Chapter 29.

4.7K 177 47
                                    

Sepanjang perjalanan aku dengan Eizzlan hanya mendiamkan diri dan hanya corong radio saja yang kedengaran. Eizzlan pula melemparkan pandangan di luar tingkap. Aku hanya melelapkan mata bukan untuk aku tidur cuma aku nak hilangkan rasa kekok di antara kami berdua.

Sampai saja di dalam perkarangan rumah, aku dan Eizzlan mula keluar dari dalam perut kereta lalu aku menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Eizzlan sudah jejakkan kaki ke dalam, dia lagi laju dari aku seakan dia tidak mahu bertembung atau bersemuka dengan aku.

Aku faham. Ini semua punca dari aku sendiri. Aku tak boleh nak paksa dan desak dia selepas ini. Tapi, secara jujurnya aku memang rasa serba salah dengan apa yang aku buat. Mungkin, ini kifarah aku sebagai seorang isteri yang tidak percayai suaminya sendiri.

Aku menolak pintu untuk masuk ke dalam. Beg sekolah aku campak ke atas katil sebelum aku rebah kan tubuh aku. Kepala aku terngiang-ngiang lagi masalah aku dengan Eizzlan. Macam mana aku nak mintak maaf dengan dia? Cara apa lagi untuk aku berbaik?

Namun, sedar tidak sedar satu notifikasi berbunyi yang datang dari arah telefon pintar milik aku yang berada di atas meja. Jari aku menekan notifikasi daripada group whatsapp.

minah-minah childish.

Asmida.
-Wehh ni group baru tau.

013*******
- Okay @asmida.

Me
- Ni siapa? @unknown

013*******
- Ni Adila lah... Tak kenal ke huhu.
- save lah number.

Me

- Yalah sorry, aku tahu hehe
- Okay dah save

Adila.
- Okay.

Asmida.
- Weh Adila cakap lah siapa crush kau?!

Adila.
- Alah.. mana boleh bagitahu. Secret HAHAHA.

Asmida.
- Alah.. cakap lah kita-kita je. Aduh, kau ni share lah.

Adila.
- Alah.. malu lah!

Asmida.
- Alah.. cakap jelah siapa?

Adila.
- Nanti lah aku cerita tau tau. Aku janji hehehe.

Asmida.
- Sampai hati kau!

Aku menutup data internet. Ini kalau lama lagi mahu aku tak buat kerja. Kepala digelengkan sebelum aku mendapatkan tuala yang digantung pada dinding. Segera langkah aku masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri serta menunaikan solat zuhur.

-

Tuala kecil aku sangkut kan pada tengkuk leher aku. Tangan aku mengelap sedikit air yang bercucuran dari rambut. Aku mengenakan tuala dililit pada pinggang. Nampak seksi? No no jangan ternodah eh?

Ting!

Namun, secara tiba-tiba telefon berbunyi menandakan satu notifikasi dari group whatsapp aku. Jari aku pantas menekan pada skrin tersebut.

Hot boys samseng jalanan vs byuntae

Pian.
Wehh Eizz, kau ingat rancangan kita! Jangan pulak Arisha goda kau sikit. kau dah mula naik daun!

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now