Chapter 4.

7.4K 269 25
                                    

Kring!

Selesai saja habis waktu subjek bahasa melayu. Takda angin takda ribut Zamirul datang menghampiri ke arah aku yang berada di meja. 

"Hoi!" Ketuk meja dengan kuat. Aku terkejut dengan tindakan lelaki itu. Apa masalah mamat ni pun aku tak tahu.

"Kau tak boleh bagi salam ke?" Suara aku agak dingin. Rasa nak pecahkan je bangunan dia itu.

Kenapa bukan muka tembok? Sebab aku tembok. Jadi, dia bangunan tak boleh sama!

Kalau boleh nak saja sumbat stokin aku ni dalam mulutnya lagipun stokin aku ni dah lama tak basuh. Kang sumbat mulut baru tahu langit itu tinggi ke rendah.

"Hehe maaflah Lia. Nah," katanya sebelum menyerahkan senarai itu kepada aku. Dahi aku berkerut seribu. Aku menarik lembut kertas itu ditangannya.

"Kertas apa ni?"

"List nama mentor untuk subjek matematik," kening aku terjungkit satu, laju saja aku membaca kesemua nama di dalam senarai tersebut.

Mata aku teralih melihat nama aku tertera di dalam senarai menti dan manakala mentor aku adalah....

"What Eizzlan!" Mata aku membulat dan mulut aku melopong dengan luas. Seakan tidak percaya Eizzlan menjadi mentor aku untuk subjek matematik!

"Bukan ke Eizzlan aliran kimia? Apa mengena dia dengan account pulak?" Soal aku berbaur tidak puas hati.

"Mana lah aku tahu. Kau tanya lah Cikgu Ruhailah. Dia yang buat semua ni. So better you talk to her okay?" Balasnya sambil menarik kertas itu semula.

Aku menghela nafas panjang. Kenapa dalam ramai-ramai dia juga aku kena pilih? Tidak lama dengan itu, Asmida juga mendekati ke arah aku dengan senyuman tidak lekang pada bibirnya. Apahal pula dah minah ini?

"Lia, kau dah tengok siapa mentor kau?" Soalnya ingin tahu. Aku hanya iya dengan malas. Kalau ingatkan balik sumpah aku rasa nak je menjerit dalam kelas.

"Hm."

"Asal ni?"

"You know what?"

"What?" Katanya sambil menjungkitkan kening. Dia menunggu jawapan dari aku.

"Mentor aku orang yang aku paling benci orang tu Eizzlan Shah a.k.a mamat poyo!" Jelas aku sedikit tegang. Asmida terlopong luas seperti mahu lalat masuk ke dalam mulut.

"Serius lah?" Mukanya terkejut. Aku menjulingkan mata naik ke atas.

"Yalah, kau ingat aku main-main ke?" Dengus aku dengan kasar. Malas betul nak berbahasa-basi dengan Asmida. Bruh.

"By the way... For your information. My mentor is Adam!" Senyumnya girang. Menggeletis kawan aku yang sorang ni.

"Congrats. I'm happy for you," Senyum aku palsu diberikan lalu aku menghela nafas panjang.

"Kau macam tak happy je," Katanya sambil memuncungkan mulut.

"Aku okay lah."

"Hm whatever lah tapi yang penting sekali aku dengan Adam. Oh my god!" Rambutnya digentel-gentel olehnya. Asmida, aku rasa you should married.

"Aku rasa kau patut makan ubat sebab kau punya tahap kemiangan kau dah tahap kritikal," kata aku yang memandang pelik. Cop-cop kemiangan? Sesuka hati aku je rosakkan bahasa.

"Whatever lah janji aku selalu dapat tengok muka dia dekat-dekat," suaranya seakan teruja apabila dia akan duduk bersama sang pujaan hati. Selepas ini, Asmida tidak terasa sendu.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora