetahui segalanya.

Pagi-pagi lagi Makcik Ani sudah keluar dari rumah kerana dia kena jaga maknya yang berada di kampung. Hari ini, seratus peratus tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Walaupun kerja rumah bukan tanggungjawab aku tapi apa salahnya kalau aku nak masak untuk Eizzlan. Laki kita sendiri wak, kang dia cari lain baru kau merana tak ingat dunia!

Sudah siap aku hidang makanan di atas dulang. Aku menatang sehingga bawa ke dalam biliknya.

Tok tok tok!

Hari ini, aku malas nak pergi kelas tuisyen yang diadakan oleh sekolah. Jadi, aku hanya buat keputusan untuk tinggal di rumah. Lagipun, niat aku nak bermesra dengan Eizzlan uhuk. Tapi lelaki itu juga memilih untuk pergi ke tuisyen memandangkan dia sebagai ikon pelajar kena lah datang kan.

Aku terlihat dia sedang menyarung t-shirt pada tubuh. Kelihatan dia sudah bersiap-siap untuk pergi. Tak lama lagi spm bakal bermula. Haih, satu hapak pun aku tak mula lagi. Apa nak jadi?

Tanpa berlengah, aku dekati ke arahnya dan tolong pakaikan jam pada tangan. Aku hanya tersenyum manis apabila di hadapannya. Yes, memang aku salah tiga minggu aku abaikan suami aku kerana perkara yang tak masuk akal.

Jadi, situasi sekarang sudah kembali kepada normal. Aku harap hubungan aku dengan Eizzlan kembali pulih sediakala.

Dia yang mula memandang aku membuatkan aku tertoleh ke arahnya dengan pantas dia melihat ke tempat lain. Aku tergelak terasa comel apabila melihat dia merona merah.

"Pandang je lah tak dosa pun."

Selesai siap, aku menarik lengannya lembut ke tempat ruangan sofa yang khaskan dibiliknya. Aku telah hidang sekali air kegemarannya milo ais. Mesti Eizzlan suka!

Sampai di atas sofa, dia hanya sisip air itu sedikit lalu dia menggelengkan kepala tanda tidak mahu lagi untuk menjamah. Aku agak terkilan kerana dia seakan tidak mahu makan makanan aku. Kenapa nampak tak sedap ke?

"Makan lah lagi."

"Takpa... Aku dah lambat ni. Aku gerak dulu," dia mengambil beg sandang sekolah miliknya lalu melangkah keluar dari dalam bilik. Belum sempat dia keluar aku mengejarnya dari arah belakang untuk menghalang tubuhnya.

"Tapi... Takkan tak nak rasa sikit?" Soal aku sedikit berkerut. Menagih simpati terhadapnya untuk dia menjamah. Aku takut kalau dia lapar dekat sekolah nanti.

"Takpa, aku gerak dulu," itu saja ayatnya sebelum dia melangkah turun ke bawah. Aku iringi dia sehingga di luar rumah. Aku yang berdiri di situ dia hanya tidak endahkan. Aku melambai namun dia tidak menyahut lambaian aku. Dia menghidupkan enjin motor dan berlalu pergi dari pandangan mata.

Aku agak rasa terkilan tapi aku kena terima ini semua punca daripada kesalahan aku sendiri. Aku yang tak percayakan dia sebagai seorang suami. Jadi, aku kena berusaha untuk dapat kemaafan dari dia. Takpa Aulia, kau masih ada lagi peluang untuk kau tebus kesilapan kau.

---

Rasa serba salah pulak buat Arisha tadi. Bukan apa, ini juga salah satu rancangan Pian untuk Arisha sedar ini semua kesilapan dia. Tapi, kalau ikutkan hati kecil aku sudah lama aku peluk dia. Rindu sangat nak bau rambut dia. Hm.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now