20+ I'm Begging You

4.6K 385 27
                                    

Pagi yang indah menyapa hari aku. Aku bangun dengan adanya Yeon Tae di sebelah. Katanya dia takut nak tidur di biliknya.

Situasi semalam menerpa minda aku. Mata aku berkaca semula. Kenapalah aku masih tidak boleh kuatkan diri? Asyik nak nangis je.

"Mama", aku mengesat sisa air mata pada pipiku. Kemudian, muka Yeon Tae aku pandang dengan senyuman.

"Yeon Tae sakit kepala", dia berkata perlahan sambil tangannya memicit kepalanya. Aku mula rasa hensak menangis semula. Nak jalankan pembedahan, x cukup kos. X mampu nak tampung kos yang tinggi buat membuang ketumbuhan pada otak Yeon Tae.

"X pa. Nanti hilanglah. Yeon Tae baring dulu, satg mama ambil ubat. Yeon Tae makan tau", aku mengusap pipinya yang mulus dan Yeon Tae hanya tersenyum pahit. Menahan keperitan di dalam.

---

Aku keluar bersama Yeon Tae kerana ingin menghantarnya pergi ke tadika. Motor Mak Cik Suri aku pinjam.

"Bye, Mak Cik Suri!! Nanti Tae balik awal!", Yeon Tae menjerit sambil lambaian dilemparkan ke arah Mak Cik suri. Mak Cik Suri hanya melambai dengan senyuman yang setia melekat di mukanya.

Aku tanpa berlengah, terus membawa motor untuk ke tadika Yeon Tae. Tahun ni tahun last dia di tadika jadi aku perlu mengorbankan diri untuk membiarkan Yeon Tae mendapat pembelajaran yang baik dan dapat bergaul dengan baik. Kerana, dulu aku asyik membiarkan dia duduk di rumah tanpa belajar.

---

"Bye, mama", Yeon Tae dengan laju melambai lalu meloloskan diri ke dalam tadika untuk bermain dengan kawan-kawannya.

Aku tersenyum melihat kegembiraan yang ditonjolkan oleh Yeon Tae. Dia gembira juga membuat aku lebih gembira.

Aku mahu pulang ke rumah tetapi aku dapat menangkap bunyi hon kereta dari belakang. Aku mengalihkan pandangan dan ternyata ada sebuah kereta yang menuju ke arah aku. Kemudian, kereta tersebut berhenti di sebelah motor aku.

Aku menundukkan sedikit badan supaya aku dapat melihat gerangan siapakah yang memandu itu.

Kim Taehyung.

Aku dengan pantas menegakkan badan dan mula membuka enjin motor untuk beredar.

"Yeora! Please, dengar cakap saya dulu! Yeora!"

Aku tidak menghiraukan kata-katanya malah aku terus beredar keluar dari kawasan perumahan itu. Aku dengan air mata yang sudah bergenang di tubir mata mengelipkan mata beberapa kali supaya tidak terjatuh.

Sampai di rumah, aku memarkirkan motor di garaj rumah dan kemudian hendak masuk ke rumah. Tangan aku ditarik dari belakang dan dengan automatik, badan aku didakap oleh seseorang. Sudah semestinya itu adalah Kim Taehyung. Ya Tuhan. Kuatkanlah jiwa aku.

"Tepilah", aku ingin menolak dadanya dengan kuat tetapi dia lebih menguatkan dakapan antara aku dengan dia.

"Tolong. Berikan aku masa 2 minit. Aku nak peluk kau. Dulu, aku x pernah ambil peluang yang ada untuk peluk kau. So, please. I'm begging you", aku terkedu. Jadi, buat pertama kalinya, aku membiarkan dia berpelukan denganku. Kerana aku sangat merindui dirinya.

Lama-kelamaan, aku dapat rasakan yang bahu aku sudah basah.

"Tae?", aku memanggilnya perlahan. Kedengaran bunyi tangisan kecil keluar daripada diri Taehyung. Badannya terhinjut-hinjut.

Dia...menangis? Kenapa?

•••

Chapter kali ni pendek je. Sorry. Hehe. Nanti Ida try update lagi harini. Hmm. Kalau ada yang masih support Ida, Ida update banyak kali. Yeay!!

Btw, supportlah ff baru Ida😍😍

Btw, supportlah ff baru Ida😍😍

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

K bye💞

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now