Chapter 27.

4.1K 179 28
                                    

"Ha! Kenapa saya kena letak jawatan?" Mata Eizzlan sedikit membulat selepas mendengar kata-kata oleh Ustaz Muin sendiri. Dia tidak sangka sampai tahap ini sekali dia kena hadap.

Mereka berdua berbincang di dalam sebuah bilik yang dikhaskan untuk mereka berdua. Ustaz Muin mahu berjumpa dengan Eizzlan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Dia tidak mahu lagi sekolah ini akan jadi rekod buruk. Dia patut menjaga nama baik sekolah dan nama baik semua.

"Semua guru dah buat keputusan untuk mengadakan ketua pengawas yang baru."

"Kenapa ustaz? Saya ni tak layak ke?" Nada Eizzlan seakan tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh semua guru. Betul-betul berat sebelah tidak mahu mendengar kedua-dua pihak.

"Kamu layak Eizzlan, cuma kamu dah ada rekod buruk. Saya mintak maaf terpaksa tukarkan kamu dengan orang lain," Ustaz Muin suaranya seakan serba salah. Dia pun sayang Eizzlan sepertimana anaknya sendiri. Tapi, disebabkan tiada bukti dia patut untuk tangguhkan jawatan Eizzlan dulu.

"No ustaz! Saya akan pastikan jawatan ni saya yang pegang. Lagipun, tahun ni last saya berkhidmat untuk sekolah!" Eizzlan mempertahankan jawatan sebagai ketua pengawas. Dia sudah berjanji pada diri dia akan pegang jawatan ini sampai habis dia bersekolah.

Tapi, apakah ini salah satu tanda dia harus mungkirikan janji pada dirinya?

"Baiklah, tapi ustaz ada syarat. Ustaz nak kamu buktikan yang kamu boleh pegang jawatan ni," Ustaz Muin menghela nafas sebelum dia memandang kembali wajah Eizzlan. Lelaki itu masih berharap agar ustaz mendengar kata-katanya.

"Okay, saya akan buktikan saya tidak bersalah dan saya akan bersihkan nama saya balik!"

Lelaki itu terus bangun tanpa hiraukan Ustaz Muin. Dia bergegas untuk keluar dan menyarungkan kasut pada kedua belah kakinya. Dia berjalan sehingga menuju ke kelas semula.

---

"Aku rasa kita kena ada plan," Adam memecahkan kesunyian di antara mereka semua. Mereka dari tadi hanya duduk diam, tidak tahu mungkin terkenang dengan masalah Eizzlan.

"Maksud kau?" Soal Syam, ingin tahu.

"Aku nak kita stalker Emylin. Aku syak dia ada simpan something."

"Aku taknak benda ni makin teruk," sambung Adam lagi. Dia memikirkan cara untuk selamatkan Eizzlan. Dia sudah pun ada plan tapi takut kalau plan nya tidak berjaya malah kantoi dengan Emylin sendiri.

"Aku pun kesian jugak tengok Eizzlan. Sejak kebelakangan ni asyik termenung je," kali ini, Pian bersuara. Wajahnya agak sugul dari sejak tadi. Dia kasihan melihat kawan baiknya ada masalah.

"Takpa macam ni... Pian dengan Iwan please follow Emylin setiap pergerakan dia. Kau orang kena perhatikan, jangan sampai dia tahu. Faham?" Adam memberi arahan kepada mereka berdua. Pian dan Iwan tidak banyak membantah malah mereka berdua setuju.

"Haikal dengan Syam please pergi dekat bilik pakcik guard. Aku nak kau orang mintak cctv yang rosak hari itu." Haikal dengan Syam berkerut tanda mereka tidak tahu apa yang Adam cuba sampaikan.

"Bukan cctv tu rosak ke? Nak buat apa benda tu?" Soal Syam, mukanya tampak kurang faham.

"Takdalah nak buat permainan." Adam menjulingkan mata ke atas membuatkan Syam tersengih kambing.

"Aduh... Lembap betul lah. Kan cctv tu ada chip dia kau mintak lah," Adam menepuk dahinya. Sudah penat dengan perangai Syam dari sejak tadi blur tidak sudah. Mereka berdua angguk faham serta membuat mulut seakan bentuk bulat.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now